Anda perlukan nasihat saya tentang cara promosi Tone Excel?

by sabree hussin on October 9, 2015

in Tune Talk Tone Excel

Lain cikgu, maka lainlah ajarannya. Apa yang bakal diajarkan pun, lazimnya berdasarkan pada pengetahuan dan pengalaman yang dia miliki.

 

Ada orang lebih selesa dengan cara pemasaran secara offline. Individu seperti ini, rasa lebih puas bila dapat berkongsi dengan prospek secara face to face. Jumpa depan-depan dan kalau masa proses penerangan tu, ada benda yang tak berapa jelas dan perlukan penerangan lanjut, time tu jugak boleh terus terangkan.

sistem_autodownline_toneexcel

… dan salah satu kelebihan buat pemasaran kaedah ini, kita boleh lihat ada banyak bahasa tubuh prospek yang kita boleh baca.

 

Itu kalau kaedah pemasaran offline. Walaubagaimanapun, itu bukan kaedah saya. Saya lebih selesa dan lebih suka buat pemasaran secara online dan dapatkan pelanggan juga secara online. Jika ada keperluan nak jumpa dengan prospek, barulah saya akan pertimbangkan untuk jumpa.

 

Produk yang ditawarkan dalam bisnes Tone Excel ni pun bukannya complicated sangat. Ia adalah sekeping simkad yang boleh digunakan untuk buat call, sms dan langgan data. Kalau perlu jumpa face to face pun, penerangan yang saya akan berikan adalah lebih menjurus kepada penerangan untuk susun strategi pemasaran. Itu sahaja.

 

Selebihnya, kalau nak tau tentang produk, boleh rujuk di laman web utama Tone Excel. Kat situ ada banyak info yang anda boleh rujuk, sama ada nak tau cara-cara nak langgan data, semak baki, promosi dan tawaran yang dijalankan, kadar dan caj penggunaan serta banyak lagi.

 

Apa yang tak diceritakan secara mendalam, ialah dari segi konteks pemasaran dan buat duit dengan simkad Tone Excel. Jadinya, jika anda perlukan nasihat saya tentang cara promosi Tone Excel, most likely saya akan bagi nasihat-nasihat yang menjurus kepada anda perlu buat pemasaran secara online.

 

Guna blog untuk promosikan bisnes Tone Excel

Ya kalau anda nak promosi secara online, blog adalah salah satu medium promosi yang power dan yang tak sepatutnya anda abaikan. Saya sendiri gunakan medium blog khusus untuk dapatkan prospek secara online.

 

cara_promosi_toneexcel

 

Atas ni adalah salah satu kempen promosi Tone Excel yang saya jalankan pada sekitar pertengahan bulan September 2015 yang lepas. Screenshot kat atas ini adalah diambil daripada sistem autoresponder emelmatik. Sistem autoresponder ni telah bantu saya dapatkan 38 orang prospek dengan 24 orang daripadanya adalah confirm prospek.

 

Confirm prospek adalah prospek yang benar-benar serius dan amil tindakan terhadap tawaran yang saya berikan. Adakah saya cari kesemua prospek-prospek ni? Jawapannya TIDAK. Mereka yang mencari, dan dengan teknik SEO, akhirnya mereka temui saya.

 

Inilah teknik yang dinamakan “tak payah cari orang, orang yang akan cari kita.”

 

Apa perlu buat bila orang dah jumpa kita?

Inilah kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh mereka-mereka yang buat promosi secara online. Kadang-kadang saya pun tak terkecuali daripada melakukan kesilapan yang sama.

 

Anda dah pun bersusah payah hasilkan sistem yang membolehkan prospek temui anda tanpa perlu anda cari prospek, tetapi bila prospek dah jumpa anda, anda tak simpan maklumat prospek tu tadi dalam sistem database pulak. RUGI bro…

 

Jadi, untuk tak ulangi kesilapan yang sama, dan alami lebih banyak kerugian, maka nak tak nak memang kena ada sistem database. Bayangkan, sistem ini boleh carikan sekurang-kurangnya seorang bakal pelanggan. Dalam asa 30 hari, anda akan ada sekurang-kurangnya 30 orang prospek.

 

Jumlah ini dah tentu lebih banyak berbanding kalau kita buat promosi secara offline. Ini kalau sehari cuma dapat seorang prospek dari blog dan sistem autoresponder, namun sebenarnya ada hari-hari tertentu, kita boleh dapat sekitar 5 – 10 orang prospek dalam masa yang pantas.

 

Langgan perkhidmatan sistem autoresponder

… untuk memudahkan proses komunikasi dan follow up antara anda dengan prospek-prospek anda.

 

Tak sanggup nak keluarkan modal yang mahal, gunakan sahaja yang percuma. Pada masa catatan ini saya tulis, saya juga hanya gunakan sistem autoresponder percuma yang disediakan oleh pihak emelmatik. Apa yang lebih penting ialah, sistem autoresponder ini dapat beroperasi dengan baik dan dapat menjalankan peranannya yang kita mahukan.

 

Automasikan perniagaan anda dengan sistem autodownline

Perniagaan anda masih belum cukup automatik, jika anda tak mempunyai sistem autodownline anda sendiri. Ada banyak network kat luar sana yang menawarkan sistem autodownline untuk para ahlinya. Rangkaian saya juga ada menggunakan dan menyediakan sistem autodownline untuk memudahkan ahli-ahlinya membuat tajaan dan mendapatkan pelanggan di level 1.

bisnes_tone_excel_free_downline

Klik sini kalau anda nak guna sistem autodownline yang sama macam yang saya sedang gunakan sekarang ni.

 

Kelebihan sistem autodownline ini ialah ada fungsi downline spillover. Contohnya seperti pada gambar dibawah

toneexcel_autodownline

Dengan adanya fungsi tambahan seperti ini, walaupun anda tak buat promosi secara agresif, anda masih lagi berpeluang untuk dapat downline secara percuma dari hasil kerja upline anda. Sekarang, cuba bayangkan kalau anda buat promosi secara serius pulak! Pastinya, anda dah tak heran dengan fungsi spillover ni..

 

Jadi, kalau tanya saya macam mana nak promosi bisnes Tone Excel, maka idea-idea promosi yang akan saya berikan banyaknya adalah untuk dipraktikkan secara online. Kalau tak minat nak buat promosi secara online, nampaknya anda perlulah cari tips lain dari orang lain.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: