Sejak akhir-akhir ni, saya perasan macam makin kerap pulak kedengaran isu mengenai hutang PTPTN dan kegagalan para peminjam untuk membuat bayaran balik. Bermacam usaha dah dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman daripada para peminjam, daripada amaran untuk menyenarai hitamkan nama-nama peminjam yang engkar, potongan gaji dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, menurut info seperti yang dikumpulkan oleh laman web rasmi Free PTPTN, dianggarkan
Sebanyak 246,000 peminjam masih lagi gagal untuk melunaskan pinjaman PTPTN.
Seramai 130,000 peminjam telah disenarai hitamkan oleh pihak PTPTN
Tidakkah anda merasakan angka ini begitu besar? Atau adakah anda tergolong dalam statistik yang dinyatakan? Apakah sebenarnya yang menyebabkan para peminjam memilih untuk tidak membayar hutang pinjaman PTPTN mereka? Adakah mereka sebenarnya sengaja mengelak ataupun cuba untuk lari daripada melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka.
Dalam artikel kali ini, saya akan senaraikan beberapa alasan lazim yang menjadi punca kenapa graduan masih lagi tidak membuat bayaran ataupun melangsaikan hutang pinjaman PTPTN mereka.
Kenapa graduan masih GAGAL membayar balik hutang pinjaman PTPTN?
Apa alasan mereka sebenarnya untuk tak membayar hutang? Adakah mereka sengaja memilih untuk tidak membayar atau mereka ada sebab yang benar-benar kukuh?
1. Lemah dalam aspek pengurusan kewangan dan pengurusan hutang
Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu penting yang kurang diberikan penekanan yang serius semasa belajar. Hasilnya, para graduan tidak mempunyai asas ataupun ilmu pengurusan kewangan yang baik. Hutang PTPTN boleh dilangsaikan dalam tempoh masa yang pantas apabila anda mempunyai sistem dan strategi pengurusan kewangan yang baik.
Anda mungkin perlukan panduan yang disediakan oleh pihak FREE PTPTN sebagai garis panduan untuk anda menyelesaikan hutang PTPTN anda dengan kadar yang segera.
2. Graduan masih belum bekerja
Bukan semua graduan bernasib baik dan akan terus bekerja apabila tamat pengajian di universiti. Sesetengah daripada mereka terpaksa tunggu lama untuk dapatkan pekerjaan pertama yang betul-betul sesuai dengan kelayakkan mereka.
Walaubagaimanapun, tempoh 3 bulan adalah terlalu lama, jika masih belum dapat sebarang kerja. Sepatutnya, proses untuk carian kerja dah dilakukan sebelum tamat pengajian lagi.
Ada juga kes-kes tertentu, terdapat graduan yang berkahwin selepas tamat pengajian dan tidak bekerja.
3. Dah bekerja, tapi gaji tak cukup
Sebenarnya, walau besar macam mana gaji anda sekalipun, ia tak akan pernah cukup. Anda pasti akan rasa serba tak cukup. Bila gaji anda RM3,000 anda akan teringin nak pakai kereta Preve. Bila gaji anda RM4,000 anda akan mengidam nak pakai Honda, dan begitulah seterusnya.
Walaupun begitu, bukan semua orang macam tu. Saya tak nafikan, memang ada golongan yang memang gajinya terlalu sedikit dan tak padan dengan komitmen kewangan. Namun nak buat macam mana lagi, daripada tak bekerja lagilah teruk, langsung tak mampu nak sara hidup pulak nanti.
4. Tak mampu nak bayar
Jika anda tak mampu bayar sekalipun, sebenarnya anda boleh buat bayaran serendah RM50 sahaja setiap bulan. Apa yang penting sekali ialah, anda mesti BAYAR.
Untuk peminjam yang mempunyai banyak tanggungan, tak mustahil jika mereka berada dalam situasi seperti ini. Bukan masalah tak ada kerja atau belum bekerja, tetapi disebabkan ada banyak tanggungan menjadikan pendapatannya hanya cukup-cukup makan untuk kelangsungan hidup semata-mata.
5. Tak nak bayar sebab caj perkhidmatan dan interest yang tinggi
Sekiranya anda hanya membayar satu jumlah yang kecil, RM50 misalnya, bayaran anda tu tadi lazimnya hanya akan digunakan untuk interest, caj perkhidmatan dan sebagainya sahaja.
6. Ada banyak hutang lain yang perlu didahulukan
Lazimnya, mereka yang pernah berhutang, akan mudah terjebak dengan hutang-hutang lain. Sebagai contoh, hutang kad kredit, hutang peribadi, hutang kenderaan dan sebagainya. Saya suka ambik contoh hutang kad kredit misalnya, tahukah anda, jika anda lambat bayar, hutang kad kredit akan meningkat dan jadi melambung tinggi yang perlu dibayar?
7. Bulan ni sengkek sikit, terpaksa bayar bulan depan
… dan bila tiba bulan depan, tiba-tiba terpaksa lalui pengalaman yang sama. Tetap masih sengkek dan terpaksa tunda lagi pembayaran ke bulan yang satu lagi… hinggalah akhirnya tertunda untuk satu tempoh masa yang lama.
Bagaimana nak cepat langsaikan hutang PTPTN?
1. Jika anda tak mampu nak bayar banyak, cubalah buat bayaran mengikut berapa banyak yang anda mampu.
2. Jimatkan seberapa banyak perbelanjaan anda dan gunakan penjimatan itu tadi untuk bayar hutang PTPTN
3. Jangan hanya bergantung kepada duit gaji semata-mata untuk bayar hutang ptptn
4. Anda mungkin “terpaksa” buat dua atau lebih kerja dalam satu-satu masa semata-mata untuk lunaskan bayaran balik PTPTN
5. Anda perlu baca panduan yang disediakan oleh pihak FREE PTPTN untuk dapatkan panduan bersistematik macam mana nak cepat bebas hutang
6. Banyakkan berdoa semoga mudah-mudahan usaha anda untuk langsaikan hutang PTPTN mendapat bantuan dan pertolongan dari Ilahi
.
..
Walau apa pun alasan anda untuk tidak membayar hutang PTPTN, saya doakan semoga anda diberi kekuatan untuk bayar balik hutang tu nanti. Jika anda tetap gagal untuk membayar balik pinjaman PTPTN anda, kesannya nanti adalah pada generasi yang akan datang. Adik-adik ataupun anak-anak kita nanti yang akan terima kesannya.
Jika PTPTN kehabisan dana untuk diberi pinjam kepada peminjam yang baru, ini akan mengakibatkan peluang untuk generasi akan datang menyambung pengajian juga bakal tertutup. Semoga anda dan saya tidak tergolongan dalam kumpulan mereka yang sengaja tak nak bayar hutang. Baiklah, jom bayar PTPTN.
[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1543″]
Leave a Reply