UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?

September 16, 2015 by sabree hussin 2 Comments

Untung ke kalau berniaga kedai runcit ni? Aspek untung rugi memang tak asing lagi dalam mana-mana perniagaan. Tak kiralah sama ada perniagaan tu perniagaan jenis runcit, borong ataupun perniagaan jenis trading. Asalkan namanya perniagaan, maka ia memang terdedah kepada risiko kerugian.

 

Walaubagaimanapun, kenapa kita hanya nak fokus pada sisi kerugian dalam perniagaan runcit semata-mata? Bukankah disamping alami kerugian, kita juga boleh dapat untung dalam perniagaan ini? Apa yang membezakan antara usahawan yang berjaya dengan usahawan yang sering gagal dan asyik rugi ialah ilmu. Bukan setakat saiz modal permulaan semata-mata. Anda ada modal permulaan yang besar, tetap tak menjamin yang anda boleh untung besar juga dalam perniagaan ini.

 

Bukan apa, saya pernah jumpa jugak satu ketika dulu, ada yang beranggapan, kalau mereka ada modal yang besar untuk memulakan perniagaan runcit, pasti lebih banyak produk yang boleh dijual di kedainya, jadi ini memberi pelanggan lebih banyak pilihan untuk beli barangan dikedai mereka. Ini bermakna, lagi banyak produk yang dibeli oleh pelanggan, maka lagi banyaklah keuntungan yang boleh diraih.

bisnes_kedai_runcit

 

Idea ini juga ada benarnya, kerana setiap produk yang dibeli oleh pelanggan, menyumbangkan keuntungan yang berbeza setiap satu. Ada produk yang menyumbang keuntungan sebanyak 50 sen, ada yang 10 sen, 20 sen dan sebagainya. Jadi, bukankah ini bermakna, lagi banyak pilihan barangan yang kita jual, lagi banyak yang pelanggan beli, maka lagi banyaklah keuntungan yang boleh kita perolehi.

 

“Bagaimana mengurangkan risiko dalam perniagaan runcit?”

Walaubagaimana hebat sekalipun anda menguruskan perniagaan, risiko kerugian itu tetap ada. Namun ini tak bermakna, anda patut lupakan sahaja hasrat untuk buka kedai runcit. Konsep dia mudah sahaja, jika anda tak nak berniaga, orang lain akan ambil peluang ni untuk berniaga. Mungkin bangsa lain, mungkin orang dari negara lain.

 

Di beberapa tempat yang saya pernah kunjungi, perniagaan kedai runcit dah mula dipelopori oleh bangsa asing. Yang saya maksudkan dengan bangsa asing ialah bangsa Aceh, Bangladesh dan juga Pakistan.

 

Ya…

 

Ketika anda sedang berkira-kira, sama ada perniagaan kedai runcit ini untung ataupun tidak, bangsa lain dah pun mula menguasai perniagaan ini. Mereka mengenakan harga yang adakalanya lebih mahal daripada harga biasa. Namun, apa pilihan yang anda ada? Lebih-lebih lagi ketika anda sedang terdesak nak dapatkan produk tertentu.

 

“Dah la jual mahal, lepas tu bayar kat orang asing pulak… kalau bayar kat orang kita sendiri, at least tak ada la marah sangat sebab kena bayar mahal tu…”

 

Duit yang kita bayar, dah tentu mereka akan salurkan kepada negara mereka. Kalau mereka gunakan semula untuk berbelanja di negara kita sendiri, itu tak ada isu sangat. Tetapi, mereka akan kirimkan duit tu kepada keluarga mereka yang ada di kampung. Dah satu hal, aliran keluar matawang kita ke negara mereka akan beri kesan dari segi ekonomi. Ah… dah cerita bab ekonomi pulak. Walhal, tadi cuma nak cerita tentang untung atau tak perniagaan kedai runcit ni.

 

Baiklah, adakalanya sebagai orang luar, kita sebenarnya boleh agak sama ada perniagaan runcit milik seseorang usahawan tu ada untung atau tak. Kita lihat dalam tempoh masa setahun ke dua tahun. Kalau barangan yang dijual makin bertambah, pelanggan makin ramai, ini tanda-tanda positif yang menunjukkan perniagaan tersebut memang untung.

 

Tetapi, kalau sebaliknya yang berlaku, boleh jadi perniagaan yang sedang mereka jalankan sekarang ni tidaklah begitu menguntungkan.

 

Baca juga: 33 contoh kertas kerja perniagaan untuk beri anda idea jalankan perniagaan yang tepat untuk anda

 

Cara yang saya sebutkan diatas ini, sebenarnya lebih kepada berdasarkan pemerhatian. Cara seperti ini, kebiasaannya tidak begitu tepat untuk kita ketahui kedudukan sebenar dan tahap kesihatan sesebuah perniagaan yang dijalankan.

 

Kaedah yang lebih baik, untuk mengetahui sama ada sesuatu bisnes itu menguntungkan ataupun tidak, adalah dengan melihat laporan kewangan syarikat. Biasanya kita akan lihat kepada akaun untung rugi atau profit & loss account.

 

Sebagai pemilik perniagaan, menjadi tanggungjawab kita untuk merekod semua transaksi yang kita lakukan untuk tujuan bisnes. Data-data ini kemudiannya akan disusun dalam satu format yang betul bagi membentuk akaun untung rugi dan dari situ, kita boleh buat analisis sama ada bisnes yang kita jalankan itu sedang berada dilandasan yang betul atau sedang diambang kerugian.

 

Saya sedia maklum, bukan semua orang mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan. Justeru, buat pemilik bisnes yang kurang arif dalam bab perakaunan, bolehlah hubungi rakan saya Pn Diyana melalui nombor berikut 011-2720 4420. Ataupun boleh layari laman web syarikat beliau di https://realmanagementservices.com/

 

Pn Diyana ini menyediakan khidmat berkaitan dengan perakaunan, percukaian dan audit syarikat. Kalau selama ini anda jalankan bisnes tanpa ambil peduli aspek perakaunan, inilah masanya untuk anda berubah dan jalankan bisnes dengan kaedah yang lebih baik. In Shaa Allah beliau boleh bantu menyediakan akaun untuk syarikat anda.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  2. Pengalaman pertama kali buka perniagaan kedai runcit
  3. Patut atau tidak anda AMBIL ALIH atau BELI perniagaan runcit orang lain?
  4. 7 Idea untuk menjalankan kerja pemasaran bagi perniagaan kedai runcit

Filed Under: Bisnes Kedai Runcit Tagged With: bisnes kedai runcit, kedai runcit, perniagaan kedai runcit

Comments

  1. emir says

    December 1, 2015 at 4:55 pm

    Program Transformasi Kedai Runcit

    Peluang terbuka kepada warganegara Malaysia untuk memperkembangkan/ menambahbaikan/ mengubahsuai perniagaan peruncitan anda.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyediakan bantuan dana melalui skim pinjaman mikro sehingga RM80,000 kepada pemohon yang berminat.

    Syarat Kelayakan:
    1)Warganegara Malaysia
    2)Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    3)Pemilik kedai runcit berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi umur 60 tahun.
    4)Keluasan kedai runcit tidak melebihi dua pintu (2500 kaki persegi)

    Skop Pembiayaan
    – Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan
    – Pembelian mesin atau peralatan
    – Modal kerja untuk pembelian stok

    Sila berhubung dengan Encik Emir di number 018-3237502 untuk keterangan lanjut.

    Reply
    • Norinah says

      December 1, 2020 at 11:42 am

      Adakah bank rakyat Masih membuka peluang utk pinjaman kepada peniaga runcit kecilan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in