Adakah anda ingin menghasilkan pendapatan pasif tanpa perlu keluar modal?

by sabree hussin on September 7, 2015

in Pemasaran Internet

Laman web saya ini, cukup popular dengan pertanyaan-pertanyaan seperti

Jana pendapatan pasif tanpa modal

Buat duit tanpa modal

Buat duit pasif lumayan

Kerja di rumah sambilan tanpa modal

 

Pada waktu ini, sebenarnya saya juga sedang mengusahakan beberapa sumber pendapatan yang saya rancang untuk jadi sumber pendapatan pasif. Semua ni sebagai bekalan dan persediaan, kalau-kalau satu masa nanti saya dah tak mampu nak bekerja dan mana tahu, sumber pendapatan ini boleh dijadikan tempat bergantung.

 

Munasabah ke nak buat duit tapi tak nak keluar modal?

Ok macam ni. Katakanlah, anda nak buat duit. Cara biasa ialah, anda cari kerja sama ada menggunakan medium jobstreet atau lain-lain perkhidmatan yang boleh anda gunakan untuk cari kerja. Kita pendekkan cerita, semuanya berjalan dengan lancar. Anda diterima bekerja disebuah syarikat yang menawarkan servis logistik.

computer money

 

Jadi bermula isnin depan, anda kena start lapor diri. Nak pergi kerja, nak kena pakai baju apa? Hmm… baju kerja, nak kena beli ni. Kemudian, untuk anda pergi kerja, nak naik apa pulak? Ada kenderaan ke tidak? Kalau anda ada kenderaan, kena isi minyak, kena bayar tol, kena bayar parking. Nak jimat? Boleh naik pengangkutan awam… itupun kalau kebetulan tempat kerja tu terletak dalam lingkungan kawasan cover area pengangkutan awam. Semua ni… perlukan kos atau percuma?

 

Manusia suka mencari perkara-perkara mistik hingga ke alam digital

Boleh jadi ini memang sikap semulajadi manusia. Kita suka mencari sesuatu yang diada-adakan dan sesuatu yang adakalanya tak masuk dek akal. Kita mahukan sesuatu, tapi kita tak sanggup nak korbankan sesuatu yang sama nilainya.

 

Kita mahukan pendapatan sebanyak RM10, 000 setiap bulan, namun pada masa yang sama, kita tak sanggup nak berusaha setara dengan orang yang benar-benar dah mencapai pendapatan sebanyak itu. Even orang yang hidupnya bergelumang dengan penipuan, juga perlu berusaha untuk menghasilkan skim penipuan yang benar-benar menyakinkan sehingga ada pihak yang benar-benar tertipu dan terpedaya untuk turut serta dan menyokong skim penipuan tersebut.

 

Tentang niat anda nak jana pendapatan pasif tanpa modal…

Ia bukannya tak ada ataupun tak wujud. Ia boleh direalisasikan. Namun ia bukan mudah. Pada waktu catatan ini saya tulis, saya juga sedang giat berusaha untuk merealisasikan impian saya untuk mewujudkan pendapatan pasif. Salah satunya adalah menerusi bisnes simkad Tone Excel. Bagi menjadikan ianya benar-benar pasif, maka saya menggunakan skrip Autodownline. Setakat sekarang ni, saya masih belum betul-betul berjaya, namun perjalanan menuju kearahnya makin menampakkan sinar harapan!

 

Baiklah itu kisah tentang Tone Excel. Saya faham, setengah orang dah naik muak dan dah mula rasa menyampah bila dengar tentang Tone Excel. Macam dah tak ada benda lain yang nak diceritakan.

 

Jika anda masih berminat nak jana pendapatan pasif, saya nak share salah satu idea penjanaan pendapatan yang saya sendiri sedang bangunkan. Anda dah sedia nak tahu macam mana caranya?

 

Sewaktu aktiviti ekonomi semakin malap, orang ramai semakin takut untuk berbelanja, dan syarikat-syarikat besar sedang mengecilkan operasi mereka, ada syarikat yang buat untung BESAR pada waktu yang sama. Apakah syarikat tersebut? Ia adalah syarikat yang terlibat dalam bisnes PENGIKLANAN!

 

Bagaimana, individu biasa seperti saya dan anda boleh buat duit dan terlibat dalam bisnes pengiklanan? Adakah ianya boleh dilakukan atau ianya suatu yang hampir mustahil?  

 

MUSTAHIL untuk mereka yang MALAS dan LEMAH. Saya memilih untuk YAKIN kita semua ada potensi untuk berjaya dalam bidang ini. Sekurang-kurangnya, ada peluang untuk buat duit dalam bisnes pengiklanan. Jika tidak jadi jutawan sekalipun, setidak-tidaknya kita masih mampu untuk memperoleh pendapatan 2 – 3 angka daripada bisnes pengiklanan.

 

Saya nak mulakan dengan bercerita tentang bahan-bahan ataupun tools yang mungkin anda perlukan untuk buat duit dalam bidang pengiklanan ini. Saya ingin ingatkan, ini adalah topik yang serius dan jika anda buat dengan betul, anda juga berupaya untuk hasilkan pendapatan yang lumayan. Bukan sekadar omong kosong dan cakap tak serupa bikin.

 

“Apakah tools yang diperlukan untuk buat duit dalam bisnes berkonsepkan pengiklanan?”

Anda perlukan

1. Akaun Facebook

2. Akaun twitter

3. Blog

4. Sistem autoresponder

 

Berita baik untuk anda, anda tak perlu ada semua, tetapi jika anda mempunyai kesemua ini, ia adalah suatu bonus untuk anda. Jom kita lihat penerangan secara ringkas untuk setiap kaedah yang dinyatakan.

 

Akaun Facebook

Hari ini, majoriti semua orang ada akaun Facebook. Jika anda adalah pengguna smartphone, saya percaya kebanyakkan dari anda mempunyai application Facebook pada smartphone masing-masing. Saya juga begitu.

Khusus untuk pengguna Facebook, apa yang anda boleh buat ialah, hasilkan sebuah laman Fanpage yang mempunyai bilangan likes yang BANYAK. Bila saya kata BANYAK, saya maksudkan jutaan likes ataupun ratusan ribu likes yang responsive.

Apa yang saya maksudkan dengan likes yang responsive?

Maksud saya, mereka yang like page anda, juga akan like pada setiap status update yang anda siarkan di wall FB anda. Tak semestinya likes, boleh jadi juga mereka akan share, komen dan sebagainya.

Pada waktu ini, anda boleh tawarkan servis untuk beriklan di wall Fan Page anda. Jika anda kenakan bayaran RM20 untuk sekali iklan di wall FB fanpage anda, anda tetap masih untung.

Saya pernah menggunakan skrip samseng FB untuk bantu saya kumpul likes dengan masa yang pantas, dan ianya memang berkesan.

 

Twitter

Konsepnya lebih kurang sama dengan Facebook. Yang penting, anda memiliki follower yang ramai dan responsif, iaitu follower yang benar-benar ikuti perkembangan anda.

 

Blog

Dengan blog, anda mempunyai lebih banyak pilihan dan angle untuk anda buat duit dalam konteks pengiklanan. Sebagai contoh, anda boleh tawarkan servis penulisan artikel advertorial, sewakan tapak pengiklanan dan sebagainya.

 

Sistem autoresponder

Anda memerlukan sistem autoresponder yang baik dan berkualiti dan pada masa yang sama, tidak membebankan anda untuk tempoh jangka masa yang lama.

sistem_autoresponder_emelmatik

Jika anda baru nak bermula, saya syorkan anda biasakan diri dengan sistem autoresponder daripada syarikat autoresponder emelmatik. Emelmatik menawarkan pelan penggunaan secara percuma selama 365 hari untuk anda berlatih bagaimana cara untuk mengoperasikan sistem autoresponder.

Apa kita nak buat dengan sistem autoresponder emelmatik ni sebenarnya? Mudah sahaja, kita akan gunakan sistem autoresponder ini untuk membina database pelanggan dan mengumpul senarai nama dan emel prospek. Selepas kita dah capai satu jumlah tertentu, contohnya dah pun capai 10,000 senarai emel misalnya, anda boleh mula tawarkan servis mengiklankan perniagaan terus ke inbox emel prospek.

Kaedah pengiklanan seperti ini sinonim dengan nama “solo ads” dan ia memang satu method pengiklanan yang agak popular di luar negara. Bayangkan, jika anda mempunyai 10,000 senarai emel, dan anda caj RM300 untuk setiap kali anda hantar emel promosi kepada klien yang ingin dapatkan servis dari anda, boleh anda kira berapa potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan?

 

“Macam mana kalau saya hanya minat nak cari cara buat duit pasif tanpa modal dan tak minat nak ikut cara yang awak katakan ni Sabree…”

Well then, please… keep looking!

 

Saya tak tulis pasal perkara ni sebab saya masih belum jumpa lagi sumber pendapatan pasif yang boleh dimulakan tanpa keluar modal langsung. Kebanyakan yang saya jumpa, majoriti anda perlu keluar modal. Mungkin satu masa nanti, anda akan jumpa jugak. Siapa yang tahu… kan? Until then…

 

Biarlah saya fokus dengan apa-apa yang berkesan dan berjaya buat duit untuk saya.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: