Pernah tak anda dengar tentang program bekerja dari rumah erezeki? Program erezeki ini sebenarnya adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi meningkatkan pendapatan mereka dengan melakukan kerja-kerja dalam talian, atau kerja-kerja secara digital.
Individu yang berminat untuk menyertai program erezeki ini, perlulah mempunyai komputer dan juga sambungan internet bagi memudahkan mereka untuk melakukan kerja-kerja digital hanya dari rumah sahaja. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai komputer ataupun internet, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat erezeki berhampiran anda untuk melakukan tugasan-tugasan (job) disana.
Satu kelebihan buat mereka yang buat kerja di pusat erezeki, anda boleh dapatkan latihan dan boleh tanya terus pada instructor yang berada disana. Dalam situasi saya, saya tak pernah lagi berkunjung ke mana-mana pusat erezeki. Semuanya saya buat sendiri. Daftar sendiri, belajar sendiri, dan buat kerja pun sendiri-sendiri.
Mana-mana yang saya tak faham, saya kena pandai-pandai sendiri untuk cari jawapannya. Mujurlah saya ada serba sedikit pengalaman buat kerja-kerja dalam talian ni, itu pun sebab sebelum ini saya pernah jadi ahli Jobdirumah dan ada juga pengalaman bekerja dari rumah, jadi boleh dikatakan tugasan-tugasan yang ditawarkan menerusi program erezeki ini bukanlah sesuatu yang begitu asing.
Ini bayaran upah yang saya terima dari program erezeki ini.
Bayaran dibuat terus ke akaun bank milik saya. Ini adalah bayaran kali pertama yang saya terima dari program erezeki ini. Biasalah, benda yang kali pertama ni, selalunya memang saya tak akan buat dengan serius. Saya lebih suka amalkan tunggu dan lihat. Fasa-fasa pertama ni saya anggap ia sebagai satu eksperimen.
Hanya apabila ia benar-benar TERBUKTI membayar, barulah saya akan buat betul-betul. Dalam kes program erezeki ni, nampaknya mereka memang betul-betul membayar. Jadi kat situ, bolehlah saya luangkan lagi banyak masa untuk buat kerja-kerja yang ditawarkan.
Ini contoh kerja-kerja yang ditawarkan dalam program erezeki
Saya nak cerita serba sedikit tentang kategori-kategori kerja yang ditawarkan secara ringkas sahaja.
Collecting Data – Untuk kerja ini, kita akan diberikan senarai laman web dan dari laman web tersebut kita diminta untuk mengumpul maklumat-maklumat tertentu. Sebagai contoh, kita perlu dapatkan info tentang senarai nama peguam yang berkhidmat di firma guaman tertentu.
Dalam situasi tersebut, kita akan diberi senarai laman web beberapa firma guaman, dan dari situ kita perlu kumpul nama-nama peguam yang ada. Kerja ini ada ala-ala kerja data entry.
Categorizing Data – Ini salah satu kerja yang agak senang tapi leceh. Pada masa yang sama, ia perlukan serba sedikit pengetahuan yang baik tentang tatacara perniagaan secara online menggunakan sistem ecommerce. Kalau anda tak pasti, bagaimana sistem ecommerce, anda boleh lihat laman web Lazada ini.
Dengan menggunakan sistem ecommerce ini, setiap produk perlu disusun mengikut kategori yang tepat. Tugas kita ialah untuk menyemak produk-produk yang disenaraikan di laman web ecommerce dan kita perlu pastikan produk tersebut diletakkan pada kategori yang betul.
Content Monitoring – Dalam kategori ini, kita akan bertindak sebagai seorang mederator yang akan menyemak setiap posting yang dilakukan oleh pengguna laman sosial. Sama ada laman sosial twitter, Facebook, Instagram atau lain-lain.
Ada kriteria tertentu yang kita perlu semak. Mana-mana posting yang tak sepatutnya di post di media sosial, atau yang tidak relevan dengan mana-mana syarikat tertentu, kita akan tandakan posting tersebut.
Buat masa ni, kebanyakkan kerja yang ditawarkan adalah dalam bahasa Inggeris. Bayaran upah untuk setiap kerja juga tidaklah begitu lumayan. Ia dibayar dalam kadar sen-sen sahaja. Sesuai dengan bentuk pekerjaan yang tidaklah sesukar mana, jadi pada pendapat saya, bayarannya adalah setimpal.
Walaupun kebanyakkan tugasan yang ditawarkan tidaklah sesukar mana, namun boleh dikatakan kebanyakkan tugasan yang disenaraikan agak leceh dan memerlukan masa yang agak panjang juga untuk disiapakan. Kerja senang tapi makan masa.
Sebab tu, saya lebih fokus untuk beri keutamaan pada kerja-kerja lain sebelum ni. Apa pun, program erezeki ini memang terbukti membayar ahlinya. Dengan syarat, anda kena buat kerja. Tak ada pendapatan tetap yang akan anda perolehi, sebabnya upah adalah berdasarkan kepada berapa banyak tugasan yang anda mampu untuk siapkan.
Apa pun, jika anda minat untuk mendaftar ke program ini, boleh ke laman web erezeki. Selamat mendaftar dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan program ini.
Kalau anda rasa, bekerja dalam program erezeki ni masih tak cukup, boleh cuba Jobdirumah jugak. Apa pun, saya syorkan anda cuba dulu, biasakan dengan persekitaran bekerja dari rumah, dan jika anda selesa, barulah buat secara serius. Atau mungkin kalau nak buat secara full time pun boleh!
akubiomed says
Peluang mencari duit sampingan. Kalau serius pun boleh buat kerja dari rumah.
titan says
tu la.
upah kecik.
sebab tu aku biar dulu aje.
seri nian says
yang penting berkat…alhamdullilah
semoga dapat lebih lagi pada masa akan datang…ameeen
Iskandar @ JomJalan says
Upah kecik. Dan byk dari site lain saya tengok.
Projek ni macam projek besar, tapi impaknya mmg tak boleh buat full time job.
sabree hussin says
Saya pun dah agak lama tak login ke sistem erezeki ini. Faktor upah yang kecik pun salah satu sebab kenapa saya utamakan untuk buat kerja lain daripada buat kerja di platform ini.
Ms Ruby says
Saya baru nak cuba start..confirm ke erezeki ni sgt mmbantu menjana pendapatan?
sabree hussin says
Cubalah dulu Ms Ruby. Kalau ada kerja, ada lah upahnya. Kalau soalan tentang “adakah ianya sangat membantu untuk menjana pendapatan?”
Saya rasa kalau pihak erezeki perbanyakkan lagi job dalam tu, pasti membantu.
farhana says
saya nak tanya.. kalau kita daftar eRezeki ni, kita tidak terikat kan? macam boleh terima kerja tu ataupun tak.
sabree hussin says
Ya tak terikat. Terpulang pada kita, sama ada pada masa tu kita nak bekerja atau tidak. Ada juga kerja, kita kena buat sampai siap. Yang ni biasalah. Tak boleh buat separuh jalan.
Thia says
Assalamualaikum. Nak tanya. Macam mana nak pilih kerja dlm erezeki? Saya dah daftar dan dah apply job tapi takda jawapan.