Rasanya dah menjadi satu kebiasaan dan rutin bulanan, untuk saya update tentang bayaran komisyen yang saya terima dari pihak Jobdirumah.
Mungkin satu hari nanti, bila panduan ini dah ditutup jualannya, catatan tentang komisyen jobdirumah, yang saya siarkan dalam blog ni bakal menjadi suatu kenangan terindah dalam hidup saya. Pada waktu tu, saya akan baca semula entri-entri lama dalam blog ni dan dapatlah saya imbas kembali, rupanya satu masa dulu saya pernah dapat komisyen dari syarikat Klik Solutions selaku pengasas kepada Panduan Jobdirumah boleh kata hampir setiap bulan.
Itulah dia yang akan menjadi bukti konkrit bahawa dengan bekerja keras tanpa mempedulikan rasa penat, malas, kecewa dan sebagainya, pasti akan dapat membuahkan hasil pada akhirnya.
Ada ramai yang menjadi ahli Jobdirumah, namun bukan semua orang berjaya dapat komisyen. Timbul tanda tanya… jika tak semua orang berjaya jana komisyen, then apa tujuan mereka join Jobdirumah?
Ini jawapannya. Mereka berada dalam program Jobdirumah sebab mereka ingin belajar cara-cara bagaimana untuk bekerja dari rumah. Bermula dari mempelajari teknik-teknik dan perkara asas tentang cara kerja sebagai seorang freelancer (pekerja bebas), teknik memohon pekerjaan hingga mereka berjaya mendapatkan pekerjaan online mereka yang pertama dari portal pekerjaan yang disarankan.
Sepatutnya begitu lah.
Melainkan anda ingin menjadi seperti saya. Lebih minat untuk menjadi seorang ejen pemasaran berbanding seorang pekerja sambilan. Terpulang pada kebijaksanaan dan keselesaan anda. Apa yang penting, semoga pelaburan anda mendalami ilmu dan bidang freelancing ini membuahkan hasil. Supaya dengan demikian, pelaburan anda sebanyak RM50 itu tidaklah disia-siakan begitu sahaja.
Ini adalah komisyen jobdirumah yang dibayar kepada saya pada bulan April 2016 ini.
Seperti yang saya nyatakan pada tajuk artikel. Ini adalah bayaran KOMISYEN. Maksudnya? Bayaran ini terhasil daripada usaha menghasilkan jualan, dan bukannya hasil daripada melakukan kerja-kerja sambilan dari rumah. Ia berbeza.