Bagi sesetengah pihak, Program Jobdirumah bukanlah sesuatu yang asing.
Begitu juga buat diri saya. Saya mula mengenali kewujudan program ini semenjak 20 Februari 2013. Itulah tarikhnya saya mula membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM50 untuk menjadi ahli dilaman web jobdirumah.
Sepanjang tempoh masa tersebut, pelbagai perkara telah saya cuba seperti yang disarankan dalam panduan yang boleh diperolehi di member area.
Ada yang berjaya membuahkan hasil, dan ada juga yang saya tak berjaya. Itu lumrah.
Walaubagaimanapun, saya perhatikan, masih ramai lagi yang salah faham tentang program Panduan Jobdirumah ini.
Jadi, dikesempatan ini, izinkan saya berkongsi dengan anda, 7 salah faham yang popular dan yang sering berlaku kepada mereka-mereka yang baru pertama kali menjumpai laman web jobdirumah ini.
1) Jobdirumah bukannya majikan yang menawarkan peluang pekerjaan – Ramai sebenarnya yang salah faham dan menyangkakan bahawa pihak Jobdirumah adalah majikan yang bertanggungjawab menyediakan dan membayar upah kepada para pekerja.
Tanggapan tersebut sebenarnya silap sama sekali.
Jika anda baca laman web Jobdirumah dengan teliti, anda pasti akan dapati sudah dinyatakan dengan sangat jelas bahawa pihak jobdirumah sebenarnya bukanlah pihak yang akan mengupah anda untuk bekerja.
Pihak Jobdirumah tidak menawarkan pekerjaan mahupun mengambil pekerja
Info ini memang dah dinyatakan dengan jelas di laman web rasmi Jobdirumah. Persoalannya ialah, sama ada anda perasan atau tidak?
Anda tak perasan?
Mungkin saya patut tanya, sama ada anda baca atau tidak laman web Jobdirumah tersebut?
Pihak jobdirumah memiliki sistem pengurusan yang sistematik, yang mana dengan sistem sedia ada, mereka tak memerlukan pekerja tetap mahupun ofis. Kebanyakkan pekerja yang mereka miliki semuanya bekerja dari rumah dan dibayar secara per job basis dan bukannya dibayar secara bulanan dengan gaji tetap.
Untuk tujuan pemasaran, pihak Jobdirumah juga membuka tawaran untuk menjadi ejen pemasaran mereka kepada sesiapa yang berminat dan mempunyai kemahiran untuk berbuat demikian.
Bayaran upah adalah menggunakan konsep perkongsian keuntungan, atau lebih dikenali dengan istilah affiliate.
Saya sendiri adalah salah seorang ejen affiliate atau ejen pemasaran untuk produk Panduan Jobdirumah.
2) Jobdirumah adalah platform yang menyediakan PANDUAN & LATIHAN yang mengajar anda cara-cara bekerja dari rumah – Dengan menjadi ahli di laman web jobdirumah, anda akan memperolehi akses untuk belajar cara sebenar bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas.
Bahan latihan adalah dalam bentuk bertulis dan juga video.
Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat.
Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber – sumber yang betul.
3) Jobdirumah sebagai orang tengah atau pemudah cara untuk bantu anda memperoleh pekerjaan – Sebenarnya peranan JDR bukan sekadar menyediakan panduan dan latihan semata-mata.
Pada masa yang sama, sekiranya anda menjadi ahli berdaftar yang SAH, anda juga akan memperoleh servis pemberitahuan sekiranya terdapat kerja kosong yang mungkin sesuai untuk anda.
Setiap pagi, pihak JDR akan menghantar emel kepada ahlinya untuk memberitahu maklumat dan info mengenai kerja kosong yang boleh dipohon.
Contohnya
Tentang maklumat kerja kosong…
1. Bukan semua tawaran kerja yang anda perolehi sesuai dengan anda.
2. Anda akan memperolehi emel yang mengandungi senarai kerja yang ditawarkan. Proses ini sama seperti servis yang ditawarkan oleh pihak Jobstreet. Mereka memaklumkan kekosongan yang ada, namun terpulang pada kita sama ada kita nak mohon kerja tersebut atau tidak.
3. Tak semua kerja yang kita mohon akan diterima oleh majikan. Pihak majikan akan memproses terlebih dahulu permohonan yang kita buat sebelum diterima untuk bekerja.
4) Job yang tersedia semuanya MUDAH? – Terdapat pelbagai job yang anda boleh pilih mengikut kemampuan dan kemahiran yang anda miliki.
Pekerjaan yang ada adalah dari semudah-mudah job hinggalah kepada jenis job yang memang susah dan memerlukan kemahiran dan skil yang tinggi.
Antara job yang biasanya ditawarkan ialah
1. Data entry
2. Typing (menaip dokumen)
3. Mengumpul maklumat dari pelbagai laman web
4. Menulis artikel
5. Menulis laporan
6. … dan banyak lagi. Senarai penuh boleh diperolehi apabila anda klik sini
Benarkah kerja yang tersedia semuanya senang-senang belaka?
Ia bergantung.
Saya ambil contoh kerja menaip. Anda mungkin perlu taip semula perkataan atau ayat daripada file jpeg kepada file words. Bakal majikan anda mungkin pernah ke seminar baru-baru ini dan tak berkesempatan untuk menyalin nota.
Jadi, apa yang dia buat ialah, dia snap gambar yang dipaparkan pada slide dan akan minta anda untuk taip semula kepada format words.
Kerjanya mungkin tak sesusah mana, namun ia memerlukan ketelitian yang tinggi.
5) Ada sebarang JAMINAN pekerjaan? – TIADA JAMINAN.
Itu yang pasti.
Mereka yang memilih untuk menyertai laman web jobdirumah sebagai ahli adalah terdiri daripada mereka yang berbeza latar belakang.
Ada yang memang dah biasa dengan kerja-kerja freelance.
Ada yang baru nak belajar.
Ada yang cuma sekadar nak tahu macam mana sebenarnya proses bekerja dari rumah.
Malahan ada juga yang menyangka jobdirumah sebagai laman web skim cepat kaya. Mereka yang benar-benar bertindak setelah mendapatkan panduan jobdirumah ini juga mungkin hanya sedikit bilangannya.
Tak ada sebarang jaminan anda akan memperoleh kerja setelah menyertai jobdirumah…
Anda perlu bersaing dengan pemohon-pemohon lain yang datang dari serata dunia.
Majikan anda juga adalah datang dari pelbagai syarikat dan individu dari serata dunia. Bukannya hanya dari Malaysia sahaja.
Sebagai majikan, mereka juga perlu sangat berhati-hati sebelum mengambil sesiapa pun untuk menjadi pekerja. Proses saringan perlu dibuat dan salah satu kaedahnya adalah dengan melihat resume yang dihasilkan oleh para pemohon.
Jika anda ikuti tips dan teknik yang diajarkan oleh pihak JDR, anda mungkin berpeluang untuk dipilih untuk bekerja berbanding mereka yang tak pernah belajar cara hasilkan online resume.
Dengan adanya panduan jobdirumah ini, anda meningkatkan kebarangkalian untuk anda memperolehi pekerjaan yang sesuai untuk anda.
6) Yuran pendaftaran sebanyak RM50 – Anda perlu membayar sebanyak RM50 (mungkin akan dinaikkan) jika anda ingin sertai jobdirumah.
Ramai yang berlagak pandai dan cuba nak tunjuk teror dengan mengemukakan hujah seperti
1. Kenapa perlu bayar? Kita yang nak bekerja, patutnya kita yang dibayar, bukannya kita yang perlu bayar!
2. Pihak syarikat ni cuba nak ambik kesempatan dan cuba nak menipu mereka-mereka yang terdesak nak cari kerja..
Apabila saya terjumpa komen-komen macam tu, saya hanya senyum. Sesekali saya akan ketawakan orang yang beri komen tu.
Sebabnya?
Dia tak faham apa itu jobdirumah.
Kemudian pada masa yang sama, dia juga MALAS nak study apa sebenarnya yang ditawarkan oleh jobdirumah.
Apa sebenarnya yang ditawarkan oleh jobdirumah?
Pihak jobdirumah menawarkan informasi.
Informasi yang ditawarkan mampu membantu anda untuk bekerja sendiri dari rumah.
Sudah tentu informasi ini ada harganya. Ia bukannya datang secara percuma, malahan pemilik jobdirumah, Kliks Solution perlu melalui pelbagai pengalaman untuk berada ditahap sekarang ini.
Jadinya, untuk berkongsi pengalaman tersebut, maka diwujudkan program latihan Jobdirumah ini. Program ini memberi informasi kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah sebagai freelancer.
… dan jika anda berminat, tetapi anda tak tau bagaimana caranya, anda boleh belajar dilaman web jobdirumah.
Dah TENTU ANDA PERLU BAYAR UNTUK BELAJAR.
Jika anda ada masalah dari segi bayaran, maka anda terpaksalah cari alternatif lain selain daripada jobdirumah. Jobdirumah ini hanya untuk mereka yang berminat sahaja.
Jika anda tak minat, anda tak perlu kata apa-apa.
Yuran penyertaan tersebut sebenarnya adalah caj untuk anda belajar dengan pihak jobdirumah.
7) Cara nak buat duit dengan pihak jobdirumah – Sebenarnya terdapat dua cara untuk buat duit dengan program latihan jobdirumah.
Kedua-dua cara memang berkesan dan berhasil.
Cara pertama adalah dengan mengambil job dan menerima upah kerana telah menyiapkan job yang ditawarkan oleh majikan.
Contoh dibawah ini adalah bayaran upah yang saya terima kerana telah menyiapkan job menulis artikel.
Cara kedua nak buat duit ialah dengan menjadi ejen pemasaran Program Panduan Jobdirumah.
Contoh dibawah ini pula adalah bayaran setelah saya berjaya mendapatkan jualan bagi produk ini.
Sekiranya anda berminat untuk jadi ejen pemasaran seperti yang saya lakukan, anda mungkin memerlukan rujukan tambahan.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknik yang sama yang saya sendiri gunakan, saya syorkan anda muat turun panduan Affiliate yang pernah saya tulis sebelum ini.
Ada banyak teknik yang anda boleh praktikkan bagi membantu anda mendapatkan sales yang lumayan daripada program-program affiliate sama ada dari luar negara ataupun tempatan.
Baiklah, semoga dengan artikel ringkas ini dapat membantu meleraikan segala salah faham tentang jobdirumah ini.
Jika anda berminat untuk mencuba, saya doakan semoga anda sukses dan maju jaya!
oo so info yang diberi sebenarnya yang kita perlu bayar. Jobs offering tu yang mahal. Biasa job datang dari oversea ke local je ?
Bayaran RM50 adalah untuk menjadi ahli. Sebagai ahli, anda akan memperoleh akses kepada informasi dan panduan untuk buat duit sebagai seorang freelancer yang bekerja dari rumah.
Selain itu akan dapat juga menggunakan sistem pencarian kerja yang dibangunkan oleh Tim Jobdirumah.
Dari segi job, ada yang local dan ada yang dari oversea. Job dari oversea saya jarang dapat. Biasanya dapat yang dari dalam negara sahaja. Itu sebab pembayaran pun mudah hanya melalui M2U
pernah juga dapat offer kerja macam ni. menarik jugak kerjanya. validate gambar, validate jawapan..lagi rajin lagi banyak income.
Wah menarik tu. Tahniah!
Memang betul, ada job yang mudah, dan ada yang susah. Bayaran juga bergantung pada tahap kesukaran sesuatu job tu.
Job yang mudah bayaran dia mungkin rendah..
Yang yang mudah, tetapi ada banyak nak kena buat, bayaran boleh jadi tinggi.
Job yang susah, bayaran biasanya tinggi.
Tapi apa yang best, bila majikan dari oversea, bayaran dalam USD 🙂
Baru la saya faham apa sebenarnya jobdirumah ni. Thanks good info for me
Alhamdulilah 🙂
oooo gitu rupanya jobdirumah… faham tuan… tq.
Terbaik! Jobdirumah ni sebenarnya memang mudah untuk difahami
salam alaik. mahu bertanya
1.saya masih pelajar di sebuah uni, adakah jobdirumah flexible utk saya?
maksudnya kerja2 yg dibuat ada deadline tertentu, atau mengikut pilihan
2.transaksi utk payment pula mcm mana?
3.rm50 itu hanyalah utk modul belajar sahaja, dan ia tak menjanjikan utk mdapat pkerjaan, begitu?
maaf bertanya. salam ukhwah
Waalaikumusalam,
1. Job yang diiklankan dilaman web majikan ada dateline. Sebagai contoh, job untuk menaip ebook. Majikan juga ada target sasaran bila projek tersebut perlu siap, sebabnya mereka juga ingin lancarkan fasa seterusnya iaitu menjual ebook yang dah siap di taip.
Berkenaan sama ada jobdirumah fleksibel atau tidak, saya sarankan lela hanya pilih job yang anda benar-benar faham macam mana nak buat, dan ada masa untuk selesaikan. Dalam satu-satu masa, pilih untuk buat satu projek sahaja. Selepas siap barulah ambik projek/job lain dari majikan lain.
Boleh apply lebih daripada satu job, tetapi, jika dah dapat job yang diapply, kita masih lagi boleh cancel/reject job tersebut.
2. Bayaran untuk job adalah menerusi paypal jika majikan berasal dari luar negara. Kena daftar akaun paypal. Percuma sahaja. di http://www.paypal.com
Macam dalam kes saya, saya lebih kerap berurusan dengan majikan dalam negara, jadi pembayaran yang saya terima adalah menerusi Maybank2u atau cimbclicks
3. RM50 adalah yuran atau kos latihan. Anda akan dapat akses ke member area untuk belajar selok belok dan cara bekerja dari rumah. Bermula dari cara membina online resume hinggalah untuk job application. Termasuk juga senarai laman web boleh dipilih untuk berurusan dengan majikan dari seluruh dunia.
YA. Tiada jaminan anda akan dapat kerja. Namun, dengan adanya panduan, dan anda follow panduan, anda lebih mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya.
Namun, jika anda tak yakin boleh berjaya tanpa panduan, maka panduan Jodirumah ini pasti berguna untuk anda.
penerangan panjang lebar ini lebih jelas rasanya untuk jernihkan kekeliruan kita.. tapi masalahnya mereka ni mahukan income yang banyak.. tapi bila gagal program itu pula yang disalahkan sedangkan dari permulaan lagi penerangannya cukup jelas..
Betul juga. Ramai yang tak baca betul-betul cara nak buat duit dengan program ni. Gelojoh sangat bila dah nampak duit, padahal mereka lupa agaknya yang kalau nak duit, kena kerja dulu. Siap kerja baru terima upah dari majikan