Saya rasa anda nak jadi lebih kaya pada tahun 2016 ni. Betul tak? Macam mana saya boleh tahu? Mudah. Sebabnya anda berminat nak baca artikel ini.
Kalau anda tak minat nak baca artikel ini, saya kira anda mungkin ada beberapa sebab. Antaranya, anda mungkin memang dah kaya, ataupun anda memang tak merancang untuk jadi lebih kaya berbanding sebelum ini. Jika anda termasuk dalam kelompok kedua-dua kumpulan yang saya sebutkan ini, anda memang tak ada keperluan pun nak baca perkongsian saya ini.
Anda teruskan dengan cara hidup pilihan anda, dan saya teruskan dengan cara saya. Masing-masing boleh bergembira dengan pilihan dan haluan hidup masing-masing. See… mudahkan? Tak perlu gaduh dan perjalanan hidup kita pun akan jadi lebih mudah.
Wahai kawan-kawanku yang ingin memperbaiki kehidupan diri, dan ingin jadi kaya sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perkongsian ini untuk kalian. Baca, dan mana-mana satu yang anda rasakan baik untuk anda, anda ambil dan praktikkan. Mana yang tak sesuai, tinggalkan sahaja. In Shaa Allah, jika anda tak berjaya jadi jutawan sekalipun, anda pasti boleh jadi lebih kaya berbanding sebelum ini jika anda praktikkan.
Jom lihat, apa yang anda boleh lakukan untuk jadi lebih kaya berbanding sebelumnya, pada tahun 2016 ini.
(1) Pilih hobi yang boleh dijadikan mesin penjanaan pendapatan tambahan
Hobi adalah sesuatu yang kita akan rasa seronok bila kita lakukan dimasa lapang kita. Ada orang, mereka sanggup berhabis wang ringgit semata-mata kerana melayan hobi. Kadang-kadang kita pun sampai tak faham, kenapalah wujud orang-orang yang tak sayang duit macam ni. Mereka berbelanja sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk kumpul mainan star wars?!
Sesetengah orang pula, mereka ada yang sanggup menghabiskan masa hingga berjam-jam lamanya untuk melayan hobi masing-masing, walaupun mereka tak menerima sebarang bayaran pun. Orang yang ada minat dan hobi yang berbeza memang tak boleh terima, kalau ada yang sanggup habiskan masa berjam-jam lamanya untuk buat sesuatu yang tak ada sebarang penghasilan.
Baiklah, jadi kat sini, kita boleh lihat hobi itu adalah
(A) Sesuatu yang menyeronokkan si pelakunya
(B) Orang yang melakukannya sanggup untuk keluar belanja tak kira walau besar mana
(C) Kalau tak ada sebarang bayaran pun dia tetap akan lakukannya
Aha… dapat sesuatu? Memandangkan kita sebenarnya boleh pilih, apa hobi yang kita mahu lakukan, kenapa tidak kita pilih sesuatu hobi yang boleh memberikan kita pulangan atau yang boleh membantu kita jana pendapatan tambahan.
Dalam situasi saya, saya suka membaca. Jadi, hobi saya adalah membaca. Saya rasa seronok membaca dan mengikuti penulisan individu-individu dan tokoh-tokoh yang memang pakar dalam bidang masing-masing, untuk saya dapatkan sedikit ilmu mereka.
Untuk saya tambahkan pendapatan menerusi hobi saya ini, selepas saya selesai baca buku-buku mereka, saya akan promosikan buku-buku mereka pula. Melalui platform yang dibangunkan oleh Bookcafe.com.my saya boleh teruskan minat saya membaca dan pada masa yang sama, saya boleh buat duit pula dengan program affiliate mereka.
Tak perlu susah payah nak jadi penulis buku, sebabnya hanya dengan menjadi ejen affiliate, ada beribu-ribu buah buku yang sedia untuk dipromosikan di laman web bookcafe. Awal-awal tu, mungkin kita akan rasa susah sikit nak dapatkan sales, namun itu perkara biasalah. Lama kelamaan, bila kita konsisten berkongsi, In Shaa Allah, sales akan masuk sendiri secara automatik tanpa dapat dihalang lagi.
(2) Bina dan kuasai kemahiran baru
Bila ada peluang, belajarlah sesuatu yang baru. Siapa tahu, apa yang kita pelajari tu nanti, kita akan dapat manfaatkan di kemudian hari. Azizi Ali pernah menulis dalam bukunya berjudul Lahirnya Seorang Jutawan, jika kita adalah seorang pekerja, di syarikat-syarikat tertentu, kita sentiasa diberi peluang untuk mengikuti latihan untuk kuasai kemahiran-kemahiran baru.
Secara percuma pulak tu. Malahan, sepanjang tempoh latihan itu dijalankan, gaji kita sebagai pekerja tetap dibayar seperti biasa. Kita bukan sahaja dapat latihan secara percuma, malahan kita dibayar untuk mengikuti latihan tersebut. Sangat untung.
(3) Hargai masa terluang dengan aktiviti yang memberi nilai tambah pada diri
Apa yang anda lakukan ketika ada masa terluang? Ok… kurangkan berangan-angan, dan banyakkan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan nilai tambah pada diri. Belajar kemahiran baru, seperti belajar macam mana nak jadi seorang pelabur. Belajarlah ilmu tentang pelaburan emas, pelaburan saham dan macam-macam lagi ilmu buat duit yang lain.
Ada terlalu banyak perkara baru yang kita boleh pelajari. Hanya perlu kita cari dan kena ada kesanggupan untuk belajar. Silapnya kita ialah, kita lebih suka habiskan masa di media sosial daripada nak luangkan masa untuk buat duit dan belajar sesuatu yang baru.
(4) Sentiasa melihat peluang dan bertindak sewajarnya
Peluang akan sentiasa muncul didepan kita. Namun, bukan semua orang yang terlihat peluang akan bertindak untuk menjadikan peluang tersebut suatu kenyataan.
Ramai yang tahu, mereka boleh mulakan kerjaya dalam bidang telekomunikasi hanya dengan menyertai syarikat Tone Excel, namun berapa ramai yang akan ambil peluang ini?
Mungkin juga dalam satu masa sepanjang kehidupan anda, anda pernah mendengar tentang peluang untuk bekerja hanya dari rumah sebagai seorang pekerja bebas, namun berapa ramai yang ambil peluang ini? Anda tak tau macam mana ianya dilakukan? Itu bukan satu masalah besar, sebabnya anda boleh belajar dari pengasas program Jobdirumah ini.
(5) Ubah tabiat buruk dan tinggalkan terus selama-lamanya
Macam mana baik seseorang tu, pasti ada satu atau dua tabiat buruk yang dimiliki. Anda suka berhutang? Anda suka beli barang guna kad kredit.
Ini satu tabiat buruk yang perlu dihapuskan. Hapuskan ia selama-lamanya, kerana untuk jangka masa panjang, tabiat seperti ini hanya akan menyusahkan kita daripada menjadikan kita lebih kaya.
(6) Belajar untuk menjual
Sedarkah anda, yang sebenarnya kerjaya sebagai seorang jurujual sebenarnya menawarkan anda peluang untuk jana pendapatan yang lumayan dan tanpa ada had batasan? Buku The Psychology of Selling ini adalah salah satu buku tentang jualan yang anda patut baca.
Ilmu-ilmu jualan yang saya kumpul dan pelajari dari pelbagai sumber, banyak yang telah membantu saya untuk buat lebih banyak duit secara online. Contohnya dibawah ini.
Ini “hasil” daripada pelaburan ilmu yang saya lakukan. Bukan calang-calang ilmu, sebaliknya ilmu menjual. Ada masa-masa tertentu, begitu mudah untuk buat untung dengan program jobdirumah sehinggakan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, boleh dapat terus tiga sales.
Ok la kan. Hasil macam ni, siapa yang nak bagi? … kalau bukan kita yang kena usahakan sendiri.
(7) Bersyukur dengan kurniaan dari Allah SWT
Apapun, tak kiralah apa tahap kita berada sekarang, perlu sentiasa panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Kita masih hidup, bermakna kita masih ada masa. Kita masih ada peluang untuk berusaha dengan lebih baik.
Kita masih ada kesempatan untuk perbetul semua kesalahan diri kita dan baiki mana-mana yang kurang. Hidup kalau hanya statik, dan tiada perubahan yang positif, itu bukan kehidupan namanya. Walaupun dari segi usia, kita nampak adanya pertambahan, namun dalamannya, orang sebegini “dah meninggal” sejak hari pertama dia buat keputusan untuk tak nak berubah.
Bersyukurlah. Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7, maksudnya
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Ajaibnya, bila kita selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, rezeki kita pun makin bertambah banyak dengan derasnya.
Nah… lihat kembali 7 perkara yang saya kongsikan ini. Semuanya bukannya susah sangat pun untuk dilakukan. Ia hanya memerlukan sedikit komitmen dari anda, untuk melakukan sedikit perubahan kecil, yang saya percaya di masa akan datang, akan beri anda impak yang cukup besar.
Selamat mencuba, dan semoga kejayaan menjadi milik anda. Wallahua’lam.
Terima kasih di atas tips yg diberikan… semoga kita dpt mencapai impian urk menjadi semakin berjaya pada tahun ini… In Shaa Allah..
Entry yg bermanfaat..
Btul tu..tkar hobi kita pada yg bleh mengdatangkan hasil..
Terima kasih Jie, harap lepas ni kita semua boleh perbanyakkan hobi yang boleh buat duit daripada hobi yang banyak menghabiskan masa dan duit kita
Belajar menjual tu mmg penting.
dan guru yg terbaik adalah pengalaman dan kesilapan..
Pengalaman tu pula datang dari pengamalan 😀
InsyaAllah akan dipraktikkan saranan tu, bagus juga untuk tingkatkan pendapatan keluarga
Jom tingkatkan pendapatan 😀
ya…saya juga nak kaya..
kaya ilmu dan kaya zuriat..
kaya adalah pelengkap kesyukuran
Terbaik. Kekayaan yang paling baik apabila berada di tangan orang Islam