Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

6 Soalan temuduga yang biasa ditanya oleh pihak panel penemuduga

August 28, 2016 by sabree hussin 8 Comments

Adakah anda pernah ada pengalaman menghadiri sesi temuduga kerja? Ataupun anda bakal melalui pengalaman pertama dipanggil untuk ke sesi interview untuk pekerjaan anda yang pertama dalam masa yang terdekat nanti?

 

Setiap orang akan lalui pengalaman yang berbeza. Itu sudah pasti. Ianya berbeza mengikut industri, sektor, jawatan, jenis pekerjaan, syarikat yang menawarkan pekerjaan dan sebagainya. Ada juga sesetengah syarikat yang tidak menjalankan sesi temuduga langsung dengan calon pekerja. Selain itu, ada juga syarikat yang sekadar bertanya soalan yang sangat asas sebelum mengambil seseorang itu bekerja sebagai cukup syarat sahaja.

 

Penemuduga: Awak dah makan?

Calon: Ya tuan, saya sudah makan.

Penemuduga: Baik. Kalau macam tu bagus! Awak boleh mula bertugas sekarang. Tahniah, awak telah diterima bekerja dengan syarikat ini.

 

Situasi seperti diatas ini memang berlaku. Case to case basis. Mungkin anda tidak akan begitu bernasib baik untuk melalui pengalaman seperti ini. Jadi saya nak kongsikan kepada anda, antara situasi biasa dan soalan kegemaran yang akan ditanyakan si penemuduga dalam sesi temuduga.

 

Saranan saya, jangan takut dan bertenang sahaja. Dalam catatan pada kali ini, saya ingin kongsikan antara bentuk-bentuk soalan yang akan ditanyakan kepada anda. Jawab dengan tenang dan In Shaa Allah, anda akan dapat pekerjaan yang anda mahukan. Apa pun kena siap sedia dan selagi ada masa, cubalah berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanyakan ini.

takut

Mari kita lihat apa dia contoh soalan-soalan biasa yang akan ditanyakan oleh si penemuduga nanti.

 

(1) Soalan berkenaan dengan peribadi calon

Biasanya penemuduga hanya tahu serba ringkas berkaitan diri anda melalui resume yang pernah anda berikan sebelum ini. Walaubagaimanapun, sebagai proses warming up, pihak penemuduga biasanya akan minta anda untuk perkenalkan diri anda dan menceritakan serba sedikit tentang diri anda.

 

Sebaik-baiknya anda bercerita sesuatu yang lain daripada yang lain, ataupun maklumat tambahan yang mungkin tak tercatat pada resume yang anda hantar.

Sila praktis untuk memperkenalkan diri anda sebelum sesi interview sebenar dijalankan

Anda mungkin terpaksa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sepanjang sesi temuduga dijalankan. Kebiasaannya jika anda memohon pekerjaan dalam sektor swasta, sesi temuduga akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Jika sebelum ini anda hanya biasa menceritakan tentang diri anda dalam bahasa Melayu sahaja, maka kali ini anda kena siap sedia dengan kemungkinan untuk memperkenalkan diri anda dalam bahasa Inggeris pula.

Bercerita tentang diri sendiri memang bukan sesuatu yang susah sangat. Tapi kalau tak biasa dengan penggunaan bahasa Inggeris, ia akan jadi sesuatu yang memalukan.

 

(2) Pengalaman bekerja yang pernah dilalui

Seandainya anda pernah bekerja sebelum ini, ia akan jadi satu nilai tambah kepada permohonan pekerjaan anda. Ceritakan pengalaman anda bekerja dengan syarikat, atau syarikat-syarikat yang pernah anda bekerja dan berikan sedikit ulasan bagaimana dengan pengalaman yang anda pernah lalui akan dapat dimanfaatkan dalam pekerjaan yang baru ingin dipohon.

Ada kisah lucu berkaitan sahabat saya ni bila ditanya pengalaman kerja yang dulu. Biasanya kalau ramai yang nak ditemuduga, sesi temuduga hanya sekitar 10-15 minit sahaja, tapi kawan saya ni cerita hampir setengah jam 45 minit apabila dia ditemuduga bila dia menceritakan kisah semasa bekerja menjadi jurutol.

Dalam sesi temuduga tu macam-macam soalan ditanya panel penemuduga dan kawan saya ni rancak bercerita kisah kejadian pernah disamun dan diusik hantu, tiang tol bergerak sendiri la semasa bekerja shift malam sehingga pagi.

 

Sesetengah cerita memang sangat sesuai untuk dikongsikan semasa sesi temuduga. Namun kena pastikan situasinya sesuai untuk berkongsi cerita seperti ini.

 

(3) Soalan berkaitan dengan syarikat terdahulu

Yang ni sepatutnya anda ambil berat, contohnya siapa menteri, ketua setiausaha, pengurus besar dan banyak lagi. Jika ada rakan atau saudara anda bekerja dalam agensi terbabit mungkin anda boleh kongsikan sedikit info atau program yang baru dijalankan oleh agensi terbabit. Sekurangnya-kurangnya menunjukkan anda prihatin apa yang berlaku dalam agensi tersebut.

 

Jika kebetulan syarikat terdahulu adalah dalam industri yang sama, anda boleh kongsikan serba sedikit pengalaman dan cara kerja di syarikat terdahulu yang mungkin akan beri kebaikkan kepada syarikat yang anda pohon. Namun awas, jangan pula anda cerita hal-hal yang sensitif atau rahsia syarikat terdahulu. Ini akan menggambarkan yang anda adalah seorang yang tidak boleh menjaga rahsia dan tak boleh dipercayai.

 

(4) Soalan berkaitan dengan bidang atau jawatan yang dipohon

Ni contoh je ye, katakan anda memohon jawatan penolong pegawai pertanian, anda perlu tahu teknologi penanaman terkini atau isu dan masalah seperti jangkitan virus oleh haiwan. Setidak-tidaknya anda perlu tunjukkan bahawa anda adalah seorang yang sangat berpengetahuan dan memang dah bersedia untuk menjawat jawatan yang dipohon.

kerja-lepas-spm-atau-belajar

 

(5) Soalan berkaitan dengan isu semasa

Selain tu,mungkin anda perlu baca buku atau majalah yang diluar bidang. Tak ada la menunjukkan anda ni seorang yang hanya dalam dunia tersebut. Isu dunia semasa dan juga rancangan history channel mungkin boleh membantu.

 

(6) Soalan tentang masalah tertentu dan cara untuk menyelesaikannya

Soalan berkenaan dengan kemahiran menyelesaikan masalah ini mungkin berbeza-beza mengikut situasi yang berlaku. Ada kalanya penemuduga bukan nak lihat sama ada jawapan yang anda berikan tu betul atau salah, sebaliknya mereka nak lihat cara anda berfikir, teknik penyelesaian masalah dan sebagainya.

 

Paling penting, jika diberikan masalah yang spontan, adakah anda mampu untuk memberi jawapan yang relevan dan logik dalam masa yang pantas.

 

Mungkin masalah seperti jerebu disebabkan petani membakar jerami setelah padi dituai adalah contoh masalah yang akan ditanyakan. Jadi mereka memberi anda satu soalan masalah dan melihat kemahiran berfikir anda untuk menyelesaikan keadaan tersebut. Salah satu alternatif adalah menjadikan jerami tersebut sebagai bahan kraftangan seperti sisa jerami dikumpulkan dan dijadikan kepingan kertas.

 

rahsia-bijak-temuduga

Apa yang saya kongsikan dalam ini hanyalah sebahagian sahaja daripada soalan-soalan yang memang popular ketika sesi temuduga.

 

Anda mungkin perlukan rujukan yang lebih lengkap dan KOMPREHENSIF bagi membantu anda melalui proses ini. Bayangkan jika ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup anda untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan yang memang dah lama anda idam-idamkan.

 

Sanggupkah anda lepaskan dan rosakkan peluang yang ada ini hanya sebab anda kurang bersedia dan tak tahu apa dia Rahsia Bijak Temuduga?

 

Jangan hanya berserah pada nasib semata-mata. Jika anda serius ingin mudah dapat kerja, dan berjaya melepas sesi interview dengan kejayaan yang cemerlang, bacalah panduan ini. Ianya bukan untuk orang lain, sebaliknya untuk anda juga.

 

Selepas anda baca panduan ini, saya pasti anda juga boleh merangka soalan-soalan lain yang bakal ditanyakan oleh penemuduga.

 

Sekiranya anda memohon jawatan dalam sektor awam, panduan ini mungkin berguna untuk anda.

 

Artikel berkaitan:

Tips temuduga untuk orang yang belum pernah ada pengalaman

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Tips temuduga untuk orang yang belum pernah ada pengalaman
  2. 7 Kesilapan Lazim yang biasa dilakukan oleh orang yang berhutang
  3. Soalan Ramalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  4. Masalah KRONIK yang perlu diubati segera oleh usahawan online yang masih baru

Filed Under: Advertorial Tagged With: soalan temuduga, temuduga ceritakan tentang diri anda, temuduga english, temuduga jawatan kerajaan, temuduga jawatan kosong kerajaan

Comments

  1. Introducer maybank says

    August 28, 2016 at 10:29 pm

    Sanngat bermanafaat tuan…terbaik…

    Reply
  2. Raihanah says

    August 29, 2016 at 11:01 am

    zaman sekarang kena kita ni unik daripada orang lain. semoga berjaya semua

    Reply
  3. anuar says

    August 29, 2016 at 8:50 pm

    Fuh.. dah lama tak pergi temuduga ni… mahu tercungap-cungap menjawab soalan.. huhuhu…

    Reply
  4. Hero Borneo says

    September 1, 2016 at 6:33 am

    tiada keinginan lagi untuk pergi temuduga tuan..kecuali nak jadi penemuduga ambik staff untuk kerja kat syarikat sendiri

    Reply
  5. titan says

    September 1, 2016 at 12:13 pm

    interview ni, jangan dok yakin je.

    apapun, kena yakin.

    in-shaa Allah dapat.

    Reply
  6. seri nian says

    September 2, 2016 at 10:08 am

    persediaan itu penting agar lebih konfiden….semoga adik2 diluar berjaya dpt kerja ya

    Reply
  7. egtukar says

    September 2, 2016 at 10:21 am

    kalaulah daapt macam soalan pertama tu, mesti senyum sampai ke telinga je balik rumah tu..hehe

    Reply

Trackbacks

  1. 4 Bahasa badan yang menawan perlu anda lakukan semasa sesi temuduga - Blog Sabree Hussin says:
    September 7, 2016 at 7:07 pm

    […] mana-mana sesi temuduga, para calon akan beri perhatian dan mempersiapkan diri dengan memikirkan contoh-contoh soalan yang akan ditanyakan oleh pihak panel penemuduga. Kali ini ini, saya akan kongsikan sedikit info tambahan berkenaan dengan bahasa badan yang perlu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in