6 Langkah BERKESAN Promosi Produk di FB Group

by sabree hussin on January 16, 2014

in Panduan Dominasi FB Group, Pemasaran FB

Ada tak cara berkesan untuk kita promosikan produk yang kita jual di FB Group?

 

Soalan ini ditanyakan oleh salah seorang pembeli Panduan Dominasi FB Group Version 3.0. Dalam post ini saya akan kongsikan step by step cara yang saya lakukan untuk hasilkan jualan di FB Group. Buat mereka yang masih belum lagi dapatkan panduan ini, ada beberapa perkara yang saya ingin highlight kepada anda.

 

Pertama, group yang saya maksudkan ialah group yang kita tubuhkan sendiri. Bukan group orang lain, kemudian kita tiba-tiba nak buat macam group sendiri nak promosi produk yang bukan-bukan tanpa minta kebenaran dari admin. Sebab tu kadang-kadang saya akan tapis siapa yang patut ada dalam group saya, dan siapa yang saya patut tendang keluar.

jualan pro review group support

Kedua, kenapa pemasaran di FB Group lebih berkesan adalah kerana kebanyakkan ahli group adalah mereka-mereka yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan kita.

Group yang anda bina berkaitan tentang topik apa?

Jika anda bina group berkaitan dengan tips penjagaan kucing misalnya, lazimnya yang akan join group anda juga rata-ratanya adalah peminat dan pemilik kucing. Anda boleh sembang apa sahaja berkaitan dengan kucing dalam group tersebut. Apa yang penting sekali ialah, pastikan anda stay on topic dan bukannya mencampur adukkan konsep group anda dengan hal-hal yang tak ada kaitan.

 

Sebenarnya tak susah untuk jualkan sesuatu kepada mereka (ahli group), lebih-lebih lagi kalau produk atau servis yang kita tawarkan tu memang relevan dengan keperluan mereka. Tetapi, jika anda join group yang bercampur-campur ni, contohnya group yang terdiri daripada iklan-iklan semata-mata, maka agak sukar untuk kita dapatkan jualan pada group yang dibina.

 

Langkah-langkah berikut boleh anda ikuti jika anda berhasrat untuk mempromosikan sesuatu di FB Group anda.

1. Buat survey dan kenalpasti wujud permintaan

Sebelum kita nak tawarkan sebarang produk atau servis, buat survey terlebih dahulu.

Bila kita buat survey, prospek kita tak akan terkejut dan mereka akan dapat serba sedikit gambaran bahawa dalam masa terdekat anda akan lancarkan sesuatu produk baru atau perkhidmatan baru.

Kalau ada respons positif, walaupun hanya dari seorang sahaja, barulah tawarkan produk atau servis tersebut.

Lepas seorang dah dapatkan, yang lain-lain pasti akan menyusul. Kesan ini dinamakan sebagai social effect.

Bila orang lain dah beli sesuatu produk, kadang-kadang kita pun akan rasa macam nak dapatkan jugak. Kalau ramai sangat yang dapatkan produk yang ditawarkan kita pun jadi tertanya-tanya kenapa orang lain semua berebut-rebut nak beli.

… dan kalau harga, fungsi dan servis semuanya menepati citarasa bakal pembeli, lambat laun mereka pasti akan beli.

 

2. Lancarkan produk

Pada saat ini kita dah tahu produk yang bakal kita jual memang ada permintaan.

Jadi apa tunggu lagi? Lancarkan produk tersebut.

 

3. Letakkan harga

Nak letakkan harga juga kena ada strategi dia.

Tawarkan dua jenis harga.

Normal price untuk jualan biasa untuk orang luar.

Special discounted price eksklusif untuk ahli group sahaja.

Bila prospek kita nampak ada keistimewaan harga sebagai member, mereka pasti akan beli. Of course, dengan syarat produk tu memang relevan, diperlukan dan berguna untuk dia.

Dalam strategi penetapan harga, saya suka untuk gunakan limited time offer. Kita mulakan dengan harga pengenalan pada harga diskaun, kemudian sedikit demi sedikit kita naikkan harga supaya menyamai harga pasaran. Sifat manusia memang begitu, bila mereka fikir harga murah akan kekal sampai bila-bila, mereka akan bertangguh untuk buat pembelian.

 

4. Strategi TERHAD

Anda boleh gunakan strategi kuantiti terhad atau special discount untuk masa terhad.

Dan bila anda kata macam tu, anda memang benar-benar maksudkannya.

Contohnya, stok produk ini terhad kepada 100 unit sahaja. Selepas cukup kuota, jualan akan dihentikan.

Contoh masa terhad, harga akan dinaikkan pada 24 haribulan ini. Dapatkan sekarang sementara ia masih dijual dengan harga yang paling rendah dan menjimatkan.

 

5. Bukti penghantaran

Untuk tingkatkan kepercayaan mereka yang masih belum beli, tunjukkan juga bukti-bukti seperti tracking number, gambar produk sedang di balut, gambar anda on the way ke pejabat pos.

Mungkin impak tak begitu kuat, tapi tak apa, sebab anda boleh gunakan strategi seterusnya iaitu

 

6. Beri testimoni pelanggan

Biasanya apa yang orang akan buat ialah testimoni dalam bentuk screenshot, gambar dan sebagainya.

Yang tu tak original dan biasa sangat orang buat.

Kali ini kita mintak ahli group kita yang dah dapatkan servis kita untuk post di timeline group dan berikan testimoni di situ.

Anda boleh pinned post tersebut supaya mudah dilihat oleh ahli group yang lain. Dengan ini, semua orang boleh nampak yang testimoni tersebut benar-benar asli dan datangnya dari pengguna sebenar yang berpuas hati.

Kalau orang masih tak percaya?

Mereka boleh terus komen di status update tersebut, dan orang yang beri testimoni tu sendiri boleh jawab direct.

Senang kan?

 

 

Hybrid Connect Error : Connector could not be found

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

anuar January 17, 2014 at 7:18 am

Terima kasih di atas perkongsian info yang sangat berguna. . ๐Ÿ˜‰

Reply

kakiblog January 17, 2014 at 2:12 pm

KB ada group FB sendiri dulu(keahlian dalam ratusan juga)..sekarang dah bersarang dengan labah-labah..lama tak update..perlu buat group baru ke?

Reply

sabree hussin January 17, 2014 at 4:36 pm

Kalau group KB tu masih responsif dan masih aktif, tak perlu buat group baru. Hidupkan je semula group sedia ada.

Kalau group memang dah mati terus, lebih baik buat group baru, start fresh, dan mula dengan misi baru ๐Ÿ™‚

Reply

Saudagar September 19, 2016 at 2:45 am

Blog terbaik untuk Saya yang baru belajar… I follow..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: