UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

5 Sebab Kenapa Laman Web ToneXpress Sangat POWER Untuk Promosi Tone Excel

March 18, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang laman web ToneXpress, saya cadangkan anda klik sini terlebih dahulu untuk melihat laman web yang saya maksudkan.

Saya dah mula gunakan laman web ToneXpress untuk memperkenalkan peluang buat duit dalam program komuniti Tone Excel sejak pertengahan tahun 2014.

Pada mulanya saya juga agak skeptikal dengan kemampuan laman web ini.

Almaklumlah, saya juga adalah seorang webmaster. Hal-hal seperti pembangunan laman web bukanlah sesuatu yang terlalu asing bagi saya. Jujur saya katakan, dalam mana-mana laman web, selalunya orang yang paling banyak mendapat manfaat ialah admin laman web tersebut.

review_laman_tonexpress

Bila saya tahu kewujudan laman web ToneXpress ni, saya tak terus mendaftar.

Rileks dulu. Bagi masa…

Dalam tempoh masa bertenang tu, sempat juga saya kaji serba sedikit modus operandi laman web ni. Macam mana ia berfungsi? Betul ke boleh bantu memudahkan saya buat marketing nanti? Kalau boleh saya nak guna pendekatan “set and forget”, boleh ke?

.

..

Jadi, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan, hasil kajian dan pemerhatian saya selama hampir setahun menggunakan sistem ToneXpress ni. Setelah anda baca perkongsian saya ni, dan anda merasakan sistem ini bagus untuk membantu mengembangkan lagi rangkaian anda, saya cadangkan anda juga dapatkan akaun percuma anda disini.

Terdapat sekurang-kurangnya 5 perkara yang anda perlu tahu sebelum anda menggunakan servis dari ToneXpress ini.

Sedia nak tahu?

 

1) Keahlian di laman web ToneXpress adalah TERBUKA kepada semua yang dah jadi ahli Tone Excel mahupun yang masih belum join Tone Excel

Apa bezanya?

Bezanya adalah dari segi komisyen.

Jika anda sudahpun sertai Tone Excel, komisyen ToneXpress kali pertama yang bakal anda perolehi adalah dalam bentuk simkad Tone Excel yang masih belum diaktifkan.

Manakala jika anda sertai ToneXpress dan pada ketika itu anda masih belum sertai Tone Excel, simkad pertama yang anda bakal terima adalah simkad yang telah pun diaktifkan menerusi IDP penaja anda di ToneXpress.

Itu salah satu perbezaannya.

Anda tak setuju admin ToneXpress aktifkan simkad anda?

Simple je. Tak payah guna sistem ToneXpress. Biar saya je yang guna sistem ni. Mungkin anda masih tak nampak apa yang saya nampak dari segi peluang yang bakal anda perolehi menerusi sistem ni.

 

2) Sistem autodownline & Pass Up

Setiap pengguna sistem ToneXpress akan menghadiahkan 2 orang downline kepada upline masing-masing.

Downline kedua dan keempat akan di “Pass Up” kepada upline anda di ToneXpress, manakala downline nombor 1, 3, 5 dan seterusnya hingga infiniti akan jadi milik anda.

Dengan wujudnya sistem seperti ini, anda berupaya untuk mendapat downline secara percuma. Setiap orang downline yang anda perolehi bakal menyumbangkan 2 orang downline tambahan kepada anda.

Power kan sistem ni?

Oh ya… jika anda masih kurang jelas, setiap downline yang anda terima tu nanti, jika mereka masih belum join program komuniti Tone Excel, mereka akan diserapkan sebagai downline anda di Tone Excel.

 

3) Bantu membina rangkaian Tone Excel secara autopilot

Serius.

Ini saya sendiri dah lalui.

Saya perasan, ada orang yang tak saya kenali dalam rangkaian Tone Excel saya. Bila saya semak-semak, rupa-rupanya pelanggan ni sertai Tone Excel menerusi ToneXpress.

Ok rezeki.

Walaupun bukan senang nak selalu dapat peluang macam ni, tapi bila dah dapat kan seronok jugak.

 

4) Sistem Dwi komisyen

Dwi komisyen yang saya maksudkan kat sini ialah, dengan menggunakan sistem dari ToneXpress ini, anda bakal mendapat komisyen dari ToneXpress dan juga Tone Excel.

Setiap peanggan yang anda rujuk untuk menjadi pengguna ToneXpress anda akan dibayar komisyen.

… dan jika pelanggan tersebut turut menjadi downline anda di Tone Excel, anda juga akan dapat komisyen dari Tone Excel.

Kan dwi komisyen tu? untung, kan?

 

5) Modal yang sangatlah MURAH

Berapa?

RM10 sahaja.

Namun jangan pandang rendah kepada kuasa RM10.

Hingga ke hari ini, RM10 yang saya laburkan satu masa dulu dah pun pulang modal. Malahan siap untung berganda-ganda lagi.

Berapa banyak yang dah berjaya saya kumpulkan menerusi ToneXpress? Belum banyak. Baru dalam lingkungan RM400++

 

.

..

Sebab tu, sampai sekarang ni saya masih lagi gunakan sistem ToneXpress dalam promosi Tone Excel saya.

Tak lama lagi mungkin saya akan kurangkan buat marketing untuk Tone Excel ni.

Almaklumlah, akan datang ada Telco baru yang tak kurang BEST nya dan memerlukan khidmat marketer seperti saya. Jadi, dah tentulah saya akan ambil peluang ni untuk buat duit.

Nak tau apa dia Telco baru yang saya maksudkan tu?

Boleh klik sini

 

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 5 Laman Web PENTING Untuk Promosi Tone Excel
  2. Review Laman Web ToneXpress Untuk Kembangkan Bisnes Tone Excel
  3. Ayat POWER Untuk Promosi Tone Excel
  4. Sistem Autodownline ToneXpress: Automasikan pemasaran Tone Excel anda!

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: komisyen tonexpress, review ToneXpress, tonexpress

Comments

  1. blogger lelaki says

    March 18, 2015 at 8:31 pm

    best mobile ke bro..hehehe

    Reply
    • sabree hussin says

      March 19, 2015 at 1:39 pm

      BESTMobile la bro ha ha… sebagai marketer, kenalah ikut apa kehendak pasaran

      Reply
  2. mrhanafi says

    March 19, 2015 at 1:32 am

    saya suka penerangan tuan..sungguh mengujakan dan berharap ramai yang mendapat manfaatnya nanti..

    Reply
    • sabree hussin says

      March 19, 2015 at 1:40 pm

      In Shaa Allah, kalau mereka ambil tindakan, sedikit sebanyak pasti akan dapat manfaat.

      Reply
  3. islam di dadaku says

    March 19, 2015 at 4:06 am

    memang strategi mereka dslam membangun web ini sangat mengena

    Reply
    • sabree hussin says

      March 19, 2015 at 1:42 pm

      Betul tu

      Reply
  4. Anuar says

    March 19, 2015 at 9:54 am

    Nampaknya dah ada projek baru lagi… Tentu potensi keuntungan lebih tip top berbanding projek sekarang..

    Reply
    • sabree hussin says

      March 19, 2015 at 1:42 pm

      Projek baru selalunya memang macam tu la tuan Anuar. Jom la.. pasti BEST

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in