Blog Sabree Hussin

5 Langkah meningkatkan Keuntungan dalam Pasaran Saham

Mahukah anda meningkat keuntungan apabila melabur di pasaran saham? Saya pasti semua orang pasti mahu. Kalau betul ada cara yang boleh dilakukan untuk tingkatkan keuntungan apabila melabur di pasaran saham, apa salahnya jika kita cuba.

 

Sebenarnya saya baru sahaja muat turun ebook yang berjudul 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Saham yang ditulis oleh saudara Khairul Arifin Selamat ni.

 

Anda boleh klik sini untuk muat turun.

 

Ini adalah ebook PERCUMA. Tiada sebarang bayaran yang akan kenakan untuk memuat turun panduan ini. Ebook ini mengandungi 17 muka surat secara keseluruhannya dan mengandungi beberapa nasihat (5 nasihat) yang saya rasa sangat baik untuk mereka yang baru nak mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham.

 

Ebook ini adalah salah satu ebook Panduan Pelaburan Saham yang patut dibaca oleh mereka yang baru nak bermula.

 

Jika anda juga berminat nak muat turun panduan ini, langkahnya mudah sahaja. Hanya perlu klik ke pautan ini dan anda akan dibawa ke laman web Sistem Saham. Seterusnya apabila anda berada di laman web tersebut, anda akan lihat paparan seperti dibawah.

Anda hanya perlu masukkan nama dan alamat emel anda. Itu sahaja. Seterusnya tekan pada butan “BERIKAN SAYA!”

 

Ya, saya dah baca panduan ini. Lagipun panduan ini bukannya tebal sangat. Ia mengandungi 17 muka surat sahaja. Tak sampai 30 minit dah boleh habis baca. Jadi dalam post ini, saya nak kongsikan beberapa perkara yang saya dapat dari panduan ini.

 

Mungkin dari sini anda boleh nilaikan sendiri, sama ada panduan ini untuk anda atau tidak.

 

Langkah #1 Kenalpasti arah pasaran saham

“Hadkan pembelian saham hanya pada ketika pasaran telah atau sedang menunjukkan trend UPWARD (menaik) dan sekali-kali jangan beli saham bila pasaran telah menunjukkan tanda-tanda DOWNTREND (menurun).”

 

Ini nasihat pertama yang diberikan dalam ebook panduan saham ini. Saya rasa tak perlulah saya nak terangkan kat sini, sebabnya penerangan percuma telah pun diberikan dalam ebook ini.

 

Langkah #2 Kenalpasti saham yang berpotensi

“Bagaimana cara untuk kenalpasti saham yang berpotensi?” Ini juga persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Saya pun nak tahu juga macam mana nak tau adakah sesuatu saham tu ada potensi untuk beri keuntungan atau sebaliknya?

 

Rupa-rupanya dalam teknik ini, kita akan belajar sedikit tentang “technical analysis”.

 

Langkah #3 Kenalpasti harga beli saham

Asas utama dalam mencari dan membeli saham menurut penulis ebook ini adalah:

(1) Kenalpasti base tertentu dalam carta saham

(2) Kenalpasti harga beli saham (breakout point) sebelum ia bergerak naik

(3) Pastikan volume semasa breakout melepasi aras tertentu, dan

(4) Beli saham ketika ia bergerak melepasi harga yang kita telah tentukan

 

Langkah #4 Tetapkan risiko

Pelaburan saham adalah satu bentuk pelaburan yang tinggi dari segi risiko. Namun, pelaburan saham ini juga adalah tempatnya untuk kita mendapat pulangan yang berganda dari nilai pelaburan asal kita.

 

Memandangkan faktor risiko adalah faktor yang tak boleh kita buang dalam pelaburan ini, jadi apa yang kita perlu buat adalah menetapkan sejauh mana kita sanggup rugi dalam pelaburan ini. Penulis ebook ini mencadangkan kita tetapkan kadar kerugian sebagai 8% sebelum mula menjual saham-saham kita.

 

Ada sebab kenapa penulis bagi cadangan macam tu. Anda bacalah.

 

Langkah #5 Jual saham untuk mendapatkan keuntungan

Untung atau rugi. Semua ini hanya akan berlaku apabila anda menjual saham-saham anda. Namun, bilakah masanya untuk mula menjual saham telah dibeli?

 

Ini tips yang diberikan oleh penulis ebook ini.

Apabila  saham  telah  naik  jauh,  sebagai  contoh  20%  daripada  aras  yang  kita  beli, saham perlu  dijual  apabila  keadaan  pasaran  secara  keseluruhan  menunjukkan  tanda-tanda  kelemahan.

Apabila  pasaran  telah  naik  dalam  tempoh  masa  yang  lama,  akan  tiba  masanya  pasaran  akan mengalami downtrend. Cuma bila masa ia berlaku yang menjadi tanda tanya. Tapi sumber tanda-tanda kelemahan pasaran bukan dari apa yang kita dapat melalui berita-berita TV atau kita berita yang dibaca dari internet. Tanda-tanda kelemahan pasaran akan kita dapat melalui isyarat-isyarat yang ditunjukkan oleh   carta   indeks pasaran (FBMKLCI,   FBMEMAS,   FBM100,   dll). 

Dengan menterjemahkan pergerakan carta indeks pasaran, setiap pergerakkan turun naik pasaran dapat kita tentukan sebelum terlambat. 

 

Dalam ebook ini, penulis juga ada mencadangkan beberapa buku tentang pelaburan saham dari luar negara yang bagus untuk kita baca sebabnya ilmu dalam tu sesuai untuk dipraktikkan dalam pasaran Malaysia. Ini antaranya.

(1) How to Make Money in Stocks by William J. O’Neil

Link: http://invl.co/uey

 

(2) The Successful Investor by William J. O’Neil

Link: http://invl.co/vey

 

(3) 24 Essential Lessons for Investment Success by William J. O’Neil

Link: http://invl.co/ney

 

(4) How Legendary Traders Made Millions by John Boik

Link: http://invl.co/oey

 

(5) The Battle for Investment Survival by Gerald Loeb

Link: http://invl.co/pey

 

(6) Baruch Baruch: My Own Story by Baruch Baruch

Link: Maaf saya tak jumpa link

 

(7) Reminiscences of a Stock Operator by Edwin Lefèvre

Link: http://invl.co/qey

 

(8) How To Trade In Stocks by Jesse Livermore

Link: http://invl.co/rey

 

(9) How I Made 2,000,000 in the Stock Market by Nicolas Darvas

Link: http://invl.co/sey

 

(10) One Up on Wall Street by Peter Lynch

Link: http://invl.co/tey

 

Terima kasih kerana membaca post ini. Semoga bermanfaat untuk kalian.

 

 

Exit mobile version