4 Langkah ASAS beli barang di Taobao

by sabree hussin on December 15, 2017

in Advertorial, Pemasaran Internet

TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com.

 

Jadi ianya “just nice!”. Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

 

Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Borong Di Taobao.

 

Tip 1 : Cara Selamat Guna Ejen Taobao

tips-guna-ejen-taobao

Jika anda masih baru dalam urus niaga di Taobao, saya syorkan anda untuk menggunakan ejen sebagai orang tengah. Sebagai orang yang masih baru, ejen diperlukan untuk memudahkan urusan tempahan, pembayaran dan semakan tempahan kita.

 

Taobao tidak menerima bayaran menggunakan bank tempatan. Sebaliknya apabila kita menggunakan khidmat ejen, mereka boleh menerima bayaran menerusi bank tempatan. Perkhidmatan dari ejen juga memudahkan kita untuk membayar mengikut amaun yang kita beli.

 

Ejen – ejen taobao juga mempunyai gudang mereka sendiri untuk membuat semakan barang yang kita tempah. Jika ada sebarang kerosakan atau tidak cukup, ejen akan buat tindakan proaktif dengan memberitahu penjual. Proses refund barang boleh dipercepatkan. Jika anda membuat urusan tanpa ejen, selalunya refund barang tidak akan dapat dilakukan.

 

Tip 2 : Cara Pemilihan Ejen

tips-pilih-ejen-taobao

Ada beberapa cara pemilihan ejen yang perlu diambil kira. Pemilihan ejen yang bagus memudahkan urusan kita. Beberapa ejen yang sesuai untuk anda cuba.

 

Antara yang agak popular adalah seperti

  1. www.superbuy.com
  2. www.eazyla.com
  3. www.bakashopping.com

 

Selain dari tiga contoh ini, anda boleh juga menggunakan servis carian google untuk mengetahui syarikat lain yang boleh bertindak sebagai ejen taobao bagi pihak anda.

 

Bagi mengetahui sama ada ejen tersebut boleh dipercayai dan boleh diharapkan, anda boleh ikuti kaedah berikut.

 

(1) Review laman web mereka. Pastikan laman web mereka boleh dipercayai dan ada feedback daripada pelanggan sebelum ini. Selain itu, anda juga boleh buat carian di google bagi mengetahui apa kata blogger tentang servis yang ditawarkan oleh ejen tersebut.

 

Anda boleh gunakan keyword seperti “review superbuy” dan biasanya anda akan jumpa laman blog yang menceritakan pengalaman berurusan dengan ejen tersebut.

 

(2) Mudah berurusan untuk membuat tempahan. Cuba buat tempahan dalam kuantiti yang sedikit dulu, bagi mengetahui bagaimana cara mereka beroperasi. Jika dah puas hati, dan ada rasa senang berurusan dengan mereka, barulah tingkatkan jumlah tempahan.

 

(3) Respon email yang pantas. Ini penting supaya kita boleh dapatkan jawapan segera apabila ada sebarang soalan.

 

(4) Boleh buat pembayaran menggunakan transfer online, debit kad dan paypal. Ini satu kelebihan jika berurusan dengan ejen. Kita ada pilihan yang lebih banyak untuk buat bayaran.

 

(5) Caj perkhidmatan yang tidak terlalu mahal. Ini juga penting untuk diperhatikan. Jika caj perkhidmatan terlalu mahal, akan menyebabkan kos kita jadi tinggi dan akan menurunkan margin keuntungan.

 

Tip 3 : Cara Pemilihan Barang Di Taobao

tips-pilih-barang-taobao

Untuk peniaga yang berskala kecil, pemilihan barang amat penting. Beberapa kriteria penting untuk pemilihan barang yang perlu di ambil kita. Antara contoh barang yang boleh anda pilih, beg, pakaian aksesori telefon.

 

  1. Produk yang anda pilih sekurang-kurangnya tidak melebihi 400 gram seunit. Perlu ingat, jika berat melebihi 1 kg, caj penghantaran akan semakin tinggi.
  2. Elakkan produk – produk digital. Barangan digital selalunya sensitif. Tidak semuanya akan berfungsi dengan baik.
  3. Pastikan barang yang anda pilih senang nak di bawa masuk ke Malaysia.
  4. Setelah membuat pemilihan produk, bandingkan harga di pasaran online. Contohnya di Lazada, Shopee, Lelong dan 11street.
  5. Produk yang anda pilih ada permintaan. Cepat habis, Cepat dapat modal untuk beli barang lain.
  6. Pengiraan kos selalunya 15% (kos penghantaran) + modal barang. Cuba dapatkan barang yang boleh dijual di Malaysia di bawah harga RM30. Selalunya mudah dijual dengan harga RM30.

 

Tip 4 : Promosi Barang

Jika anda seorang peniaga online, persaingan jualan selalunya melibatkan laman web lazada, lelong, 11 street dan Shopee. Mereka boleh menawarkan harga yang super murah yang tak dijangkau oleh akal. Kadang kala di bawah paras kos modal. Geram kan. Oleh itu, sebelum membuat pembelian barang pastikan anda dah kaji harga purata jualan di Malaysia.

 

Untuk membuat promosi, pelbagai sumber media sosial anda boleh gunakan. Anda boleh gunakan facebook, Instagram atau Blog. Jika anda berminat untuk promosi secara shopping dengan percuma, anda boleh menjadi ahli seller di 11street, shopee dan mudah.my

 

Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Promosi Facebook Superstar.

 

Mudahkan untuk memborong secara online? Anda sudah jimat hampir RM2000. Tidak perlu book segala tiket kapal terbang, hotel dan makan. Duduk depan komputer pun boleh.

 

Jika anda memerlukan lebih panduan, saya syorkan anda rujuk ebook panduan Borong di Taobao.

ebook-rahsia-taobao

Dalam pakej ini, anda juga akan diajar teknik dan kaedah untuk menjual produk-produk yang telah anda borong dari laman web taobao! Anda boleh ke laman web ini untuk muat turun panduan ini.

 

Mungkin anda nak tau, betul ke ebook ini betul-betul bagus? Ini dia beberapa testimoni ebook sebagai bukti ebook ini telah membantu peniaga – peniaga kecil.

Bagi setiap pembelian ebook taobao, anda akan diberikan akses masuk ke group VVIP pemborong barang di China. Dengan adanya bimbingan secara berterusan, akan meningkatkan lagi peluang anda untuk berjaya sebagai usahawan borong secara online.

 

Semoga selepas ini, anda akan lebih yakin untuk beli barang di Taobao!

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

anuar December 15, 2017 at 7:10 pm

Macamana nak jadi ejen Taobao ni ye?
Macam best jer kalau boleh jadi ejen taobao ni..

Reply

sabree hussin December 19, 2017 at 9:41 am

Saya nak cerita pun tak berapa tahu sangat. Tapi nampaknya kalau nak jadi ejen taobao paling kurang kena ada modal yang besar, ada gudang sendiri, dan mahir berbahasa mandarin/ kantonis.

Reply

Kak Su December 16, 2017 at 10:21 am

Bagus info dan panduan ni. Akak pernah beli kain online dari Cina, siap tempah jahitan. Beli direct tanpa ejen.
Dah Buat bayaran, penjual tu berdolak dalik tak siap kan tempahan, Sebab kata nya order terlalu kecil jumlah, rugi kalau dia buat so di suruh nya tambah order.
Plan nya nak jual sebelum Ramadan, tapi sampai dah habis Raya barang tak sampai2.
Mujur lah, platform tu ada yg pantau boleh buat aduan, so dia terpaksa jugak siapkan order Dan Kirim kat akak.
Tapi mutu jahitan nya mengecewakan, lain design, lain warna, sabor aja.
Waktu tu tak ada lagi eBook Panduan borong Di Taobao kut.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: