4 Keping Sim Kad Tone Excel Sedia Diagih-agihkan

by sabree hussin on July 9, 2014

in Tune Talk Tone Excel

Hari ni sim kad Tone Excel yang sengaja saya order untuk dijadikan stok dah selamat sampai dalam tangan.

Semua sekali ada 4 sim kad.

Satu sim kad saya beli dengan harga RM90.

Kalau ada 4 sim kad, maka darabkanlah dengan 4. RM360.

“Kalau beli banyak boleh dapat murah ke?”

Tak de. Harga dia standard. Tetap RM90. Jadi, tak ada peluang nak main harga.

bisnes_tone_excel

Kalau nak buat bisnes ni, tak ada paksaan pun untuk anda simpan stok.

Malahan, kalau anda baru sahaja nak bermula, saya tak galakkan anda simpan stok sim kad anda sendiri.

Cukup sekadar anda beli satu sim kad sahaja untuk kegunaan sendiri. Sambil guna, sambil buat promosi. Perkenalkan sim kad tone excel ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan sebagainya.

Anda bantu syarikat, In Shaa Allah syarikat akan balas budi baik anda.

Memang marketing plan disediakan sedemikian rupa. Amat berbeza dengan sim kad yang saya guna sebelum ini. Saya juga adalah pengguna sim kad maxis.

Kalau saya duk promote sim kad ni kepada satu famili dan kaum kerabat sekalipun, satu sen pun Maxis tak akan beri saya sebarang insentif.

Sebabnya? Ini bukan marketing plan mereka.

Untuk menyamakan sim kad tone excel ataupun membanding-bandingkan simkad tone excel dengan Maxis adalah sesuatu yang kurang sihat dan tak adil.

Lagipun dah jelas, walaupun kedua-dua sim kad boleh melakukan fungsi-fungsi asas yang sama, namun sim kad Tone Excel itu direka untuk tujuan penjanaan pendapatan sebagai salah satu modus operandinya.

… dan saya menjadi pengguna Tone Excel juga adalah disebabkan saya nak jana pendapatan tambahan.

Saya tak kisah pun kalau anda nak kata, Telco lain jual starter pack lagi murah.

Telco lain caj panggilan dan sms lebih murah.

Telco lain internet lebih laju.

Saya ambik pendekatan, saya tak nak ambil peduli dan saya hanya berminat nak jaga bisnes saya je. Tak mau tau pasal Telco lain. Apa Telco lain nak buat, lantak pi la…

Telco tolong Melayu or whatsoever… Kalau saya support Telco sentimen perkauman tu pun, apa yang saya dapat?

Hari ini, berkat saya duk promosi tanpa henti, saya boleh dapat pelanggan. Lebih mudah dari dulu. Namun bukannya bermaksud saya senang-senang boleh dapat pelanggan.

Tak jugak.

Cuma bila dah agak lama buat pemasaran secara konsisten, orang mula tahu, percaya, dan yakin yang saya memang nak serius buat bisnes ni.

Siang tadi dapat lagi jual dua keping simkad ni.

tips_buat_bisnes_tone_excel

Kalau saya sendiri pun, saya akan follow orang yang konsisten dan konfiden buat sesuatu bisnes. Kalau kejap lompat bisnes tu, kemudian lompat balik bisnes lain… tak ada pendirian macam tu, ha… orang serupa gini bahaya.

Esok-esok bila kita ada masalah dan nak mintak dia tolong, jangan terkejut kalau dia jawab,

“Sorry la bro… aku dah tak buat bisnes ni. Aku buat bisnes ayam sekarang…”

Sampai bila saya nak buat ni…

In Shaa Allah selagi nyawa di kandung badan, saya akan teruskan buat bisnes ni. Mudah-mudahan, tak ada sebarang musibah menimpa yang menyekat kemajuan saya dalam bisnes ni.

Kalau bisnes Tone Excel ni tak perlu simpan stok, nak buat macam mana?

Boleh buat style dropship.

Bila ada orang betul-betul nak buat baru anda order. Itu pun setelah customer tu tadi buat bayaran.

Anda nak order dari saya?

Boleh. Lebih-lebih lagi kalau anda adalah network saya.

Saya pasti akan tolong anda. TETAPI… kalau anda bukan network saya, rasanya tak perlu kot anda nak susah-susah hubungi saya dan buat tempahan melalui saya. (melainkan kita memang kenal)

Macam sombong kan… but hei… this is business. Saya ada hak untuk berurusan dengan siapa yang saya nak. Jika anda adalah network saya, dah tentu dengan rela hati saya akan bantu anda.

Tapi jika anda bukan network saya, anda patut lebih tahu channel yang mana satu untuk anda tuju.

Boleh percaya ke bisnes Tone Excel ni?

Kalau anda masih skeptikal, itu normal.

Tak kan lah kali pertama dengar terus nak laburkan duit anda untuk join bisnes ni. Mesti nak kena kaji-kaji dulu.

Buat research sikit, untuk disesuaikan dengan kemahiran dan skil yang anda ada. Jangan buat bisnes yang anda sendiri tak mampu nak bawak.

Itu cuma menyeksa diri sendiri je nanti.

Kalau anda kenal Azizi Ali, penulis buku, speaker, penasihat kewangan, beliau pun dah mula melebarkan sayapnya dalam bisnes ni.

pendapatan_pasif_tone_excel

Biasa dengarkan, orang kaya makin kaya, orang miskin tetap miskin?

Mungkin salah satu sebabnya ialah orang kaya ni mampu untuk dapatkan ilmu yang menjadikan mereka lagi kaya dan kekal kaya. Bila ada peluang, mereka nampak dan terus sambar peluang tu.

Bukan hanya tunggu, dan terus menunggu.

Terpaksa mula dari bawah pun bukan satu isu besar. Yang penting, ada inisiatif nak mula.

In Shaa Allah lepas ni saya akan perbanyakkan lagi cerita pasal bisnes ni kat blog ni.

Kalau saya berjaya dalam bisnes ni, saya akan cerita macam mana saya boleh berjaya, dan jika saya gagal dalam bisnes ni, saya juga akan cerita apa punca saya gagal.

Apa pun terima kasih kerana membaca.

Jika anda berminat nak sertai bisnes ni dan sertai rangkaian saya, hubungi saya ya 🙂

 

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Prof John July 9, 2014 at 8:12 am

sama mcm aku..start guna tone excel tahun lps tapi guna saja2..lps tu ada 2 org jd network aku,tiba2 dpt duit tiap2 bulan dr hasil tone excel ni..padahal aku xde terpikir nak buat bisnes tone excel pon..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: