Sebut sahaja ais krim, pasti setiap orang mempunyai gambaran yang berbeza-beza.
Maklum sahajalah, kat Malaysia ni sahaja ada pelbagai jenis ais krim. Ada ais krim potong, ais krim goyang, ais krim colek, ais krim cup, ais krim 1 Malaysia dan macam-macam lagilah, Ini belum ambil kira lagi ais krim yang idea asal datangnya dari luar negara kemudian ianya dijual di Malaysia.
Menurut Afiq Rusly, seorang chef dan juga penulis ebook bisnes ais krim, sebenarnya kat Malaysia ni terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis ais krim yang boleh dijual dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Lazimnya, penjual ais krim hanya akan pilih salah satu jenis ais krim sahaja yang mereka akan fokus untuk niagakan.
Maka tak hairanlah apabila kita lihat di luar sana seolah-olah terdapat banyak betul jenis-jenis ais krim yang berbeza. Untuk tujuan buat bisnes, sebaik-baiknya kena tahu mana satu jenis ais krim yang mudah untuk convert kepada sales dan sesuai untuk diniagakan dalam acara-acara tertentu.
Baiklah, kat Malaysia ni memang jarang orang tak suka makan ais krim. Daripada peringkat umur warga emas, dewasa, remaja sampailah ke kanak-kanak. Boleh dikatakan semua orang suka makan ais krim. Melainkan kalau orang tersebut mempunyai isu kesihatan dan dinasihatkan oleh pengamal perubatan untuk tidak mengambil makanan yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi.
Barulah mereka akan elakkan daripada makan ais krim. Itupun kadang mereka akan “rasa” jugak ais krim sebagai syarat.
Kenapa mesti pilih bisnes ais krim?
Ini yang kita nak bincangkan dalam artikel kali ni. Dalam banyak-banyak bisnes yang ada kat luar sana tu, kenapa bisnes ais krim yang patut dijadikan salah satu pilihan.
Kita tak nak cerita panjang-panjang sangat. Saya tau, mungkin ada antara anda yang sedang rungsing dan sampai sekarang masih tak ada idea, nak mulakan bisnes apa untuk tampung perbelanjaan keluarga. Jadi, memandangkan saya nak kongsikan serba sedikit tentang bisnes ais krim di Malaysia, ada baiknya kita teruskan sebab kenapa anda patut pilih bisnes ini.
(1) Bisnes ais krim boleh dijalankan secara Part Time
Kalau anda rasa anda nak duit buatlah bisnes ni. Kalau anda rasa waktu tu anda sibuk, ataupun “malas” tak perlu risau nak jalankan bisnes ni.
Konsep bisnes ais krim yang saya ingin bawakan kepada anda ini bukanlah konsep seperti kedai runcit. Ada buat ais krim kemudian jual di rumah. Kalau ada budak-budak yang nak beli, mereka kena datang rumah, ketuk pintu rumah anda dan sebagainya. Kaedah macam ni pun boleh buat duit, tetapi ianya kurang praktikal.
Tak syoklah, untuk jangka masa panjang budak-budak datang rumah, ganggu kita untuk beli ais krim yang untungnya pulak tak seberapa sangat. Ada cara lain yang lebih menguntungkan, kenapa nak fokus pada kaedah yang tak berapa untung sangat. Betul tak?
Jadi jangan risau, sebabnya bisnes ais krim ini memang boleh dilakukan di masa lapang anda. Senang cerita, memang boleh buat secara part time sahaja.
(2) Anda tak perlu mempunyai skil memasak yang tinggi
Sekiranya anda baca ebook Bisnes Ais Krim ini, anda akan dapati sebenarnya proses untuk menyediakan ais krim sangatlah mudah. Prosesnya tidaklah serumit menyediakan hidangan seperti bun, kek dan kuih muih lain misalnya.
Saya nak kongsikan kisah seorang penjual laksa.
Jual laksa juga sebenarnya boleh hasilkan pendapatan yang lumayan. Of course kalau kuah laksa yang anda bakal hasilkan tu memang sedap dan kena dengan citarasa pembeli.
Walaubagaimanapun, proses untuk penyediaan laksa agak leceh sebenarnya.
Bayangkan ikan perlu dicuci dan disiang terlebih dahulu kemudian perlu direbus. Setelah direbus isi ikan perlu diperisi untuk membuat kuah laksa. Ini belum lagi ambil kira nak kena potong timun, bawang, cili dan sebagainya dan perlu membungkus dalam bungkusan yang sesuai pula. Kalau buat seorang semua ini, dah tentu sangat penat dan akan selalu tak cukup tangan.
Situasi yang berbeza jika berada dalam perniagaan ais krim. Proses untuk buat ais krim lebih ringkas. Anda boleh buat sendiri kerana prosesnya hanya perlu masukkan air dan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam mixer selama 10 – 15 minit untuk siap dan diletakkan di dalam mesin ais krim kemudian masukkan ke dalam freezer dalam 2 – 3 jam untuk dibekukan.
(3) Potensi keuntungan yang tinggi
Potensi pendapatan yang boleh diperolehi dalam perniagaan ini juga tak kurang lumayannya. Secara purata, untuk mendapatkan keuntungan sekitar RM200 – RM300, kos untuk bahan mentah adalah sekitar RM60 – RM80 sahaja.
Kita berbalik kepada perihal bisnes laksa tu tadi. Dari segi margin, ada ketikanya keuntungannya tidaklah begitu tinggi disebabkan oleh kos bahan mentah yang sering meningkat. Contohnya harga ikan itu sendiri, ada ketikanya naik dan ada ketikanya turun juga. Kalau ikan tengah mahal, maka ini akan menjejaskan sedikit keuntungan anda.
Kesimpulannya anda boleh menceburi pelbagai bidang masakan tetapi biarlah anda tahu margin keuntungan, risiko, masa untuk memastikan bisnes yang anda jalankan berbaloi dengan apa yang ada laburkan dan lakukan. Mudah-mudahan, lepas anda baca perkongsian saya ini, anda tidak lagi bersikap skeptikal terhadap para usahawan ais krim, dan mungkin siapa tahu, lepas ini anda juga akan jadi salah seorang daripada usahawan ais krim.
Sekiranya anda perlukan bahan rujukan untuk jalankan bisnes ais krim anda sendiri, boleh dapatkan disini.
Junaidy Jaimi says
Kalau tahu,sebanrnya tak susah nak buat aiskrim ni.. 🙂
raihanah says
menarik juga bisnes aiskrim ni
zik says
berminat pasal bisnes aiskrim nih
titan says
huhuu..
sekarang ni..semua minat bisnes aiskrim ehh.
Noriza Rahman says
Target asikrim ni sangat luas kan..pengaruhnya kepada kanak-kanak memang kuat..so senang la nak menjualnya..janji sedap
suri says
anak suka kalau dapat makan ini satu hari sehari pun dah ok katanya kalau dapat makan..
mrhanafi says
makan aiskrim sekali sekala boleh layan juga tu..
Raihanah Ahmad says
insyaAllah kalau kerja keras boleh berjaya
ohcikgu says
aiskrim senang nak jual. buyer ramai. hehe
akubiomed says
Ais krim siapalah tidak suka. Memang rugi. 🙂
Dedaun Comel says
Bisnes aiskrim ni memang boleh banyak untung.. kena2 lagi cuaca kat Malaysia ni yang kadang2 sangat panas..
Tapi kena ada cara yang betul la.. contoh tempat yang strategik dan tumpuan..