Siapa dia Puan Ainon Mohd yang saya maksudkan dalam tajuk artikel ni? Sebahagian pembaca dan pelawat mungkin ada yang mengenali siapa dia Ainon Mohd dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengar nama tersebut.
Baiklah, kalau anda nak tau wanita dalam gambar inilah Puan Ainon.
Puan Ainon Mohd adalah seorang penulis dan juga seorang usahawan. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.
Memandangkan saya juga adalah salah seorang yang aktif mempromosikan buku-buku di laman web Bookcafe, yang kebanyakkannya diterbitkan oleh PTS Publication sendiri, jadi nama beliau memang tak asing lagi bagi saya.
Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian adalah tentang nasihat yang pernah dikongsikan oleh beliau dalam wall FB milik beliau, yang mana saya kira ianya amat bertepatan dengan persekitaran dan jiwa anak muda yang inginkan lebih cabaran dengan menceburi bidang perniagaan. Ringkasnya, 3 perkara yang beliau kongsikan ialah
(1) Pilih produk yang pasaran sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu pula besar
(2) Pilih produk yang permintaannya sentiasa tinggi sepanjang masa
(3) Jangan sibuk-sibuk hendak menjadi pengeluar produk baru
Anda nak tau sesuatu yang lebih menarik yang saya perolehi daripada nasihat-nasihat ini? Jom teruskan bacaan.
“Jika seseorang tu baru mula nak belajar berniaga, jenis bisnes yang bagaimanakah yang sesuai untuk diceburi?”
Pada hari ini, di zaman informasi dan teknologi seperti sekarang ni, kita mempunyai pelbagai pilihan perniagaan yang boleh kita ceburi sebagai bentuk perniagaan pertama kita. Hanya tinggal terpulang pada diri kita sahaja nak pilih perniagaan yang macam mana?
Sama ada nak buat perniagaan yang boleh dijalankan hanya menerusi bantuan komputer dan internet sahaja seperti konsep perniagaan dropship, program affiliate atau mungkin program referral seperti Program Keahlian Tone Excel?
Ataupun anda lebih cenderung untuk memulakan perniagaan offline anda seperti perniagaan kedai runcit, berniaga burger di pasar malam, meniaga ais krim, buka warung kecil-kecilan, bisnes trading dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan walaupun anda adalah orang yang masih baru dalam bidang perniagaan, asalkan anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya.
Tak kira apa bidang atau perniagaan sekalipun, saya dapati ketiga-tiga nasihat ini masih lagi terpakai dan berguna bagi mengelakkan seseorang itu memilih perniagaan yang silap lalu berisiko untuk menanggung kerugian yang tinggi.
… and you know what… nasihat ini juga terpakai untuk mereka yang menceburi perniagaan simkad Tone Excel seperti yang saya dan ramai lagi-lagi usahawan simkad Tone Excel yang lain. Mari kita perhalusi satu per satu nasihat yang diberikan ini.
(1) Pilih produk yang pasaran sudah sedia ada, dan saiz pasaran itu pula besar
Adakah anda tahu, berapa ramai penduduk di Malaysia? Hmm… jawapannya adalah kira-kira 30 juta orang. Jumlah ini masih lagi belum termasuk warga asing yang kini bekerja dan tinggal di Malaysia. Sudah tentu, 30 juta orang ini bukan suatu jumlah yang kecil.
Daripada ramai-ramai ini, agak-agaknya berapa ramai yang ada menggunakan handphone? Zaman sekarang ni, even budak sekolah pun ada pakai handphone. Lebih BEST lagi, mereka bukan sekadar guna satu handphone semata-mata, malahan ada juga yang menggunakan 2 atau 3 handphone.
Kalau yang pakai satu handphone sahaja pula, boleh jadi handphone tersebut jenis yang boleh masukkan dua simkad. Ok, jadi apa yang boleh kita katakan mengenai fenomena ini?
PASARAN. Sasaran bagi produk simkad Tone Excel ini ialah pengguna handphone di Malaysia itu sendiri, yang jumlahnya sangatlah raaaaaamai. Poin ini sahaja dah menepati saranan yang pertama iaitu dapatkan pasaran yang dah sedia ada dan pasaran tersebut luas.
(2) Pilih produk yang permintaannya sentiasa tinggi sepanjang masa
Ya… memang orang tak akan beli simkad Tone Excel sepanjang masa. Saya setuju. Tetapi, usahawan Tone Excel bukan sahaja buat duit dengan menjual simkad, tetapi turut buat duit dengan hasil pembelian topup oleh pengguna simkad Tone Excel yang kita dapatkan.
Secara purata, pengguna handphone akan lakukan tambah nilai sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bergantung juga kepada penggunaan, dan selalunya orang memang agak jarang untuk berhenti beli topup.
Dengan tone excel anda tak perlu menjual topap pun masih dapat komisyen topap tersebut. Komisyen nya boleh tahan juga sekitar 6%-10% dari nilai topap mereka yang mendaftar simkad melalui simkad kita.
(3) Jangan sibuk-sibuk hendak menjadi pengeluar produk baru
Memang sangatlah untung jika kita ada mempunyai produk sendiri. Mungkin ada yang membayangkan dirinya akan jadi seperti Dato’ Vida yang juga merupakan pengasas syarikat Vida Beauty yang dikenali ramai dengan produknya iaitu Qu Puteh.
Namun, adakah semua orang yang memperkenalkan produk yang baru, akan berkesudahan dengan mencapai kejayaan seperti beliau? I don’t think so. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, semangat yang tinggi, kesabaran dan yang paling kritikal, kena ada modal yang sangat besar untuk tujuan pemasaran dan penjenamaan. Sanggup ke?
Itu kalau kita cerita tentang bidang kecantikan. Kita berbalik kepada bidang komunikasi. Kos untuk memulakan perniagaan dalam bidang komunikasi adalah sangat tinggi. Jika kita tak ada jutaan ringgit, jangan haraplah boleh setup syarikat telekomunikasi kita sendiri.
Syarikat Tune Talk pun hanya menjadi MVNO (Mobile Virtual Network Operator) dan bukannya berdiri sendiri sebagai syarikat telekomunikasi. Mungkin ia memerlukan modal yang amat tinggi jika syarikat tune talk ingin mempunyai infrastruktur telekomunikasi nya sendiri.
Dengan terwujudnya syarikat telco Tune Talk, maka dari sini muncul pula syarikat Tone Excel yang menjalinkan usahasama untuk menjadi marketing force yang memasarkan talian Tune Talk, lantas membuka dan menyediakan peluang perniagaan berasaskan telekomunikasi kepada orang ramai.
Modal yang diperlukan? Tak sampai RM100. Hanya serendah RM95.40 sahaja, dan anda hanya perlu beli satu simkad sahaja sudah mencukupi.
Bersesuaian dengan pesan Puan Ainon Mohd di atas saya turut ingin sarankan anda menceburi perniagaan simkad tone excel kerana pasarannya yang besar dan sedia ada, permintaan topap yang tinggi dan modal untuk anda yang baru hendak belajar berniaga hanya sekitar RM100 saja.
Jika anda berminat atau ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan simkad tone excel ni boleh layari web www.abdulnashar.com. Dan jika anda sudah bersedia dan ingin terus memulakan perniagaan simkad tone excel boleh terus hubungi no ni 011-15009250.
anah says
betul tu, masa sekarang ni jangan invest besar sangat. semoga berjaya
Raihanah Ahmad says
ramai yang perlukan bisnes skrg ni, semoga berjaya semua
rahimah says
Kadang-kadang pasaran nampak kecil tapi tak terlayan juga bila demand melebihi dari supply.
Aishah says
Saya pun suka jual produk orang saja.. Sebab tak perlu nak perah otak buat produk sendiri. Marketing pun banyak nk belajar
Perawat Islam says
Assalamualaikum tuan Sabree,
Perniagaan jenis perkhidmatan juga memenuhi kriteria dalam nasihat Puan Ainon di atas. Ia suatu model perniagaan yang mempunyai permintaan yang tersendiri. Dan ia sangat menguntungkan untuk jangka masa panjang.
Sebagai contoh saya sendiri yang telah terlibat dalam bidang perubatan Islam sejak 2010 lagi, di mana saya menyediakan rawatan untuk penyakit akibat sihir, saka, santau, pukau dan sebagainya, sentiasa ada permintaan.
Sampai kadang-kadang tak menang tangan. Bayangkan pukul 2 3 pagi pesakit call perlukan khidmat rawatan dari kita. Sanggup dengan tak sanggup nak buat je.
Satu lagi kelebihan bisnes jenis perkhidmatan ialah ia tak perlukan modal yang besar untuk memulakannya kerana kemahiran yang kita ada itulah aset penting.