10 perkara yang membuatkan kerja makan gaji memang BEST!

by sabree hussin on March 14, 2016

in Karier & Kerjaya

Saya suka kerja makan gaji. Saya belajar macam-macam perkara yang antaranya telah menjadi suatu “pengalaman terbaik” dalam hidup saya ketika saya kerja makan gaji. Walaupun kehidupan saya kini agak berbeza, berbanding ketika hidup makan gaji dulu, namun saya sebenarnya patut berterima kasih kepada perjalanan hidup saya yang lalu, untuk berada di mana saya berada sekarang.

 

Anda rasa kerja makan gaji ni tak best? Oh nanti dulu. Kerja makan gaji ni sebenarnya best. Kalau ada yang rasa kerja makan gaji ni tak best, anda sama ada

(1) Salah pilih company

(2) Salah pilih kerja atau bidang kerja

(3) Salah pilih kawan

bekerja_dari_rumah

Jika rasa tak best yang lahir tu, muncul daripada salah satu faktor tu, itu bukannya penanda bahawa anda tak suka kerja makan gaji. Sebenarnya anda hanya tak sukakan kerja yang anda lakukan sekarang. Berhenti, dan cari kerja lain. Anda mungkin akan dapati, rasa tak suka dan tak seronok yang anda rasakan sebelum ni, mungkin bukannya sebab anda tak suka makan gaji, sebaliknya anda cuma tak berapa ngam dengan bos, atau dengan rakan sekerja. Itu sahaja.

 

Memandangkan tajuk artikel kali ni pun adalah tentang perkara-perkara yang best tentang kerja makan gaji, maka jom saya kongsikan pendapat saya kepada anda. Nak tau apa yang best sangat tu, jomlah teruskan pembacaan.

 

(1) Pendapatan anda lebih terjamin

Kalau dalam offer letter tertulis gaji anda sebanyak RM3,500, maka tak kiralah apa yang berlaku sekalipun, anda akan tetap dapat jumlah tersebut. Masalah ekonomi? Tak apa, biar majikan anda yang fikirkan, mana nak cari dana untuk bayar gaji anda. Asalkan anda buat kerja anda dengan baik, pendapatan anda lebih terjamin.

 

Sudah tentu perkara seperti ini tidak dinikmati oleh mereka yang buat bisnes atau bekerja sendiri. Adakala pendapatan mereka tak menentu, dan tak mustahil ada bulan-bulan tertentu yang mereka langsung tak ada pendapatan.

 

Pendapatan anda di usia persaraan juga akan lebih terjamin.

panduan-bersara

Syarikat lazimnya akan membuat caruman KWSP bagi pihak anda sehingga 13% daripada gaji anda. Dengan adanya tabungan ini, anda akan mempunyai dana ketika persaraan nanti. Ada juga yang menjadi seorang pesara jutawan ketika telah bersara, lebih-lebih lagi mereka yang memang tinggi gajinya.

 

(2) Pembangunan diri dan kerjaya

Banyak syarikat, yang menghargai para pekerjanya akan menyediakan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran, skil dan tahap kepandaian para pekerjanya.

 

Saya pernah kerja on contract basis. Kontrak hanya setahun, dan selepas setahun pihak pengurusan akan buat review sama ada nak sambung atau nak tamatkan kontrak saya. Ok… kalau kerja jenis kontrak ni, dari pengalaman kerja saya sendiri, memang tak ada latihan-latihan ini. Satu-satunya latihan yang saya terima adalah on job training, itupun masa mula-mula diterima bekerja dulu.

 

Saya juga pernah kerja dalam syarikat lain sebagai permanent staff. Pengalaman kerja kali ini, memang lebih mengujakan. Ada banyak program-program latihan yang saya sebagai staf kena join. The best part is, dapat belajar kemahiran baru secara percuma, dapat travel percuma, penginapan percuma, dan makan sedap pun percuma.

 

(3) Peluang kenaikkan pangkat

Biasanya, apabila kita menunjukkan komitmen kita terhadap tugas dan tanggungjawab dalam syarikat, peluang untuk kita dinaikkan pangkat adalah lebih luas. Proses kenaikkan pangkat adalah berbeza-beza mengikut syarikat.

 

Ada syarikat, mereka mengutamakan perkara-perkara seperti pengalaman kerja, senioriti, komitmen, kecekapan dan sebagainya. Namun, ada juga syarikat yang amalkan kronisme, kaki kipas, kaki bodek, kaki politik pejabat untuk dinaikkan pangkat.

 

Tak kisahlah apa polisi sekalipun yang diguna pakai, realitinya, bila kerja makan gaji dengan syarikat yang sedang berkembang, kita juga berpeluang untuk berkembang dalam syarikat tersebut dan peluang untuk naik pangkat itu pasti akan datang.

 

Kalau syarikat tempat kita berkhidmat tak naikkan pangkat kita, kita boleh berhenti dan minta kerja dengan syarikat lain yang berkaitan dengan industri yang sama. Dengan pengalaman yang kita ada, kita boleh minta jawatan yang lebih baik di syarikat yang baru.

 

(4) Boleh travel secara percuma

Ini biasa berlaku untuk mereka yang bekerja dengan syarikat yang mempunyai cawangan diseluruh negara. Walaupun bukan semua orang ada peluang tersebut, namun sudah pasti ada jawatan-jawatan tertentu yang berpeluang untuk bekerja di luar pejabat. Jika perlu outstation, maknanya ini adalah peluang untuk bercuti secara percuma.

 

Masa saya bekerja dulu, saya hanya sempat travel ke Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan sahaja. Semua ini adalah atas “urusan kerja”. Ha ha

 

(5) Dapat diskaun ataupun staff price untuk mendapatkan produk-produk keluaran syarikat

Lagi besar syarikat tempat kita bekerja, maknanya lagi baaaaaaanyak diskaun yang kita boleh dapat. Kalau nak shopping, antara soalan wajib yang saya akan tanyakan ialah

“Ada staff price tak?”

“Ada diskaun untuk XXX staf tak?”

 

Kalau jawapannya ada, dan biasanya memang ada, barulah saya akan shopping kat situ.

 

(6) Kemudahan rawatan percuma dan cuti berbayar

Pada hari ini, kos rawatan untuk penyakit yang biasa-biasa, seperti demam misalnya, dengan mudah boleh mencecah RM50 – RM70. Mahal ke mahal? Tak tau la anda fikir macam mana, pada saya, jumlah tersebut agak mahal.

 

Namun, mujurlah ada klinik panel, jadi satu sen pun kita tak perlu nak bayar. The best part is, sesetengah syarikat akan mengeluarkan medical card bukan sahaja kepada pekerjanya, tetapi kepada pasangan sekali. Siapa kata tak best tu, mungkin sebab dia tak pernah dapat kot benefit ni.

 

Kalau tak sihat, boleh ambik medical leave dan gaji kita tak kena tolak pun. Ataupun, kalau tak nak MC, boleh je gunakan annual leave yang kita ada tu. Walaupun kita bercuti, gaji tetap jalan macam biasa. Ok la tu kan.

 

(7) Bonus tahunan

Ini sememangnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Berapa banyak agaknya bonus yang akan syarikat berikan kepada para pekerjanya.

 

Adakah sebulan gaji, dua bulan gaji, atau mungkin lebih dari itu? Wah! Boleh guna duit bonus ni untuk beli rumah, beli kereta, bayar hutang kad kredit dan macam-macam lagi.

 

(8) Peluang untuk bina jaringan kenalan (networking)

Rasanya, masa zaman saya kerja makan gaji dulu, kerap jugak saya gunakan nama syarikat tempat saya bekerja untuk berkenalan dengan pegawai-pegawai kerajaan, CEO syarikat dan sebagainya. ha ha

 

(dah bos saya yang ajar skil ni, saya just follow apa yang my bos ajarkan je)

 

Dalam situasi ini, saya meminjam kredibiliti yang telahpun dimiliki oleh syarikat tempat saya bekerja. Hanya perlu yakin dan perkenalkan diri.

Saya Sabree dari XXX. Nice to meet you, sir!

 

Asalkan kita YAKIN orang tak pertikaikan pun siapa kita dan apa jawatan kita dalam syarikat. Walhal kita ni sebenarnya cuma executive biasa je pun.

 

(9) Lebih mudah untuk meyakinkan pihak bank untuk dapatkan pembiayaan

Setengah orang kata, campak je slip gaji untuk 6 bulan, (sesetengahnya 3 bulan sahaja) dah boleh apply untuk mohon personal loan ataupun mohon kad kredit. Itu pentingnya ada slip gaji. Berbeza dengan mereka yang tak ada slip gaji, proses untuk memohon pembiayaan memang agak leceh.

Baca juga: Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?ย 

 

(10) Belajar dari pengalaman urus bisnes bernilai ribuan, puluhan ribu, ratusan ribu hingga jutaan ringgit

Setiap syarikat sudah tentu ada bisnesnya. Sebagai staf, kita mungkin tak akan belajar semua perkara, namun jika kita rajin bertanya, dan rajin bergaul dengan semua peringkat, saya percaya sedikit sebanyak kita akan dapat belajar daripada cara kerja dan pengoperasian bisnes yang dijalankan.

 

Contohnya, bagaimana McD mengendalikan seluruh rangkaian restorannya? Bagaimana syarikat kurier beroperasi sehingga mereka mampu menghantar barang milik pelanggan dalam masa yang begitu pantas? Bagaimana syarikat telekomunikasi berupaya untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan sangat cepat? Bagaimana syarikat ini yang beroperasi secara online sahaja boleh untung begitu lumayan?

 

Pengalaman adalah bekal terbaik, selepas ilmu apabila kita dah berhenti kerja kelak dan ingin memulakan perniagaan kita sendiri. Tak kiralah besar mana saiz perniagaan yang kita bakal jalankan nanti. Walaupun ia hanyalah perniagaan online, namun dengan pengalaman yang kita ada, ia pasti akan memberi kita sumbangan yang begitu besar.

 

Semua perkara ini, kita akan perolehi sewaktu kita kerja makan gaji. Masalah-masalah itu, biasalah. Hidup memang begitulah. Bila ada masalah, barulah ada cabaran hidup, kan. Apa pun, terima kasih kerana baca perkongsian saya ini. Secara ringkas, inilah sebab-sebabnya kenapa saya katakan kerja makan gaji ini begitu best.

 

Lain orang maka lainlah pengalaman kerjanya. Pengalaman kerja anda bagaimana ya?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

Hero Borneo March 14, 2016 at 5:32 am

saya dah melalui tempoh bekerja makan gaji yang cukup panjang…sekarang cuba sedaya upaya untuk bekerja sendiri pula..

masih mencari tapak dan memomentum yang sesuai untuk berdikari ini tuan..

Reply

sabree hussin March 15, 2016 at 4:51 pm

in Shaa Allah, Hero Borneo boleh lakukannya. Kena tetapkan jadual kerja dan ikut jadual tu ๐Ÿ˜€

Reply

mrhanafi March 17, 2016 at 6:07 am

terima kasih tuan..in shaa Allah saya terus berusaha sampai dapat

Reply

Raihanah Ahmad March 14, 2016 at 11:00 am

zaman sekarang ni, kalau ada kerja jagalah elok2. kerja baik2. sbb ramai orang diberhentikan kerja

Reply

sabree hussin March 15, 2016 at 4:52 pm

Betul tu, kerap jugak dapat berita pasal pembuangan dan pemberhentian kerja. Ada juga yang disebabkan oleh penutupan kilang milik syarikat tertentu.

Reply

zool March 14, 2016 at 10:41 pm

susah nak memilih kerja.. sambar dan buat yang sebaik mungkin..

Reply

sabree hussin March 15, 2016 at 4:53 pm

Betul tu, pilih-pilih nanti kang sampai ke sudah tak dapat kerja jugak

Reply

MDHAFiZ.NET March 15, 2016 at 12:59 pm

point pertama itu lh yang dicari. utk kestabilan ekonomi

Reply

sabree hussin March 15, 2016 at 4:55 pm

Ya betul tu. Apa-apa hal kena dapatkan kestabilan dari sudut kewangan

Reply

zik March 15, 2016 at 7:40 pm

kestabilan memang diperlukan , 6 bulan duit simpanan nak kena standby kalau2 ada apa2 berlaku…

Reply

sabree hussin March 16, 2016 at 8:40 pm

Sangat beruntung buat mereka yang dapat menyimpan duit tu ๐Ÿ˜€ Sebab ramai yang hidup dalam keadaan serba tak cukup. Apatah lagi nak menyimpan

Reply

Aree March 16, 2016 at 5:12 pm

Yes apa yg anda cakapkan makan gaji tu memang betul lah terjamin….kalau makan gaji dgn Kerajaan ler…kalau swasta belum tentu woooo….heheheehe….perhatikan disekeliling anda sekarang ni musim buang kerja……terbaru syarikat Minyak…

Yes saya setuju juga yang majoriti org kita suka makan gaji sebab tu majikan majoriti bukan org kita….ramai bangsa asing kalau nk dihitung dgn nisbah kaum….

Saya tidak berminat makan gaji sebab saya tak suka diarah, walaupun saya berniaga di pasar malam…..saya rasa cukup selesa begini……namun saya respek semua orang , pandangan masing masing memang berbezakan. Terima kasih.

Reply

sabree hussin March 16, 2016 at 8:41 pm

Sebenarnya saya pun setuju dengan tuan Aree. Yang penting kepuasan bekerja tu ๐Ÿ˜€

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: