Voucher Diskaun Lazada sempena Online Revolution 2016

by sabree hussin on November 23, 2016

in Review

Bermula dari 1 hb November 2016, Lazada Malaysia telahpun memulakan kempen jualan besar-besaran yang dinamakan sebagai Lazada Online Revolution 2016.

 

Acara Online Revolution ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Lazada bagi menggalakkan para pembeli di Malaysia mendapatkan barang-barang keperluan secara online sahaja. Secara tak langsung, kempen Online Revolution ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada mereka yang tak pernah melakukan sebarang transaksi secara online.

 

Lazada Malaysia menawarkan beberapa produk terpilih dengan harga diskaun sehingga 95%. Tema bagi Online Revolution pada kali ini ialah “Brands for All” ataupun jenama untuk semua.

 

Bagi yang masih belum tahu, sebenarnya pada hari ini anda boleh dapatkan hampir kesemua jenama terkenal yang ada di luar sana hanya dengan melayari laman web Lazada Malaysia. Pada masa kini, anda dah tak perlu lagi bersusah payah untuk ke mana-mana shopping mall untuk mendapatkan produk dari jenama kegemaran anda.

 

Semuanya hanya di hujung jari sahaja.

klik-dapat-duit

Voucher diskaun dari Lazada

Kita sedia maklum, kebanyakkan barang-barang yang dijual di Lazada Malaysia, hampir kesemuanya ada potongan harga. Contohnya bagi produk-produk yang dijual dalam kategori Best Seller, ianya ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 90%.

 

Kemudian, apabila Lazada Malaysia melancarkan kempen Online Revolution ini, mereka menambahkan lagi rangkaian produk yang ditawarkan dengan harga diskaun.

 

Setiap hari, akan ada produk berbeza yang dijual dengan harga yang lebih jimat berbanding kebiasaan. Anda boleh lihat kalendar dibawah.

kalender-lazada-online-revolution

Pada asasnya, kalendar diatas ini adalah jadual kempen yang bakal dan yang telah dijalankan oleh Lazada. Sekarang ini, pada waktu catatan ini ditulis, kempen yang sedang berlaku adalah kempen yang dinamakan sebagai Family Superstars yang akan berlangsung sehingga 24 November 2016.

 

Kempen seterusnya yang tak kurang HEBATNYA akan dimulakan pada 25 November hingga 28 November 2016. Pada tarikh tersebut, akan diadakan kempen Black Friday dan juga Cyber Monday. Bagi mereka yang memang dah biasa dengan shopping secara online, pasti anda sedia maklum bahawa pada hari tersebut memang banyak barang-barang akan dijual dengan harga yang sangat murah.

lazada-online-revolution-2016

Saya masih ingat lagi satu masa dulu, kalau saya nak beli apa-apa produk, saya memang akan tunggu promosi pada Black Friday ataupun Cyber Monday. Dulu laman web Lazada masih kurang popular. Kebanyakkan barang-barang yang saya beli pun adalah seperti ebook, software, training program, video dan sebagainya. Semua ni adalah barang-barang yang dikeluarkan oleh Mat Salleh.

 

Saya pernah tengok, semasa kempen Black Friday dan Cyber Monday ni juga, produk yang selama ini dijual dengan harga lebih kurang 100USD boleh dijual dengan harga lebih kurang 27USD sahaja! Price reduction yang sangat melampau dan sebagai pengguna memang sangat rugi kalau tak ambik peluang tu.

 

Buat para pengguna yang minat untuk dapatkan diskaun tambahan apabila membeli belah di laman web Lazada, ada berita baik untuk anda. Ini dia diskaun voucher dari Lazada yang anda boleh gunakan.

kupon-diskaun-lazada-1nov-17dec

Pastikan anda masukkan kod diskaun 20LAPOR25 semasa membuat pembayaran. Kod diskaun ini hanya boleh digunakan untuk pelanggan baru sahaja dan ianya SAH sehingga 17 December 2016.

 

Apabila anda masukkan kod voucher diskaun Lazada ini, anda akan dapat potongan harga sebanyak 20% ataupun maksimum RM25.

 

Contohnya kalau barang yang anda nak beli tu harganya RM1,000 dan anda masukkan kod diskaun 20LAPOR25 ni, tidaklah bermaksud anda akan dapat potongan sebanyak RM200 atau bersamaan dengan 20%. Sebaliknya anda akan dapat potongan harga maksimum sebanyak RM25 sahaja. Fahamkan?

 

Semasa kempen Online Revolution ini dijalankan, Lazada Malaysia juga ada melancarkan kempen Lazada’s Box of Joy.

 

Alhamdulillah, saya terpilih sebagai salah seorang penerima box of joy tersebut.

 

Nanti di lain masa, mungkin saya akan ceritakan bagaimana saya boleh terpilih menjadi salah seorang penerima Lazada Box of joy ini.

 

Ok tunggu apa lagi tu? Jom semak dan buat perbandingan harga di laman web Lazada Malaysia sekarang juga.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: