Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Tora Datang Lagi – Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an

February 6, 2016 by sabree hussin 4 Comments

“Tora datang lagi dengan permainan ….”

 

Ala… macam ni je mainan dia. Ingat apa sangatlah yang bestnya. Namun dalam hati? Sedikit sebanyak mula cemas, takut dan risau kalau-kalau semua kawan-kawan dah beli mainan terbaru dari Tora, tapi saya tak beli lagi.

 

Ah sudah… tak dapat la nak main sama-sama nanti.

 

tora-datang-lagiItu penangan Tora.

 

Sejenis permainan dan jajan biskut dalam bentuk bola-bola kecik dengan perasa coklat yang dibungkus dalam kotak. Entah apa yang best? Mainannya kah… atau jajannya kah.

 

Tak tau sama ada nak kata benda alah ni mainan, atau makanan. Sebab kalau emak suruh ambik jajan, benda ni yang saya akan ambik, dan kalau di offer untuk pilih mainan, benda ni jugak yang saya akan tarik.

 

Kemudian pada hari ini, selepas berpuluh tahun berlalu, tiba-tiba muncul pulak sebuah buku yang diberi judul Tora Datang Lagi, “Kitab Pengetahuan Kanak-kanak 90an.”  

 

Kena baca nih! Tak kiralah sama ada perlu beli atau perlu pinjam, pokoknya mesti nak kena baca buku ni ha ha.

 

Sinopsis buku Tora Datang Lagi

 

“Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

 

Lebih 90% daripada perkara yang dimuatkan dalam buku ni, saya turut lalui. Buatkan saya terfikir, penulis dia ni si Amirul Bozu ni, ada sama dengan aku ke masa aku kecik-kecik dulu?

 

Kanak-kanak yang membesar pada tahun 90an… imaginasi adalah kawan rapat kami. Waktu tu, masih belum ada lagi teknologi-teknologi seperti telefon pintar, untuk mengisi hari-hari kami… dan kita semua selalu bizi dengan urusan zaman kanak-kanak kami.

 

Membaca buku ni, buatkan saya terfikir. Bagaimana agaknya kanak-kanak yang lahir pada tahun 2000? Mereka membesar bersama-sama dengan gadget sama ada smartphone, ipad, ipod dan macam-macam lagi.

 

Ada yang membesar bersama-sama dengan media sosial, yang mana dalamnya terdapat pertembungan dua atau tiga dunia. Bukan kanak-kanak sahaja yang berada di media sosial, malahan orang dewasa turut sama bersosial di media yang sama.

 

Satu perkara yang saya masih ingat lagi… bila beli Tora dan dalam keadaan sangat excited tu, tiba-tiba bila bukak kotak

%&%&^$&^** ni mainan bulan lepas punya!!

 

Itu memang pengalaman paling ngeri bagi seorang kanak-kanak yang memang peminat setia Tora. Alamatnya memang kedai tu akan kena boikot sampai bila-bila.

“dah… dah… jangan beli Tora kat kedai tu lagi! Nanti dapat mainan yang dah basi.” 

 

Tapi buku Tora datang lagi ni, lain ceritanya. Cukup baik untuk refresh balik memori dan mengimbau kenangan silam zaman kecil-kecil dahulu.

 

Boleh order online sahaja dan jika anda bertuah, boleh dapat potongan harga. Anda pasti akan baca buku ni sambil tersenyum-senyum sendiri mengingatkan kenangan masa zaman kanak-kanak dulu.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Lagi banyak anda tulis, lagi cerah peluang dapat Komisyen Affiliate
  2. Kelebihan datang awal ke masjid pada hari Jumaat
  3. Bekerja Sendiri lagi susah berbanding Makan Gaji?
  4. Dapat Lagi Komisyen RM98 Dari ToneXpress

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: best ke buku tora datang lagi, review buku tora datang lagi, tora datang lagi

Comments

  1. Amir Zahari says

    September 9, 2017 at 8:06 am

    Segala apa yg ada dlm buku tu budak tahun 80-90an punya kenangan..

    Reply
    • sabree hussin says

      September 9, 2017 at 3:02 pm

      Bro dah baca je? Syok jugak baca buku ni. Baru saya tahu, ada permainan yang cuma diketahui oleh orang utara, dan ada permainan yang cuma popular sekitar selangor/kl je

      Reply

Trackbacks

  1. Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online? - Blog Sabree Hussin says:
    February 11, 2016 at 1:34 am

    […] Mudah sahaja. Anda hanya perlu buka laman web bookcafe, dan pilihlah mana-mana satu judul buku yang anda ingin promosikan. Dalam contoh ni, saya berkenan untuk promosikan buku berjudul Tora Datang Lagi. […]

    Reply
  2. Tolonglah Jual Kepada Saya! - Blog Sabree Hussin says:
    August 25, 2016 at 4:56 pm

    […] “Tora datang lagi dengan permainan…”   […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?
  • Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing
  • 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan
  • Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

Recent Comments

  • sabree hussin on Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume
  • sabree hussin on Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  • sabree hussin on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Mohamad Rahmad bin Saad on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz on Masalah writers block dalam kalangan penulis blog dan cara selesaikannya

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut