Tarik Audience Dengan Ayat POWER!

by sabree hussin on May 12, 2014

in Advertorial

Dalam perniagaan dan pemasaran online, rata-rata peniaga mempunyai masalah yang hampir serupa. Tidak kira sama ada anda adalah seorang yang masih baru ataupun yang dah berpengalaman dalam bidang ini, anda pasti ada masalah untuk hasilkan ayat-ayat iklan yang power.

 

Kebanyakkan daripada masa kita perlu banyak digunakan untuk menghasilkan dan bermain dengan perkataan bagi menarik perhatian prospek dan bakal pembeli secara online.

 

Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan medium FB, blog dan sebagainya. Penggunaan gambar yang sesuai berupaya untuk buatkan prospek anda tertarik, namun jika anda gagal memilih ayat-ayat yang power dan memukau, maka that’s it… habislah. Anda telah mensia-siakan prospek yang pada awalnya terpikat dengan gambar yang anda gunakan.

“Tak perlu rasa hairan jika anda tak berhasil untuk dapat sebarang jualan.”

 

Apa yang lebih menyakitkan hati kita apabila prospek kita lebih gemar untuk buat bisnes dengan pesaing kita berbanding buat bisnes dengan kita?

ayat power, ayat memukau, ayat sentap

Anda jual produk yang sama, anda jual dengan harga yang sama, anda turut beri pelbagai free gift kepada bakal pelanggan, namun mereka tetap memilih untuk membeli produk yang sama dari orang lain. Oh…

 

Cuba anda lihat semula ayat-ayat iklan yang anda gunakan untuk mempromosikan bisnes anda. Berapa ramai agaknya yang beri respons kepada iklan anda?

 

Jika yang beri respons pada iklan anda tak sampai 10%, besar kemungkinan anda telah mensasarkan iklan tersebut pada target audience yang salah. Ataupun… anda sebenarnya gagal dalam proses pembinaan ayat iklan yang power!

 

Segalanya boleh diubah hanya dengan mengubah struktur ayat

Sebelum kita cerita tentang masalah tak ada sales langsung, mari kita bincangkan dulu masalah tentang respons pada iklan yang anda hasilkan.

 

Adakah anda mendapat respons yang sepatutnya dari ayat iklan yang anda hasilkan.

 

Ya? Tidak?

 

Saya beri anda satu contoh situasi.

Kejadian ini berlaku di sebuah Masjid. Pada waktu itu, para jemaah terpaksa solat di luar memandangkan ruang utama sedang dinaik taraf.

Ada satu papan tanda tertulis untuk makluman para jemaah. Ayat tersebut berbunyi…

Harap maaf. Ruang solat utama sedang dinaiktaraf. Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Saya percaya, ini adalah antara ayat biasa yang kita boleh lihat dalam mana-mana projek naik taraf yang sedang dalam mode work in progress.

Adakah ayat tersebut boleh diperbaiki? Of course jawapannya boleh.

Kesulitan pada hari ini adalah demi menjamin KESELESAAN yang lebih baik untuk anda beribadah di masa akan datang

 

Ayat yang baru ini lebih mententeramkan hati dan minda mereka yang membacanya, betul tak? Apa beza antara ayat pertama dan ayat yang kedua? (ayat kedua lebih power, kan ๐Ÿ™‚ )

 

Perbezaan yang paling ketara ialah dalam penggunaan ayat sahaja, sedangkan keadaan masih lagi tetap sama. Sekiranya ayat kedua yang digunakan, para jemaah tetap terpaksa solat diluar dalam keadaan yang kurang selesa diluar.

 

 

Penggunaan ayat yang berbeza bakal memberikan respons yang berbeza

Jika pendapatan anda bergantung pada sejauh mana kemahiran dan skil anda dalam menggunakan ayat-ayat jualan yang menarik perhatian audience sehingga menggerakkan mereka untuk memberi respons, maka artikel ini adalah untuk anda.

 

Penting untuk anda fahami, dalam konsep pembinaan ayat, fokus anda adalah pada target audience yang anda ingin tarik dan bawa ke halaman tawaran/jualan anda.

Ayat-ayat yang anda hasilkan adalah 100% untuk audience anda. Bukan tentang anda.

Jom kita buat bedah siasat simple terhadap ayat contoh yang pertama iaitu “… segala kesulitan amat dikesali”

 

Apabila membaca baris ayat tersebut, minda kita secara automatik akan mula membayangkan

–> Siapa yang menyesal?

–> Bagaimana rupa orang yang mengaku sebagai kesal dengan kesulitan yang terpaksa kita alami ini?

–> Adakah pihak pengurusan benar-benar faham perasaan kita semua?

…dan banyak lagi.

 

Berbanding dengan ayat kedua, ianya dibina dengan memberi perhatian yang lebih fokus kepada audience.

“Kesulitan pada hari ini adalah demi menjamin KESELESAAN…”

 

Dengan membaca ayat ini, penerima mesej tersebut akan membayangkan diri mereka berada dalam situasi yang sangat selesa dimasa akan datang. Sebenarnya mudah sahaja untuk hasilkan ayat iklan yang lebih berkesan. Formula untuk membina ayat iklan yang power di mata audience adalah dengan memfokuskan ayat tersebut kepada target audience.

 

Walaupun formula ini kelihatan mudah, namun demikian, satu perkara yang sering menghantui para peniaga online seperti saya ialah,

Adakalanya kita perlu ambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan ayat iklan yang betul-betul bagus di mata prospek kita!

 

Lepas dah dapat ayat yang kita rasa power tu pulak, ia tak berakhir disitu. Kita masih lagi perlu sentiasa test. Power di mata kita, tak bermakna ia cukup power untuk memikat hati bakal pembeli produk kita. Maka atas sebab yang sama, tak salah jika saya katakan, kita semua perlukan set ataupun contoh ayat-ayat power yang boleh kita jadikan rujukan untuk kegunaan kita di masa akan datang.

 

Ketika saya menulis catatan ini, kebetulan saya teringat waktu saya masih lagi bersekolah dahulu.

Dalam subjek Bahasa Malaysia, kita diwajibkan untuk bina karangan. Kan ada pelbagai jenis karangan yang kita perlu tahu. Jadi, untuk membantu saya sentiasa dapat markah yang tinggi dalam karangan, maka saya tak terkecuali daripada memiliki set contoh-contoh karangan untuk saya jadikan rujukan.

 

Situasi tidaklah begitu banyak berbeza dengan sekarang ini.

Kalau dulu, saya buat karangan untuk dapatkan markah yang tinggi, sekarang ni, saya masih lagi buat karangan, cuma tujuannya adalah untuk dapatkan jualan!

 

Adakah situasi kita tak banyak berbeza?

Jika jawapan anda ialah YA! saya amat seronok jika anda sudi untuk muat turun koleksi ayat power ini untuk anda jadikan ia sebagai rujukan dan sebagai senjata untuk anda hasilkan ayat-ayat iklan yang super power!

 

Dalam ini ada banyak koleksi dan contoh-contoh ayat yang anda boleh terus gunakan atau anda boleh edit terlebih dahulu.

In Shaa Allah, ia dapat bantu memudahkan kerja-kerja anda ketika membina ayat iklan.

 

Hybrid Connect Error : Connector could not be found

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membaca artikel ini. Konsep pembinaan ayat power untuk tujuan tarik audience yang berkualiti untuk melihat tawaran anda mungkin adalah sesuatu yang agak baru bagi sesetengah individu.

Saranan saya, anda download dulu koleksi ayat power ini, dan anda nilaikan sendiri.

Saya harap, anda dapat sesuatu yang berharga apabila melayari laman blog saya ini ya.

 

 

Artikel ini ditaja oleh: Abang Long

 

 

Be Sociable, Share!

{ 25 comments… read them below or add one }

Hafizul May 13, 2014 at 12:56 pm

Emm betul tu bro..ayat merupakan senjata utama dalam apa jua perkara..hehe..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:43 pm

… dengan syarat kena pilih ayat yang tepat ๐Ÿ™‚

Reply

Hijab Terkini May 13, 2014 at 1:11 pm

Seronok baca artikel ni..memang membuka mata dan persepsi saya tentang cara terbaik untuk tarik bakal pelanggan..terima kasih bro..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:35 pm

Terima kasih bro untuk komen ni ๐Ÿ™‚

Reply

Hairul Azni May 13, 2014 at 1:13 pm

Satu ilmu baru bagi saya..menyedarkan saya betapa pentingnya penggunaan ayat yang power dalam sesuatu perniagaan..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:28 pm

Ada pepatah MElayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa.

Yang ini, kerana mulut, sales yang mencurah-curah banyaknya bakal kita terima ๐Ÿ™‚ Dengan syarat penggunaan ayat kena betul-betul power

Reply

iOSGEAR May 13, 2014 at 1:14 pm

Tips yang menarik dan berguna untuk mereka yang sedang mengusahakan perniagaan..baik secara online mahupun secara offline..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:27 pm

Terima kasih tuan ๐Ÿ™‚ Jemput download ebook free ini. Dalam tu ada banyak lagi info yang saya kira tak muat kalau nak di muat kan dalam satu entri

Reply

Ummi Hanie May 13, 2014 at 3:13 pm

setuju..

contohnya beriklan di wall fb secara umum.. kurang tepat caranya kerana ia tidak targeted

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:26 pm

Betul tu, kalau kawan-kawan kita memang jenis yang sama minat dengan apa yang kita iklankan, itu tak jadi masalah. Lazimnya, kawan-kawan kita ni minat dia pelbagai dan macam-macam

Reply

azlanvai May 13, 2014 at 8:56 pm

Ala.. serupa mengorat la jugak kan.. Ayat jangan men belasah je.. sapa yang sangkut kalau ayat pun tak berapa nak kena..

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 11:50 pm

Dah semestinya, kita pun kena tapis jugak, prospek yang macam mana kita nak ngorat tu.

Prospek yang tepat, akan berjaya ditukarkan kepada pembeli.

Silap pilih prospek, apa pun tak jadi ๐Ÿ™‚

Reply

Hero Borneo May 14, 2014 at 12:09 pm

ayat power boleh disalah gunakan untuk mengorat perempuan dengan niat tak baik!..jadi hati-hati dengan mereka yang guna ayat power kerana boleh manipulasi fikiran…kenyataannya belum pasti lagi maa..

Reply

Azzahairi May 14, 2014 at 9:02 pm

Terima kasih tuan sabree atas perkongsian. Contoh ayat yang kedua lebih menunjukkan
kita memahami emosi prospek. ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin May 16, 2014 at 1:28 am

Terima kasih sebab baca post ni. Kita memang perlu sentiasa bermain-main dengan emosi prospek lebih-lebih lagi kalau kita nak “jual” sesuatu

Reply

zik May 18, 2014 at 1:18 am

nampak macam mudah.. nak pancing ayat tuh bukan senang…

Reply

Fyda Noh August 1, 2014 at 8:55 am

Subhanallah..
betul tu. ayat yang power boleh pancing emosi pembaca. Nak fikir ayat power tu memang sampai lebam la, tapi hasilnya sangat mengujakan.
Terima kasih atas inspirasi ini

Reply

attiey December 25, 2014 at 12:52 am

sangatla betul tp kat mane nak download tu

Reply

sabree hussin December 26, 2014 at 1:58 am

Masukkanlah nama dan alamat emel kat ruangan yang saya sediakan tu

Reply

cikyah March 7, 2015 at 11:22 am

ruangan yg mana ye? tk nampak pula kt atas ada ruangan kena isi

Reply

sabree hussin March 8, 2015 at 7:34 am

Kan ada tulis masukkan nama dengan alamat emel tu

Reply

Noriza Rahman August 26, 2015 at 11:35 pm

Banyak perlu dipelajari untuk buat ayat yang memukau ni…

Reply

sabree hussin August 27, 2015 at 12:34 pm

Betul tu, sambil belajar sambil kita praktikkan ya. Barulah senang lekat

Reply

Amirah March 30, 2016 at 12:52 am

Assalamualaikum tuan. Sy berminat untuk mendapatkan koleksi ayat power. Bagaimana ye? Terima kasih di atas kerjasama tuan.

Reply

sabree hussin March 30, 2016 at 1:12 pm

Wasalam, boleh donwload kat sini –> http://bit.ly/koleksi-ayat2-power

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: