“Bagaimana nak hasilkan komisyen ataupun income sehingga 3 angka dengan Jobdirumah dalam masa 30 hari?”
Komisyen dari pihak Jobdirumah yang saya terima bagi bulan December 2015 mencatatkan jumlah yang sedikit tinggi kalau nak dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya.
Semuanya berpunca daripada saya sendiri yang mula rasa kurang puas hati dengan pencapaian saya yang agak buruk dalam program ini. Setiap bulan, saya hanya berjaya perolehi kurang daripada 3 angka, dan paling buruk serta komisyen paling rendah yang pernah saya dapat, jumlahnya hanyalah RM25 sahaja.
Bermula dari situ saya nekad untuk lakukan sesuatu. Ini tak boleh jadi. Orang lain boleh dapat sampai 3 – 4 angka dengan jobdirumah, tak akan saya tak boleh dapat pulak kan. Maka, sepanjang bulan November 2015, saya ubah serba sedikit pendekatan dan mula lakukan sesuatu yang lebih agresif.
Dengan harapan, eksperimen dan ikhtiar ini akan berjaya. Saya tetapkan target untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM100 dari pihak Jobdirumah.
Hei… RM100 pun still consider 3 angka juga tau!
Jadi kali ini, saya nak kongsikan, apa yang saya dah lakukan sepanjang bulan November 2015 selama 30 hari untuk naikkan komisyen yang saya terima dari hanya 2 angka kepada 3 angka… atau lebih tepat lagi, daripada hanya RM25 kepada RM175.
Masa 30 hari ini saya kira bermula selepas pihak Jobdirumah membayar komisyen kepada saya pada bulan November 2015 hinggalah ke bulan December 2015. Approximately ada dalam 30 hari jugak tu.
Jadi inilah dia yang saya buat!