Sebelum ini, saya banyak bercerita mengenai EdyBiz – Easy Do Your Business dalam blog ini. Kali ini saya nak cerita mengenai satu lagi platform buat duit online yang baru, yang turut dimiliki oleh pemilik yang sama, yang dikenali sebagai EdyClick.
Menerusi platform EdyClick, agen affiliate berpeluang untuk buat duit menerusi dua cara, iaitu komisyen pay per sales dan juga komisyen pay per click.
Komisyen pay per sales akan diperolehi apabila terdapat jualan menerusi link affiliate bagi produk yang anda promosikan.
Manakala untuk pay per click, anda akan terima komisyen untuk setiap unik klik yang diterima pada link affiliate anda.
Dengan adanya struktur komisyen jenis pay per sales, ini menjadikan setiap trafik yang anda bawa masuk ke laman jualan tidak disia-siakan.
Sebagai contoh, jika pengendali program affiliate hanya menawarkan komisyen jenis pay per sales. Lalu anda buat promosi, dan berjaya memperolehi 4,000 klik pada link affiliate anda.
Dalam hal ini, anda hanya akan dapat komisyen sekiranya ada jualan terhasil. Jika tiada jualan, tak kiralah walau sebanyak mana klik yang anda berjaya hasilkan, tetap tiada sebarang bayaran akan diberi.
Berbeza pula halnya dengan EdyClick.