Musuh UTAMA bagi orang-orang yang cari makan sebagai seorang penulis ni ialah gejala Writer’s Block. Ia memang bahaya, kerana ia membunuh produktiviti dan kreativiti. Tanyalah sesiapa pun yang kerjanya menulis, mesti mereka akan rasa sangat down bila terkena writer’s block ni.
Benda yang memang senang jadi susah. Satu idea pun langsung tak nak keluar. Saya juga tak terkecuali daripada terkena masalah macam ni.
Ya, saya tahu apa yang perlu dibuat apabila terkena masalah writer’s block ni. Ini yang pernah saya kongsikan dalam artikel saya yang sebelum ini.
Klik untuk baca: 10 Perkara anda boleh buat sekiranya alami Writer’s Block ketika menulis blog
Secara peribadi, sebenarnya saya cuba nak capai target untuk siarkan sekurang-kurangnya 100 artikel setiap bulan. Setiap artikel pulak panjangnya lebih kurang 600 – 1,000 patah perkataan. Adakah ianya mustahil? Tidak mustahil, namun sangat susah untuk di capai.
Cuba punya cuba… akhirnya masih tak dapat capai. Jumlah yang saya dapat capai, ialah 50 artikel sahaja. Mungkin buat masa ini, ia adalah tahap yang saya mampu capai.
Tapi, tak syok la kalau cuma bulan-bulan tertentu je yang saya dapat 50 artikel. Macam tak adil pulak. Kalau boleh, saya nak setiap bulan mesti kena ada sekurang-kurangnya 50 artikel. Tapi disebabkan wujudnya gejala writer’s block, ada bulan-bulan tertentu, saya langsung tak dapat nak menulis.
Maka nak tak nak, terpaksalah saya sendiri praktikkan perkara yang keempat, iaitu buat artikel jenis back dated. Apa yang anda baca dalam blog ni, pada tarikh sekian-sekian hari bulan, belum tentu lagi saya tulis atau sediakan artikel tersebut pada tarikh yang sama seperti pada tarikh ianya di siarkan. Boleh jadi artikel tersebut telah pun saya sediakan awal-awal, ataupun sebenarnya saya buat artikel jenis back dated.
Adakah menulis artikel jenis back dated akan memberi kesan dari segi ranking dan SEO?