Seseorang pernah bertanya kepada saya, soalan dia lebih kurang macam ni.
“Tuan, boleh tak kalau saya nak promosikan produk-produk affiliate dari Klikjer kat blog tuan? Tapi saya nak tuan yang tuliskan artikel. Kalau boleh saya nak ambik servis iklan yang tuan tawarkan tu…”
Kenapa mesti pilih produk affiliate dari platform klikjer? Kalau saya, saya akan kata sebab saya tertarik dengan tawaran komisen yang tinggi sekiranya berjaya mendapatkan jualan bagi produk-produk yang dijual di laman web klikjer.
Tahukah anda, bahawa setiap jualan yang terhasil, para affiliate akan menerima bayaran komisen sebanyak 70% daripada harga jual produk tersebut?
Katakanlah harga produk tersebut ialah RM100, maka jika anda berjaya dapat jualan, komisen yang akan diterima adalah bersamaan dengan RM70. Cuba bayangkan kalau setiap hari anda berjaya dapat sekurang-kurangnya satu jualan.
RM70 x 30 hari = RM2,100
Memperolehi pendapatan tambahan dari klikjer sebanyak RM2,100 sebulan, saya kira ianya memang cukup lumayan. Setuju? Tapi persoalannya, ada ke yang berjaya dapat komisen sebanyak tu?