Blog yang sebelum ni saya biasa buka, yang satu masa dulu memang saya follow, hari ni banyak yang dah LENYAP! Adakah blog anda juga salah satu daripada banyak-banyak blog yang dah hilang dari radar Google?
Hari pertama saya beli domain dan hosting dari syarikat hosting NetKL Network, saya cukup teruja. Pada masa tu, rasa ada macam-macam projek laman web yang saya nak bangunkan. Laman web keahlian, laman web forum, laman web jualan, laman blog, niche blog dan sebagainya.
Tapi selepas satu tempoh masa, ia mula jadi bosan. Semangat nak maintain banyak-banyak laman web mula drop.
Menulis blog ni sebenarnya sangat mudah! Ya, memang sangat mudah. Sebenarnya hampir sesiapa sahaja boleh lakukannya. Ada internet, ada laptop, dah boleh mula menulis blog walaupun anda adalah pelajar lepasan SPM yang masih menganggur dan masih tak nampak hala tuju dalam hidup. Sama ada nak kerja atau sambung belajar.
Jadi, apa yang susahnya? Yang susah adalah nak konsisten menulis blog. Nak cari idea-idea baru lagi fresh untuk diketengahkan dalam blog. Nak cari topik-topik yang memang mendapat tempat pada diri pembaca dan pelawat blog. Itu yang susah. Tapi yang paling susah mungkin part nak konsisten tu.