Saya hanya tersenyum apabila membaca pengalaman-pengalaman beberapa orang netizen berhadapan dengan skim cepat kaya. Sesetengahnya ada yang berjaya mengelak dari terjebak, dan sesetengahnya lagi ada yang terpedaya hingga berhabis ribuan ringgit untuk menyertai skim seumpamanya.
Mana ada skim cepat kaya yang nak mengaku ianya adalah skim cepat kaya. Kebiasaannya memang tak ada. Tetapi ayat-ayat seperti ini mungkin sesekali akan terkeluar dari pengendali dan pendukung skim cepat kaya.
“Ini bukannya skim cepat kaya, tapi kalau awak join program ini, In Shaa Allah, awak akan kaya cepat. Tak salah kan kalau kita nak kaya cepat?”
Awas. Mereka memang pandai bermain kata-kata. Kata-kata mereka adakalanya lebih hebat dan lebih power berbanding perkataan yang keluar dari seseorang yang belajar ilmu copywriting.
Siapa sebenarnya pengendali dan penyokong skim cepat kaya? Ia boleh jadi sesiapa sahaja. Ia mungkin kawan sekolah anda. Ia mungkin seseorang yang anda pernah kenali pada satu masa dulu dalam hidup anda. Anda tak akan tahu, sampailah satu masa, telefon anda berdering dan suara dihujung sana mengajak anda untuk berjumpa, sama ada untuk sembang-sembang, makan-makan, lepak-lepak, hinggalah ke nak belanja anda sesi rawatan medical check up yang kononnya bernilai ribuan ringgit. Kawan punya pasal, semua ini FREE sahaja.
Kebanyakkan bisnes yang saya sertai, semuanya murah-murah sahaja modalnya. Secara purata, modal yang perlu saya keluarkan adalah bawah RM500. Bisnes emas PowerGold yang saya sertai, modalnya ialah RM450. Sekali dengar, mungkin ada yang kata jumlahnya sangat besar, tapi sebenarnya tak juga. Kalau anda buat macam yang saya buat, setiap bulan asingkan duit dalam RM100, dalam masa kurang dari 5 bulan, dah boleh dapat kumpul RM450 ni. Simpan sikit-sikit lama-lama cukup modal. Tak perlu nak buat loan pun.