Strategi menjual RIBUAN produk tanpa perlu keluar modal dan tanpa perlu simpan stok

by sabree hussin on September 23, 2016

in Pemasaran Affiliate

Kenapa perlu hadkan barangan jualan kepada 2 – 3 barang sahaja, sedangkan anda sebenarnya boleh menjual sehingga ratusan ataupun jika mahu, anda boleh menjual ribuan barang dalam satu-satu masa secara online sahaja!

 

Semua ini boleh menjadi kenyataan, terutama sekali buat mereka yang berniaga secara online, yang menggunakan kaedah sama ada sebagai ejen dropship ataupun ejen affiliate.

 

Kalau jadi ejen dropship, margin untung yang boleh diperolehi adalah lebih lumayan berbanding margin keuntungan sebagai ejen affiliate. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada jenis produk. Jika produk tersebut adalah produk fizikal, lazimnya keuntungan sebagai ejen dropship adalah lebih lumayan berbanding keuntungan yang dapat dihasilkan oleh ejen affiliate.

masalah-bisnes-dropship

Namun begitu, jika produk yang dijual ialah produk seperti servis ataupun produk digital, sebagai ejen affiliate, anda ada peluang yang lebih baik untuk jana pendapatan yang lebih lumayan.

 

Produk digital atau produk fizikal?

Mana satu nak dijadikan pilihan? Sama ada nak fokus bagi memasarkan produk digital sahaja, ataupun nak fokus pada produk fizikal?

 

Kedua-duanya ada kelebihan yang tersendiri. Malahan, jika anda lakukan sedikit kajian, anda akan dapati, setiap produk sama ada produk tersebut dalam bentuk digital mahupun dalam bentuk fizikal, ia mempunyai permintaannya yang tersendiri.

 

Satu kelebihan berniaga secara online ni ialah, kita boleh menyusun kaedah dan strategi pemasaran kita mengikut segmen pasaran pelanggan yang kita mahukan. Tiada yang menghalang kita untuk buat duit sama ada dalam pasaran produk fizikal mahupun dalam pasaran produk digital dalam satu-satu masa.

 

Setidak-tidaknya itu yang saya alami dan yang saya lalui sendiri. Sehingga ke hari ini, saya masih lagi buat duit dengan menjual pelbagai produk digital dan pada masa yang sama, saya turut menjual produk fizikal sebagai ejen affiliate.

 

Panduan Mudahnya Bisnes dengan Blogshop

Ini adalah salah satu panduan yang agak bagus untuk dijadikan rujukan sekiranya anda agak keliru atau masih belum tahu, bagaimana menjadikan laman blog sebagai kedai online yang bakal menghasilkan pendapatan untuk anda secara separa automatik setiap hari.

 

Panduan ini dijual dengan harga RM9.90 sahaja. Ya, tak sampai RM10 pun dan saya percaya, ia tidak akan membebankan anda untuk mendapatkan panduan ini.

ebook-mudahnya-bisnes-dengan-blogshop

Dari panduan Mudahnya Bisnes dengan Blogshop ni nanti, saya percaya anda akan dapat macam-macam idea, bagaimana untuk tingkatkan dan tambahkan lagi pendapatan anda secara online. Anda boleh dapatkan panduan ini dengan membuat tempahan disini.

 

Pilih blog sebagai platform pemasaran

Sebenarnya, apa platform yang anda ingin gunakan, semuanya terpulang kepada anda. Dewasa ini, pengguna internet dan usahawan internet lebih cenderung untuk memilih media sosial seperti Instagram ataupun Facebook bagi memasarkan produk-produk mereka.

 

Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, untuk strategi pemasaran jangka masa panjang (long term), saya berpendapat platform blog mempunyai peluang yang lebih baik untuk menghasilkan pendapatan yang lebih konsisten berbanding laman media sosial seperti Facebook mahupun Instagram.

 

Baru-baru ini, saya terjumpa sebuah group di Facebook yang pada pandangan saya agak jahat. Modus operandi mereka juga agak kejam. Mereka akan pilih mana-mana satu Fanpage yang popular, mempunyai ramai peminat, likers dan sebagainya. Seterusnya group ini akan “serang” fanpage tersebut beramai-ramai dengan menekan butang report. Memandangkan ahli group ni agak ramai, maka report yang akan diterima oleh fanpage yang kena serang tu pun agak banyak.

 

Kesannya? Pihak FB akan mula flag, ataupun review semula fanpage itu tadi. Sesetengah fanpage ada yang kena unpublished dan ada juga sesetengah fanpage yang kena block terus dengan FB akibat laporan (report) yang dilakukan oleh group ini.

 

Walaupun group ini bukannya akan serang semua fanpage, tapi pada saya tak berbaloi nak letakkan bisnes saya di tempat yang sama dengan kewujudan group ini.

 

Apa yang saya perhatikan, mana-mana akaun media sosial dapat dijatuhkan sekiranya akaun tersebut menerima jumlah report yang agak tinggi. Sama ada akaun tersebut adalah akaun FB, Instagram, Twitter ataupun tumblr sekalipun, jika menerima jumlah report yang tinggi, pihak pemilik laman media sosial akan ambil tindakan yang drastik seperti menutup akaun tersebut.

 

Benda yang sama juga boleh berlaku kepada laman blog. Itulah sebabnya, saya tidak begitu mengesyorkan anda mengggunakan blog percuma sama ada dari wordpress.com ataupun blogger.com. Jika nak serius, maka terus gunakan blog yang menggunakan nama domain dan hosting sendiri.

 

Bangunkan laman web menggunakan konsep Shopping Cart

lazada_iklan_lenovo1

Salah satu laman web yang cukup berjaya, yang menggunakan konsep shopping cart adalah laman web Lazada. Seperti yang anda boleh lihat, laman web ini hanya menyenaraikan barangan untuk dijual sahaja. Anda juga boleh bangunkan laman web seperti ini.

 

Ada satu perisian yang anda boleh gunakan untuk membangunkan laman web seperti ini yang diberi nama OpenCart – Open Source Shopping Cart Solution (www.opencart.com). Sekiranya anda membeli nama domain dan hosting menerusi laman web NetKL, anda boleh install perisian ini dengan mudah sahaja menggunakan aplikasi softaculous di bahagian control panel. Proses pemasangan akan jadi lebih mudah.

 

Apabila anda telah mempunyai laman web yang menggunakan perisian Open Cart, tugas seterusnya adalah untuk memuat naik seberapa banyak maklumat beserta dengan gambar-gambar produk di laman web anda. Lagi banyak produk yang anda boleh senaraikan di laman web tersebut, maka lagi besar potensi untuk anda jana lebih banyak pendapatan. Dalam keadaan ini, kunci kejayaan anda adalah berapa cepat anda boleh bekerja.

 

Jual 3,000 produk dalam masa sebulan!

Jika sehari anda boleh muat naik sekurang-kurangnya 100 produk, maka dalam masa 30 hari, anda sudahpun mempunyai sebuah laman web yang menjual sekurang-kurangnya 3,000 produk!

 

Apa langkah seterusnya?

 

Anda boleh terus tambahkan bilangan produk pada laman web anda. Ataupun, jika anda ingin berhenti memuat naik maklumat produk terbaru, anda boleh fokus kepada langkah seterusnya yang tak kurang pentingnya, iaitu kerja-kerja pemasaran.

 

Tarik seberapa banyak pengunjung untuk masuk ke laman web anda. Dapatkan seberapa banyak trafik, dan gunakan semua kaedah pemasaran yang anda tahu. Fasa promosi adalah aktiviti berterusan. Selagi mana anda lakukan promosi, selagi itu anda ada peluang untuk buat duit dengan cara ini.

 

Ya, dari segi teori ia memang nampak mudah. Namun dari segi praktikal, anda mungkin akan berhadapan dengan beberapa masalah. Walaubagaimanapun, biar saya berterus terang dengan anda. Masalah yang paling biasa atau yang paling common akan anda hadapi ialah masalah “MALAS”.

 

Sampai satu masa, anda akan dapati diri anda mula memberi pelbagai alasan untuk tak buat benda ni. Sibuk, nak ambik isteri, nak tengok berita dulu, nak buat benda lain dulu, dan macam-macam lagi alasan untuk menjustifikasi tindakan anda untuk tidak bertindak dengan segera.

 

Apabila anda berjaya melawan penyakit malas ini, ada banyak pencapaian yang anda boleh hasilkan. Saya doakan semoga anda berjaya, dan semoga anda juga akan berjaya tambahkan pendapatan anda. Jom kita jual sesuatu secara online!

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: