Strategi buat JUALAN menerusi blog. Bagaimana anda juga boleh lakukannya?

by sabree hussin on January 11, 2017

in Pemasaran Blog, Pemasaran Internet

Pernah tak anda terfikir untuk menggunakan platform blog sebagai salah satu kaedah untuk membuat jualan secara online? … Atau adakah anda sedang melakukannya dan sedang mengaut hasilnya?

 

Catatan pada hari ini, saya nak kupas topik mengenai bagaimana anda sebagai pemilik perniagaan boleh mengeksploitasi platform pemasaran yang cukup POWER ini sebagai salah satu senjata untuk membantu anda mendapatkan jualan secara AUTOMATIK.

 

In Shaa Allah, lepas anda ikuti perbincangan dalam ini, anda akan nampak dengan lebih jelas, bagaimana dengan mempunyai blog sebagai salah satu medium pemasaran anda, perniagaan anda akan berkembang dengan lebih lancar dan prospek anda lebih selesa untuk berurusniaga dengan anda berbanding pesaing anda.

Mula-mula sekali, boleh saya tahu, adakah anda sudah mempunyai blog perniagaan anda sendiri? Ataupun adakah anda sudah mempunyai blog, tak kiralah sama ada blog peribadi, blog berita atau sebarang konsep blog, yang tujuannya adalah untuk mempromosikan perniagaan yang anda sedang atau akan lakukan?

 

Jika jawapan anda adalah “Ya, Saya sudah ada BLOG”, tahniah! Anda boleh terus mula dengan aktiviti penulisan dan terus mempromosikan perniagaan anda. Saya juga ada bekalkan beberapa tips tambahan didalam artikel ini.

 

Namun, jika jawapan anda adalah “Belum ada blog”, maka saya syorkan anda bina laman blog anda terlebih dahulu.

 

“Bagaimana caranya untuk saya bina laman blog?”

Anda tak perlu bimbang. Proses untuk bina laman blog sangatlah mudah. Saya juga pernah hasilkan artikel tutorial bagaimana cara untuk memasang sistem blog anda sendiri. Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini yang berjudul “Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

 

Secara ringkas, ini adalah step yang perlu anda lakukan untuk bina blog anda sendiri.

1. Fikirkan satu nama yang sesuai dengan perniagaan yang bakal anda jalankan.

 

2. BELI nama tersebut untuk dijadikan nama domain blog kita. Domain tersebut boleh dibeli menerusi syarikat hosting. Saya syorkan beli dari NetKL Network. Dengan kos serendah RM60 setahun anda boleh dapat pakej nama domain dan juga hosting.

 

3. Pasang blog menggunakan wordpress. Boleh ikut tutorial yang saya dah pernah tulis sebelum ini.

 

4. Siap pasang. Anda sudah boleh mula menulis di laman blog anda.

 

“Saya dah ada blog sendiri, tapi saya gunakan servis percuma dari blogspot sahaja. Patutkah saya bina blog yang baru?”

Sebenarnya ia terpulang pada anda. Kalau anda rasa bina blog yang baru adalah satu pembaziran dari segi masa, saya syorkan anda beli NAMA DOMAIN sahaja. Gunakan nama domain tersebut untuk blogspot anda.

 

Bidang jualan adalah bidang yang SERIUS. Ia melibatkan KEPERCAYAAN. Gunakan nama domain anda sendiri bagi meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan anda. Kos untuk dapatkan domain sahaja, tidaklah begitu mahal, dan ia adalah suatu pelaburan yang sangat berbaloi untuk perniagaan anda.

Baca juga:

1. Pengalaman beli domain dari syarikat luar negara NameCheap

2. Cara Beli Domain Profesional Untuk Blog PERCUMA Blogspot

cara-beli-domain

 

“Bagaimana kalau saya memang tak ada masa dan tak ada kepakaran dalam bidang penulisan blog?”

Tak ada masalah. Tak ada siapa yang kata anda wajib buat sendiri. Sebagai alternatif, anda masih lagi boleh upah orang lain untuk menulis blog bagi pihak anda. Jika anda berminat untuk dapatkan servis penulisan blog dari saya, boleh lihat tawaran saya disini.

 

Untuk individu yang juga pemilik perniagaan yang memang tak ada masa dan tak ada kepakaran, saya syorkan anda dapatkan sahaja khidmat menulis blog ini dari orang lain yang memang ada pengalaman. Ia lebih menjimatkan masa dan anda juga dapat fokus pada perkara-perkara yang memang anda mahir.

 

Bagaimana caranya untuk menghasilkan artikel yang boleh menghasilkan jualan?

Sekarang saya akan cerita bab penulisan pula. Artikel yang bagaimana yang patut dihasilkan bagi menghasilkan jualan secara online dan automatik?ย 

 

Artikel blog yang mudah untuk hasilkan jualan adalah artikel dari jenis yang tidak nampak terlalu menjual. Biasanya kita sebut sebagai teknik Soft-Selling.

 

Cuba letakkan diri anda dalam kedudukan pembaca. Apa perasaan anda, kalau artikel blog yang bakal anda baca tu, dari mula sampai habis asyik suruh beli itu beli ini. Mesej yang disampaikan hanyalah BELI… BELI… DAN BELI… Ya, besar kemungkinan anda juga tak akan baca artikel tersebut dari mula sampai habis.

 

The moment you see ayat yang menyuruh anda untuk BELI, mungkin waktu tu jugak anda akan tutup terus laman blog tersebut. Ya saya juga macam tu. Saya juga seperti anda. Saya cukup tak minat nak baca blog yang asyik suruh beli barang, beli ebook dan sebagainya. Obviously artikel seperti ini adalah artikel iklan semata-mata. Ianya tiada give and take.

 

Justeru, bagi memastikan pembaca tetap berminat untuk teruskan pembacaan, maka ayat-ayat dalam artikel perlu digubah dalam bentuk yang tidak terlalu agresif atau seperti terdesak ingin mendapatkan tempahan.

 

Ok… Point pertama ialah, perlu banyakkan lakukan soft-selling berbanding hard selling.

 

Seterusnya, bagi meningkatkan kejayaan sesebuah blog dalam memainkan peranannya untuk hasilkan jualan, anda perlu pastikan setiap artikel yang ditulis adalah custom-made khusus untuk target pasaran yang SPESIFIK. Artikel tersebut perlulah relevan dengan situasi, minat dan juga kebimbangan golongan yang kita sasarkan.

 

Ini juga bermakna kita perlu asingkan mengikut kategori pembaca tertentu. Jika kita cuba untuk menarik kelompok pembaca dari golongan guru-guru misalnya, maka kita perlu perbanyakkan artikel tentang topik-topik yang berkaitan dengan minat golongan ini.

 

Mudah sahaja kan formulanya?

 

Dalam penulisan artikel diblog, penulis juga perlu sentiasa tekankan tentang KELEBIHAN ataupun MANFAAT sesuatu produk ataupun servis yang bakal dijual. Ok… macam mana nak cerita pasal kelebihan tu? Sebenarnya masih ramai lagi yang tak berapa pasti, macam mana nak kenalpasti sama ada sesuatu poin yang cuba dibawakan itu adalah manfaat produk atau sebenarnya ia hanyalah ciri-ciri produk.

 

Adakah anda juga salah seorang yang masih keliru beza antara manfaat produk dengan ciri-ciri produk? Saya ada beberapa formula yang saya gunakan untuk membezakan antara manfaat dan ciri-ciri. Saya akan kongsikan satu dengan anda.

 

Anda jual produk apa? Katakanlah anda jual krim pelangsingan badan jenama Secret Correa. Gunakan formula “So What?”. Menggunakan formula ini, kita akan tanyakan soalan “so what?” untuk setiap perkara yang kita rasakan adalah kelebihan produk ini. Contohnya

“Dengan menggunakan produk ini, anda hanya perlu sapu sahaja dibahagian yang anda ingin kuruskan dengan krim Secret Correa ini”. Tanyakan soalan, “so what?” Kemudian anda jawablah soalan tu.

 

Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk dapatkan bentuk badan yang menarik. (Kelebihannya ialah mudah untuk dapatkan bentuk badan yang langsing)

 

Ok tak? Saya syorkan anda cuba sendiri teknik ini untuk produk-produk yang anda jual tu.

 

Bagaimana artikel dalam blog boleh menjadi jurujual maya bagi anda yang tak pernah tidur dan terus menerus melakukan kerja-kerja jualan bagi pihak anda?ย 

Ya, artikel-artikel yang pernah anda siarkan dalam blog ini akan bekerja untuk anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan berterusan selama bertahun-tahun selagi mana artikel tersebut masih lagi disiarkan.

 

Apa yang menariknya ialah, anda tak perlu susah payah nak bayar upah atau gaji kepada jurujual maya ini. Hanya perlu tulis sekali sahaja dan biarkan ia bekerja sendiri. Secara teknikalnya, anda tak perlu buat apa-apa pun selepas artikel tersebut disiarkan dan berjaya tersenarai di laman web google.com

 

Disini ada beberapa perkara yang saya ingin syorkan kepada anda untuk anda lakukan bagi memastikan blog tersebut berupaya untuk memberikan hasil jualan secara automatik.

 

Tiga perkara anda perlu buat untuk pastikan blog anda mampu menjadi mesin jualan automatik

Ibarat sebuah vending machine yang anda letakkan ditempat yang strategik dan ramai orang lalu lalang. Sesekali akan ada bakal pembeli yang berhenti dan membuat pembelian. Anda tak perlu berada disitu pun setiap masa. Tetapi anda masih lagi boleh buat duit.

mesin-buat-duit

(1) Teknik Copywriting

Anda mahukan setiap artikel yang anda siarkan diblog anda mendapat sambutan atau sekurang-kurangnya dibaca? Maka anda perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan artikel menggunakan teknik copywriting.

 

Kalau kita lihat suasana dalam konteks teknik copywriting ini, ada banyak teknik-teknik yang direka dan dihasilkan oleh para copywriter yang hebat-hebat kat luar sana. Antaranya mungkin jika anda pernah dengar ada teknik-teknik seperti

i. Penulisan Neuro Linguistic Programming (NLP)

ii. Penulisan Seduction Marketing (Pemasaran Menggoda)

iii. Penulisan Pukau Pelanggan

iv. Penulisan Hypnotic

… dan banyak lagi.

 

Matlamat teknik-teknik penulisan ini semua adalah SAMA sahaja. Semuanya bertujuan untuk memastikan artikel dibaca oleh golongan sasaran dan seterusnya membuatkan mereka bertindak dan melakukan pembelian.

 

(2) Teknik Search Engine Marketing

Ada dua teknik Search Engine Marketing yang boleh kita lakukan. Pertama, menggunakan kaedah berbayar iaitu Google Adwords, dan satu lagi adalah teknik percuma, iaitu Search Engine Optimization atau lebih dikenali sebagai SEO.

Baca juga: Panduan ASAS SEO untuk blog

 

Laman web Google adalah ibarat sebuah direktori yang fungsinya adalah untuk menyusun dan menyenaraikan semua laman web yang terdapat di alam maya (cyberspace). Bagaimana cara Google menyusun artikel mana atau laman web apa yang patut diletakkan dibahagian paling depan dan laman web apa yang patut diletakkan di kedudukan paling belakang? Rahsia ini hanya Google sahaja yang tahu.

 

Walaubagaimanapun, daripada eksperimen yang dilakukan, kita dapat mengagak bahawa google amat mementingkan kata kunci dan juga konten yang berkualiti sesebuah laman web ataupun artikel.

 

(3) Ilmu dalam bidang SALES dan MARKETING

… da Ya, memandangkan kita tengah cerita tentang topik “cara nak hasilkan jualan” maka tak boleh tidak, kita perlu ada pengetahuan dalam bidang jualan. Menulis blog bagi tujuan “menjual” pastilah ada sedikit perbezaan berbanding apabila kita menulis blog bagi tujuan meluahkan perasaan atau sembang kosong.

 

Setiap satu ada kepentingan, ada kegunaan dan ada peranannya.

Adakah anda merasakan topik untuk menjual menerusi blog ini suatu yang sangat complicated?

Ah… Anda tidak keseorangan. Sebenarnya ini juga yang saya rasakan, lebih kurang 7 atau mungkin 8 tahun yang lalu. Ketika saya masih baru nak mula berkenal-kenalan dengan bidang penulisan blog. Waktu tu, semua benda saya rasakan ianya sangat SUSAH, SUSAH dan SUSAH..!

 

Tapi bagaimana sekarang? Secara peribadi saya rasa ia masih lagi sangat susah. Bezanya sekarang ni saya dah ada ilmu yang lebih banyak berbanding sebelum ini dan saya ada lebih banyak pengalaman berbanding waktu saya baru nak bermula dulu. Pada hari ini, saya rasakan proses untuk dapatkan jualan menerusi blog boleh berlaku secara automatik. Contohnya

bukti-pendapatan-yang-diperolehi-dari-lazada

Boleh dikatakan kesemua sale diatas masuk dengan sendirinya. Saya hanya fokus untuk tulis artikel baru dalam blog, itu sahaja. Kerja saya hanya update blog sahaja. Bukannya kena jual produk setiap masa. And trust me, anda juga boleh lakukannya.

 

Lain-lain perkara sekitar topik buat jualan menggunakan medium blog yang perlu anda tahu

Apa yang dapat saya katakan, menggunakan medium blog untuk membuat jualan produk mungkin tidak begitu popular kalau nak dibandingkan dengan menggunakan akaun media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Mungkin ini berpunca daripada beberapa faktor seperti:

 

(1) Kesukaran untuk dapatkan trafik yang besar untuk masuk ke blog

Bahagian trafik ni saya tak berapa minat nak komen panjang-panjang. Anda boleh lihat sendiri statistik blog anda. Berapa banyak trafik yang masuk ke blog anda dalam sehari? Sebulan? Ini satu cabaran yang menyeronokkan.

 

Apabila anda tahu teknik untuk dapatkan trafik masuk ke dalam blog, sampai satu masa, trafik akan masuk sendiri walaupun anda dah tak buat sebarang promosi dan dah tak menulis sebarang artikel baru.

Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog

 

(2) Persaingan yang agak sengit bagi kata kunci tertentu di laman carian google

Ini ada kaitan dengan teknik SEO. Setiap artikel yang disiarkan dalam blog sebaik-baiknya perlu dioptimasikan supaya ia dapat muncul di muka surat pertama Google bagi kata kunci tertentu.

 

Memandangkan kita bukannya satu-satunya individu yang menggunakan blog, jadi anda mungkin akan dapati yang anda terpaksa bersaing dengan ramai penulis blog yang lain. Ada teknik untuk menang persaingan ini. Sesetengahnya boleh dimenangi dalam tempoh masa yang pantas dan sesetengahnya memang akan ambil masa.

 

Jika blog anda dalam Bahasa Melayu, anda mungkin terpaksa bersaing dengan ramai penulis blog dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan lain-lain lagi penulis blog yang menggunakan bahasa Malaysia dalam penulisan blognya.

 

Bagaimana pula jika anda guna Bahasa Inggeris? Yeah… satu dunia boleh baca dan faham blog anda. Namun persaingannya juga sangat besar.

 

(3) Skil networking dalam kalangan sesama penulis blog

Networking sesama penulis blog ini, jika dibuat dengan betul, ia akan melonjakkan nama dan juga pelawat blog anda dalam masa yang singkat. Tapi, kalau anda prefer untuk buat kerja seorang diri, mungkin ia akan ambil masa yang lebih lama.

 

(4) Masalah untuk menghasilkan konten itu sendiri

Untuk penulis yang dah agak lama dalam bidang ini, sesekali mereka akan alami sindrom yang dinamakan sebagai “writer’s block“. Bagaimana pula dengan orang yang tak pernah atau jarang-jarang sekali menulis? Ha.. mereka pun ada masalah yang sama. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ada masalah yang sama?

 

Kadang-kadang, strategi TERBAIK untuk menjual menggunakan medium blog adalah dengan bekerjasama dengan orang lain yang memang ada blog, memang seorang penulis blog, dan memang seorang yang ada kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini.

 

Dengan kerjasama ini, anda boleh leverage segala kepakaran (expertise), pengalaman (experience) dan juga network yang penulis blog itu miliki. Anda sebagai pemilik perniagaan tak perlu susah payah nak mula dari bawah dan habiskan banyak masa untuk belajar apa itu blog,bagaimana blog boleh bantu anda tingkatkan jualan syarikat anda“, ataupunbagaimana cara nak tarik trafik menggunakan teknik SEO ke laman blog anda.

 

Saya pasti, anda memulakan perniagaan anda sekarang ni bukannya untuk jadi seorang blogger. Tak jelas?

Anda buka syarikat kereta sewa, bukan sebab nak jadi blogger. Setuju?

Anda buka perniagaan homestay, bukan sebab nak jadi blogger. Betul?

Anda buka perniagaan kedai makan, bukan sebab nak jadi blogger. Kan?

 

Jadi, buat apa anda susah payah nak belajar skil jadi blogger sedangkan model bisnes anda adalah sebagai seorang pengendali servis sewa kereta, pemilik bisnes homestay dan sebagainya. Serahkan sahaja kerja-kerja promosi menerusi medium blog kepada mereka yang memang bekerja dalam bidang tu.

 

Untuk pengetahuan anda, diluar sana terdapat ramai blogger yang pada bila-bila masa bersedia untuk bantu mempromosikan perniagaan anda. Anda sendiri boleh pilih, nak blogger yang macam mana?

 

Baiklah, saya rasa macam dah agak panjang topik ini. In Shaa Allah, dilain masa saya akan sambung lagi dengan topik lain yang lebih menarik. Semoga perkongsian dalam blog ini bermanfaat.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 20 comments… read them below or add one }

Hairul HIssam January 11, 2017 at 10:12 pm

Wah mmg lengkap laa artikel bro nie..
soft selling tu mmg bagus utk hasilkan jualkan..
sbb sifat semulajadi manusia nie tak boleh didsesak2..

Reply

sabree hussin January 11, 2017 at 11:23 pm

Bahaya kalau guna hard selling terlalu banyak dalam blog. Nanti orang tak nak baca ๐Ÿ˜€

Tapi, sesekali kena juga guna hard selling.

Reply

si bongkok January 11, 2017 at 10:45 pm

Wah bagus info yang sungguh padat pasal cari duit dengan blog nie! thanks bro!

Alaa abang sabree tunjuk yang sen2 dollar jek…tunjuk la yang ratus2 atau ribu2 dollar…jgn simpan2 ler abang sabree… ๐Ÿ˜€

Kekongsi laa dgn budak2 mentah macam saya nie… ๐Ÿ˜€

Reply

sabree hussin January 11, 2017 at 11:15 pm

ha ha mana ada ribu-ribu. Saya pun budak baru nak belajar jugak. Ambik contoh yang ni sebab statement dia pendek sikit.

Reply

mrhanafi January 12, 2017 at 9:56 am

tuan sangat beruntung kerana dikurniakan kebolehan menulis dengan cukup baik..

semoga tuan terus berjaya dan menikmati kehidupan penuh membahagiakan

Reply

sabree hussin January 12, 2017 at 8:13 pm

Alhamdulillah, sebenarnya mrhanafi juga boleh buat yang lebih baik dari ini!

Reply

reezluv January 12, 2017 at 3:54 pm

memang bagus artikel ni..lengkap semuanya..power..affiliate lazada je belum mampu create sales.:P

Reply

sabree hussin January 12, 2017 at 8:19 pm

Affiliate Lazada ni memang makan masa sikit ๐Ÿ˜€ Tapi bila dah start ada sales nanti In Shaa Allah akan makin mudah dapat

Reply

kedai sticker January 12, 2017 at 5:59 pm

TERBAIKK MAKLUMATT!!

Reply

bisnes online January 13, 2017 at 8:02 am

aku ni lazada dapat juga, tp sikit sikit jer la, tp xpa, yg penting aku usaha dan sedang ke arah tu. Hang ni satu jer aku suka, penulisan bagus.. terbaik

Reply

sabree hussin January 13, 2017 at 11:40 am

Lazada ni memang macam tu la. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak la ๐Ÿ˜€

Reply

Perawat Islam January 13, 2017 at 9:00 am

Satu perkara lagi yang penting untuk penulis blog ambil perhatian ialah cara menulis.

Saya suka cara tuan menulis. Paling penting mudah untuk faham. Sebab apa?

Sebab tuan menulis menggunakan bahasa yang tidak terlalu formal dan bukan yang formal sangat. Dan penggunaan tanda baca yang betul, contohnya tanda koma.

Ada sesetengah penulis blog yang tulis dalam sesuatu loghat. Ada sesetengah pembaca bukan faham loghat kita. Yang kedua, pada saya ianya kurang profesional.

Yang kedua, suka guna tulisan ringkas macam sms. Pada saya, penulis kena ingat yang kita menulis bukan untuk sendiri baca, tapi kita nak sharekan apa yang kita tulis itu dengan target pasaran kita.

Yang ketiga, penggunaan tanda baca yang tidak betul. Ada sesetengah blog, ejaan pun tak betul, yang kedua, tanda baca tak letak, contohnya yang simple macam tanda koma.

Sampai kena baca dua tiga kali baru faham. Sedikit pandangan dari saya yang cetek ilmu ini ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin January 13, 2017 at 11:42 am

Terima kasih tuan Perawat Islam atas feedback ini. In Shaa Allah saya akan lebih berhati-hati dalam menulis di masa akan datang dan akan sentiasa perbaiki ๐Ÿ˜€

Reply

Abdul Nashar Bin Aminuddin January 13, 2017 at 11:19 am

Info dah bagus.membangkitkan semangat saya untuk memiliki satu blog

Reply

sabree hussin January 13, 2017 at 11:39 am

Seingat saya, sebelum ni kan Tuan memang pernah ada blog dah ๐Ÿ˜€

Reply

titan January 14, 2017 at 3:36 am

tahniah beb.

semoga dapat lagi banyak lepas ni.

Reply

zik January 15, 2017 at 12:03 am

terbaik bos.. penulisan yang cukup tersusun kemas dari segi teknik copywriting memang tersendiri lah..

Reply

sabree hussin January 15, 2017 at 1:28 pm

Terima kasih Zik ๐Ÿ˜€

Reply

riangria January 15, 2017 at 11:13 pm

memang mendalam kupasan artikel ni.. semua yang dinyatakan di atas memang berkait dgn sya nak membangunkan blog.. kadang2 rasa nak give up.. he sebab x ckup ilmu n pengalam blogging.. tq atas kupasan artikel ni..

Reply

sabree hussin January 16, 2017 at 4:41 pm

Terima kasih sudi baca. Hmm kalau tak silap blog riangria dulu ada banyak artikel. Kenapa sekarang dah tinggal sikit?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: