SilaTiga GuestHouse KL – Homestay di Wangsa Maju yang PERFECT untuk korporat, bisnes mahupun personal

by sabree hussin on November 30, 2017

in Tempat Penginapan

Pernah tak anda terfikir, dalam setahun, berapa kali anda perlu berulang-alik dari tempat anda untuk ke Kuala Lumpur atas urusan kerja atau perniagaan?

 

Selalunya, apabila anda berada di Kuala Lumpur, anda akan menginap di mana ya? Adakah anda akan menginap di hotel? Kebiasaannya begitulah, kan. Untuk urusan kerja, kita lebih senang untuk menginap di hotel sahaja.

 

Saya pun dulu begitu. Lebih senang untuk pilih hotel. Ada macam-macam perkara yang saya perlu pertimbangkan apabila nak pilih tempat penginapan terutama sekali kalau atas urusan kerja.

guesthouse-di-kuala-lumpur

Adakah tempat tersebut ada internet berkelajuan tinggi?

Adakah tempat penginapan tu dekat dengan tempat meeting atau pejabat?

Adakah ada pengangkutan awam yang bagus atau perlu redah traffic jam untuk sampai ke lokasi yang nak dituju?

 

Itu antara persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya. Untuk tak nak pening-pening kepala, saya akan pilih hotel sahaja.

 

Namun kita semua maklum, tak bermakna bila kita menginap di hotel, kita akan puas hati dengan pengalaman penginapan tersebut. Akan ada beberapa perkara, yang akan buatkan kita rasa sedikit tak puas hati. Antaranya?

 

Bercakap pasal sambungan internet. Kat hotel ni biasanya kita akan kongsi penggunaan internet dengan tetamu-tetamu hotel yang lain. Kesannya? Sambungan internet kita jadi tak berapa stabil dan adakalanya agak perlahan. Cuba bayangkan, kita tengah fokus nak siapkan kerja, internet jadi perlahan, sebabnya ada tetamu dari bilik lain yang tengah syok download movie. Ini dah tentu akan mengganggu kerja kita.

 

Ada ke yang masih lagi tak tau, KL ni memang SENTIASA JAM? Kadang-kadang, walaupun tempat yang kita nak pergi tu dekat je, tapi boleh jadi ambil masa yang lama sebab jalan jammed. Perangai pengguna jalanraya tu sendiri ada macam-macam, dan kalau tak cukup sabar, kemalangan boleh berlaku.

 

Kalau tak nak tempuh kesesakan jalan raya, penyelesaiannya adalah travel menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, ERL ataupun monorail.

 

Mungkin anda nak tahu, kenapa saya bangkitkan semua ini? Adakah sebab saya nak cadangkan sebuah tempat penginapan yang PERFECT dan mampu untuk menyelesaikan isu-isu yang saya bangkitkan sebelum ini?

 

Ya, sudah tentu.

guesthouse-wangsa-maju

Lepas ni, kalau anda akan berada di KL, sama ada atas urusan kerja, perniagaan ataupun peribadi, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menginap di Seri Riana Residence.

 

Seri Riana Residence ini terletak di Jalan Wangsa Delima 7, Wangsa Maju. Ia merupakan sebuah kediaman jenis kondominium. Salah seorang pemilik kondo, Puan Liza, telah menjadikan rumahnya sebagai sebuah guesthouse yang mempunyai konsep resort percutian yang setanding dengan hotel 5 bintang.

 

Walaupun anda menginap di homestay, namun dari segi keselesaannya, ianya mungkin jauh lebih baik kalau nak bandingkan dengan menginap di hotel.

 

Jom kita lihat, apa yang istimewa dengan guesthouse di Wangsa Maju ini.

Unit kondo yang dijadikan guesthouse ni berada di tingkat 4. Tidak terlalu tinggi, dan tak juga terlalu rendah.

 

Dalam homestay ini, ada disediakan tiga buah bilik tidur. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz besar, kipas siling, penghawa dingin, dan almari pakaian. Setiap bilik juga ada tandas dan bilik air sendiri.

 

Ini dibilik pertama atau master bedroom.

 

Katil, cadar dan bantal yang digunakan ini bukan bantal biasa-biasa tau. Semuanya dipilih mengikut gred yang terbaik seperti mana yang biasa terdapat di hotel terkemuka. Saya pun tak ingat apa jenama bantal dan katil, tapi kalau nak tanya dengan pemilik rumah ni, boleh klik sini dan tekan pada butang contact host.

 

Dari bilik pertama ni, kita boleh terus keluar ke balkoni. Dan balkoni tu pula bersambung dengan balkoni yang ada di ruang tamu.

 

Bangun dari tidur boleh terus keluar dan layan pemandangan sekeliling.

homestay-kl-ada-taman

Kalau pada waktu pagi, atau petang, kadang-kadang kita boleh nampak ada penghuni disini yang ber jogging sekeliling taman. Anda juga boleh jogging kalau ada kasut dan pakaian yang sesuai.

 

Dalam bilik ini ada kipas, lampu, dan penyaman udara. Bab keselesaan, memang first class.

Tandas dan bilik air ada disediakan dalam bilik ini. Sebenarnya dalam setiap bilik memang ada tandas dan bilik air sendiri. Bukan itu sahaja, malahan di setiap bilik ada disediakan tuala mandi, sabun, ubat gigi dan juga syampu.

 

Ini pula adalah bilik kedua.

Bilik kedua ini walaupun tak menghadap balkoni, namun dari bilik ini kita boleh lihat pemandangan yang cantik sekitar Kuala Lumpur.

 

Dan seterusnya, atas ini adalah bilik nombor tiga. Setiap bilik dilengkapi dengan katil besar. Jadi tak ada masalah kalau ada tiga buah keluarga nak menginap dalam rumah ini dalam satu masa. Pastinya selesa.

 

Dah habis cerita pasal bilik tidur, kita tengok di ruang tamu pula.

Dekat ruang tamu, ada disediakan set sofa, sebuah televisyen (smart TV), channel Astro, dan juga ada koleksi pelbagai movie terkini.

 

homestay-di-seri-rampai

Moderm internet juga ada di ruang tamu ni. Internet berkelajuan tinggi, anda akan guna sendiri. Tak perlu nak kongsi dengan sesiapa dan pastinya internet dia laju!

 

Selain itu, dua buah aircond dipasang di ruang tamu ini. Kalau anda pasang kedua-dua aircond semasa menginap di sini nanti, memang akan rasa cepat sejuk. Silap-silap ada yang tertidur dekat ruang tamu tu.

 

Berada di ruang tamu guesthouse ini, kita boleh rasa suasana yang hampir sama dengan suasana di hotel. Cuma bezanya, ini adalah sebuah homestay, dan ia berkali ganda lebih luas berbanding ruang yang kita dapat kalau duduk hotel. Kita boleh bawa lebih ahli keluarga untuk temankan kita sepanjang berada di kl.

 

Bagi mereka yang nak makan dalam homestay, ada dua ruang makan yang disediakan. Ini yang pertama.

Set meja makan ni betul-betul dekat belakang sofa. Tempat ni juga sesuai untuk dijadikan tempat kerja (work station). Untuk yang nak bekerja tu, kat sini sesuai kalau nak buat meeting atau discussion.

 

Meja bulat ini juga boleh guna sebagai ruang untuk makan.

Peti sejuk tu bolehlah anda gunakan untuk simpan barang-barang basah yang anda nak masak nanti.

 

Bagi mereka yang memang cerewet dalam bab makan, dan lebih suka nak menyediakan sendiri hidangan makanan, anda juga boleh berbuat demikian.

 

Kelengkapan untuk memasak, semuanya telah disediakan. Apa yang tak ada ialah barang untuk masak tu. Namun, tak perlu risau sebabnya semua bahan-bahan memasak ini boleh dapatkan di pasaraya Aeon Big atau di Wangsa Walk Mall yang tak jauh dari homestay ini.

 

Boleh jalan kaki je.

 

Ataupun kalau tak nak masak, boleh makan dekat restoran-restoran berhampiran. Antaranya di

  • NZ Curry House (Lebih kurang 500 meter)
  • Patatimo (Lebih kurang 500 meter)
  • Pucuk Di Cita
  • KFC
  • Burger King
  • Restoran Thai Sri Ayutthaya Wangsa Maju
  • Restoran Arab Hadramawt Kitchen Wangsa Maju

 

Ya, ada macam-macam pilihan dan tempat makan disekitar sini.

Mesin basuh dan mesin pengering pakaian pun ada disediakan di homestay ini. Anda tak perlu susah payah nak pergi ke dobi semata-mata untuk cuci pakaian dan tunggu kering.

 

Basuh je kat dalam rumah ni. Boleh dikatakan, semua yang diperlukan untuk menginap dengan selesa, ada disediakan dalam rumah ini. Serius, kalau sekali anda menginap disini, pasti dah tak nak cari tempat lain.

 

Guesthouse ini dah menyediakan semua kemudahan dan kelengkapan yang anda perlukan.

 

Selain apa yang disediakan dalam rumah, ada banyak lagi kemudahan yang ada diluar rumah yang anda boleh gunakan. Antaranya

 

Taman permainan kanak-kanak.

Sekuriti sentiasa meronda tempat ini. Jadi tak perlu risau sangat nak biarkan anak-anak bermain kat sini.

 

Gymnasium

Sekiranya anda lebih suka nak buat senaman secara indoor, boleh luangkan sikit masa dalam gym sahaja. Saya dah cuba, dan seronok juga gym dia. Nak tau apa yang seronok lagi ada kat dalam ni?

 

(saya nampak ada punching bag dalam ni. boleh main boxing…)

 

Selain gymnasium, ada juga sport arena. Dekat Sport Arena ini, anda boleh main sukan seperti badminton, squash, tennis dan macam-macam lagi sukan jenis indoor.

 

Mungkin yang paling best, kat sini juga ada swimming pool.

homestay-kuala-lumpur-ada-pool

Ada seksyen untuk kanak-kanak, dan ada juga seksyen untuk orang dewasa.

 

homestay-in-kl-with-swimming-pool

Baiklah. Apa pendapat anda? Mesti rasa minat kan nak menginap kat sini.

 

Lepas ni, apabila anda ada business trip lagi, bolehlah anda sewa satu kondominium. Boleh bawa sekali famili ikut bersama dan menginap di tempat yang selesa seperti ini. Kalau kebetulan waktu tu musim cuti, anda boleh bawa satu famili untuk ikut anda bercuti ke Kuala Lumpur.

 

Anda selesaikanlah urusan kerja anda dulu. Sementara tu, anak-anak dan isteri anda boleh luangkan masa untuk pergi shopping atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Jadi tak adalah mereka rasa bosan apabila setiap kali anda kena travel untuk ke KL, anda terpaksa tinggalkan mereka.

 

Berapa kadar sewa untuk menginap semalaman di guesthouse ini?

Pada waktu catatan ini ditulis, dan ketika saya menginap disini, kadar sewanya adalah RM300 sahaja untuk satu malam.

 

Walaubagaimanapun, harga ini adalah harga promosi. Homestay Wangsa Maju ini, sebenarnya baru mula beroperasi sekitar pertengahan bulan November 2017. Memang sangat baru.

 

Perabot semuanya masih baru, dan hiasan dalaman juga sangat baik.

 

Untuk tempahan homestay ini, adalah melalui laman web Airbnb sahaja. Anda boleh terus klik pada link ini. Canggih betul bila dah ada website Airbnb. Nak buat tempahan pun senang.

 

Kalau ada antara pembaca yang perlukan resit, bagi tujuan claim atau apa-apa yang berkaitan, pun boleh dapatkan dengan mudah.

 

Sebelum tu, jika ini merupakan kali pertama anda nak gunakan sistem Airbnb bagi tujuan tempahan bilik atau homestay, anda boleh dapatkan Eksklusif Travel Kredit dengan menekan klik pada link ini.

Anda boleh gunakan travel credit tersebut untuk dapatkan diskaun apabila buat tempahan di homestay ini. Daripada harga asal RM300 tu, anda tolak RM105. Jadi baki yang perlu dibayar ialah RM195 sahaja (lebih kurang).

 

Namun begitu, tempahan menerusi Airbnb adalah tertakluk kepada servis caj dan lain-lain caj yang berkenaan. Jadi, gunakanlah travel credit ini dengan sebaik-baiknya ya.

 

Kalau sebelum ini, anda dah pernah dapat travel credit dan tak boleh nak claim sekali lagi, saya cadangkan untuk tempahan kali ini, anda gunakan nama orang lain pula.

 

Selamat menginap di SilaTiga Guesthouse! Saya doakan semoga perjalanan anda dan urusan anda sepanjang berada di KL ini nanti berjalan dengan lancar.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 17 comments… read them below or add one }

anuar November 30, 2017 at 9:46 pm

Menarik betul homestay ni.. lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung.. kadar sewa yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Reply

sabree hussin November 30, 2017 at 9:55 pm

En Anuar datang KL nanti boleh menginap kat sini ๐Ÿ™‚

Reply

Amir Mazlan November 30, 2017 at 10:47 pm

dengan pemandangan, kelengkapan, kemudahan, sekuriti..memang padan dengan harganya ๐Ÿ™‚

ps: silap letak link artikel..ini yang betul ๐Ÿ˜€

Reply

titan December 1, 2017 at 4:06 pm

biasa aku tengok tempat yang dekat nak pegi tu dulu.

murah ke mahal, tu lain punya cerita.

janji, hari kejadian..jadi lebih mudah.

Reply

sabree hussin December 6, 2017 at 6:20 pm

Betul juga tu. Kita bayar mengikut nilai yang sepatutnya.

Reply

Raihanah December 6, 2017 at 10:02 am

memang selesala, cantik lak tu

Reply

sabree hussin December 6, 2017 at 6:17 pm

Suasana dalam rumah pun cantik kalau nak tau!

Reply

NORIZA ABDUL RAHMAN December 7, 2017 at 6:42 pm

Eh memang cantiklah kondo ni, hiasan dalamannya pun nampak simple tapi cantik. Semua lengkap memang best lah menginap disini

Reply

sabree hussin December 8, 2017 at 10:32 am

Memang cantik tempat ni. Kalau tengok depan-depan lagi cantik sebenarnya.

Reply

encikhafiz.com December 7, 2017 at 8:38 pm

Assalamualaikum tuan, masih ingat saya tak. saya dah tukar domain baru. hehe..

Reply

sabree hussin December 8, 2017 at 10:31 am

Wasalam, kali ni buat blog baru sekali lagi ke Encik Hafiz?

Reply

Azeni Ahmad December 9, 2017 at 9:13 am

Wahhh menarik nie.
Boleh Staycation nie.
Anak anak suka sebab ada pool kan.

Reply

sabree hussin December 11, 2017 at 9:19 am

Infinity pool dia best. Orang besar pun mesti suka jugak

Reply

mrhanafi December 9, 2017 at 12:07 pm

Pergh..mantop la homestay jenis guest house..harga pun sangat berpatutan..wajib book kalau ada di KL

Reply

sabree hussin December 11, 2017 at 9:18 am

Ya book la sini. In Shaa Allah puas hati!

Reply

Bahrain December 10, 2017 at 3:46 pm

Sangat menarik homestay siap complete semua kelengkapan ada.. siap ada dobi tu.. mesin basuh dan pengering.. heheh

Reply

sabree hussin December 11, 2017 at 9:15 am

Homestay kat wangsa maju ni memang lengkap serba serbi. All in one place ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post: