Sambung Lagi Kontrak Domain dan Hosting Dengan NetKL

by sabree hussin on March 13, 2015

in Personal

Saya tak tau sampai bila saya akan gunakan perkhidmatan domain dan hosting dari NetKL ni…

Mungkin ini adalah tahun yang terakhir.

Mungkin juga saya hanya akan sambung kontrak atau renew hosting untuk setahun je lagi.

Atau mungkin akan terus jadi pengguna setia NetKL Hosting sampailah company ni tutup?

hosting_,murah_terbaik

.

..

Kalau nak diikutkan, kat luar sana sebenarnya ada terlalu banyak syarikat hosting yang menawarkan servis yang sama seperti yang ditawarkan oleh pihak NetKL. Malahan, saya sendiri pernah jumpa, syarikat yang mampu menawarkan spesifikasi yang lebih awesome dan pada masa yang sama lebih murah dari NetKL.

Maksudnya… NetKL bukanlah syarikat penyedia domain dan hosting yang paling murah.

Jika sekadar MURAH yang anda cari, mungkin netkl bukanlah pilihan yang sesuai.

.

..

Saya dah mula jadi pelanggan NetKL sejak dari tahun 2009.

Sejak saya tahu dan faham, bagaimana sistem wordpress beroperasi sebagai platform terbaik untuk tujuan blogging dan buat duit.

Sepanjang tempoh masa tersebut, amat jarang syarikat hosting ni meragam.

Kalau saya yang meragam, itu selalu… Selalu lupa nak bayar on time ketika invois dikeluarkan. Selalu lupa nak manage betul-betul website yang saya host kan di netkl.

.

..

Apa pun, lega sebab dah renew untuk satu tahun terus.

In Shaa Allah, perjalanan dalam bidang penulisan blog akan diteruskan!

 

Be Sociable, Share!

{ 10 comments… read them below or add one }

Noriza Rahman March 13, 2015 at 3:53 pm

Yea, semangat untuk teruskan penulisan lagi lepas ni…

Reply

Suriya March 14, 2015 at 1:22 am

once blogger, always blogger. kan?

Reply

blogger lelaki March 16, 2015 at 8:29 pm

memang okey ke bro servis netkl ni..gua duk rancang satu blog wp ni

Reply

sabree hussin March 16, 2015 at 11:50 pm

Ok tak ok, dah nak masuk 6 tahun aku pakai servis diorang 😀

Reply

titan March 17, 2015 at 3:37 pm

okeh la tu. murah sikit nak renew.

Reply

sabree hussin March 18, 2015 at 10:29 am

Harga boleh runding punya ni haha

Reply

mrhanafi March 19, 2015 at 1:40 am

saya baru guna NetKL..belum ada komen lagi kerana masih terlalu baru..

Reply

sabree hussin March 19, 2015 at 1:41 pm

Waa… blog baru lagi ni

Reply

islam di dadaku March 19, 2015 at 4:11 am

dah lama juga ya pakai serivs netkl, tak nak pindah

Reply

sabree hussin March 19, 2015 at 1:43 pm

Untuk projek laman web lain, saya guna hosting lain. Untuk yang ni, rasanya belum ada keperluan nak pindah-pindah lagi buat masa ni

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: