Sales PERTAMA paling susah nak dapat, tetapi ia paling PENTING. Kenapa?

by sabree hussin on June 11, 2015

in Pemasaran Internet

Adat berniaga.

Pendapatan atau income kita sangat berkait rapat dengan aktiviti jualan. Kena buat jualan, maka dari situ barulah kita ada keuntungan untuk ditukarkan kepada pendapatan. Ada masanya, kita boleh dapat banyak untung, ada masanya keuntungan kita tak seberapa, dan ada juga hari-hari tertentu, kita terpaksa buat jualan dengan sedikit kerugian bagi mengelakkan berlaku sebarang kerugian yang lagi besar daripada yang sedang dihadapi sekarang.

Faham ke?

Bukan semua orang ada semangat dan kekuatan untuk cari makan dalam cabang perniagaan.

Setengah orang, dia cuma berpura-pura sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan. Tetapi, bila kita katakan, dalam bidang ni kena tahu macam mana nak buat jualan, terus dia kata

“Aku tak minat la nak cari-cari orang ni…”

computer money

Nampaknya dia bukannya sukakan kehidupan sebagai ahli perniagaan, tetapi cuma sukakan kehidupan yang dilalui oleh ahli perniagaan yang telah pun berjaya.

Susah senang, cabaran dan rintangan yang perlu dilalui langkah demi langkah untuk menuju ke puncak kejayaan… itu dia tak mau tau. Yang dia betul-betul suka ialah “apa yang dia bakal dapat selepas dia berjaya, sama ada rumah besar, kereta mewah, wang yang banyak, isteri cantik dan sebagainya.”

 

Sales PERTAMA adalah yang paling penting!

 

Setiap produk ada kaedah dan tekniknya yang tersendiri untuk kita dapatkan jualan. Cara nak jual produk kecantikkan dan juga produk kosmetik adalah berbeza berbanding apabila kita nak jual simkad Best Mobile.

Ramai orang buat kesilapan yang sama.

Mereka anggap setiap produk boleh dijual dengan cara yang sama.

Untuk produk baru, kadang-kadang kita sendiri pun tak tau, macam mana sebenarnya cara TERBAIK dan yang paling cost effective untuk dapatkan jualan.

Ini salah satu produk yang sebelum ni saya tak pernah jual, tetapi sekarang ni saya kena belajar untuk jual dan hasilkan jualan dengan secepat yang mungkin.

merchandise_best_mobile

 

Merchandise Best Mobile versi 2.0

Ada 3 pilihan semua sekali.

Pertama, Manual Produk 2.0 harganya RM12

Kedua, Manual Ahli 2.0 harganya RM10

Ketiga, Table Talk RM10 sahaja

 

Berapa banyak yang dah terjual buat masa ni?

Banyak. Namun masih belum cukup banyak. Pencapaian setakat masa sekarang ni, masih dikira sangat teruk berbanding apa yang sepatutnya.

.

..

Kempen-kempen promosi yang saya jalankan pulak, ada yang beri pulangan, ada yang kurang berjaya. Ada jugak yang langsung tak ada sebarang respons dan langsung tak berhasil…

Tetapi, bila satu hari tu, jualan pertama mula terhasil… Dia punya perasaan seronok tu. Fuh!

Hanya tuhan sahaja yang tau.

 

Kadang-kadang kita cuba macam-macam cara untuk hasilkan jualan. Kalau untuk segmen promosi secara online tu pulak, memang merata tempat kita pergi. Facebook, youtube, blog, emel semua kita langgar, semata-mata untuk dapatkan jualan yang pertama.

 

Bilakah masa yang PALING SESUAI untuk buat jualan?

Soalan ni pernah di highlight dalam salah satu buku tulisan Brian Tracy, berjudul The Psychology of Selling. Menurut beliau, untuk soalan, bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan jualan ialah

“Ketika anda berjaya melakukan jualan yang pertama!”

 

Soalnya… KENAPA?

Ketika kita berjaya menghasilkan jualan yang pertama, masa itu kita masih lagi bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi. Kita berada dalam keadaan nak buat jualan lagi, lagi dan lagi.

review_laman_tonexpress

(ToneXpress ni salah satu sumber yang rajin buat bayaran kepada saya)

Perasaan yang sama yang saya rasakan especially bila dapat komisyen untuk produk-produk yang pernah saya promosikan. Dia punya semangat, kalau setakat nak buat 3 4 artikel promosi pada hari yang sama pun tak ada masalah.

Tetapi, kalau hari-hari biasa memang agak lemau la nak buat artikel promosi ni.

Melainkan, kalau ada job untuk buat artikel promosi untuk klien. Yang tu tak boleh tidak, memang terpaksa jadi rajin. Apa tak nya, klien dah bayar kot.

 

Setengah orang, dia tak berapa selesa dengan kerja-kerja menjual. Dia rasa, seolah-olah duit yang dia dapat daripada keuntungan jualan tu macam duit yang tak berapa bersih.

Lebih-lebih lagi, bila kita menjual ni, biasanya kita akan ceritakan semua yang baik-baik tentang produk yang kita promosikan. Tak pernah, atau memang jaranglah kita akan ceritakan apa yang lemah dan apa yang kurang tentang produk kita. Maka, atas sebab ini, dia rasakan karier sebagai ejen jualan ni sebagai satu pekerjaan yang hipokrit dan hanya sesuai untuk orang-orang yang hipokrit semata-mata.

Ok

Jika itu cuma pendapat peribadi anda. Saya setuju dengan pendapat anda. Lagipun, ia cuma pandangan peribadi anda semata-mata, dan anda bebas untuk ada pendapat sendiri.

Tetapi, hakikatnya bidang jualan bukanlah sekadar untuk mereka yang mengejar keuntungan semata-mata.

Jika anda melihat kami yang berniaga ni sebagai insan yang hanya mementingkan untung semata-mata, hanya kerana duit, anda yang kerja makan gaji, juga tak jauh beza sebenarnya. Setidak-tidaknya, kami kejar duit, dan pada masa yang sama, kami adalah boss bagi diri kami sendiri.

Anda pula? Bekerja semata-mata nak kan gaji, dan sanggup telan caci maki dan kutukkan dari boss semata-mata kerana nak dapatkan gaji bulanan.

Pedih, bukan?

Sebenarnya ini bukanlah skop perbincangan dalam penulisan ini. Setiap orang mempunyai nilai dan perspektif yang berbeza apabila melihat dan menganalisa sesuatu perkara. Ada yang guna sudut pandang yang negatif, dan pada masa yang sama, ada juga yang mengguna pertimbangan yang baik-baik sahaja. Jadi, kenapa nak lebihkan yang buruk, sedangkan yang baik-baik itu ada.

Saya suka untuk melihat, aktiviti jualan itu sebagai satu peluang untuk kita membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan kita. Dengan kita menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk, kita sebenarnya telahpun menjadi pemudah cara yang membantu menyelesaikan masalah mereka.

Keuntungan itu akan datang bersama, apabila kita fokus untuk bantu menyelesaikan masalah orang lain.

Bukankah sudut pandang seperti ini lebih baik, berbanding apabila kita hanya memfokuskan soal duit semata-mata?

 

Apa pun, jadikan sales yang pertama itu sebagai satu batu loncatan untuk anda terus maju ke depan. Buat lagi banyak jualan dan teruskan menjual.

Ingat bagaimana perasaannya.

Ingat bagaimana step step nya.

Ingat bagaimana energi yang dibawa bersamanya.

… dan ulang semula untuk dapatkan jualan yang seterusnya.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 16 comments… read them below or add one }

onlajer June 12, 2015 at 6:38 pm

Semakin aktif ya bro ini dengan syarikat telco

Reply

zool June 13, 2015 at 9:30 pm

terbaek.
tapi bila dapat sales pertama jangan berpuas hati..
kena ada target untuk dapat yang lebih baik untuk yang kedua dan seterusnya

Reply

kak yatiadam June 13, 2015 at 10:14 pm

tahniah…teruskan usaha…

Reply

azam mohd June 13, 2015 at 10:56 pm

sale pertama ni macam cinta pertama la kot. yang pertama la selalunya memberi semangat membara..hihi

Reply

sabree hussin June 14, 2015 at 9:47 pm

Sebab tu, bila dah dapat sales pertama, time semangat tengah up, terus buat marketing untuk dapatkan sales yang ke seterusnya

Reply

apdm1 June 14, 2015 at 12:29 am

betul, nak dapat satu sales memang susah.

tapi bila dah dapat, memang sengih aje la.

Reply

sabree hussin June 14, 2015 at 9:47 pm

okeh jangan sengih sorang-sorang lama-lama

Reply

Noriza Rahman June 14, 2015 at 3:01 pm

Sangat setuju..sales pertama pemangkin semangat diri

Reply

musadun June 14, 2015 at 11:02 pm

yang pertama juga penting untuk mendapatkan feedback dari customer. feedback tu berguna utk dptkan customer yg seterusnya pula.

Reply

MDHAFiZ.NET June 15, 2015 at 10:08 pm

semakin maju..

Reply

abdfatah June 20, 2015 at 1:06 pm

sales pertama memang susah namun ia adalah semangat juang kpd sales yang akan datang…

Reply

sabree hussin June 24, 2015 at 11:12 am

Yeah tepat sekali

Reply

BESTMobile Malaysia June 22, 2015 at 5:50 am

sales pertama memang susah nak dapat, tp kalau dah dapat terus tingkatkan moral untuk terus buat

Reply

sabree hussin June 24, 2015 at 11:11 am

Yup betul tu. Sebab tu bila dah dapat sales yang pertama, jangan bertangguh lagi. Teruskan buat banyak-banyak sales lagi lepas tu

Reply

seri August 23, 2015 at 2:29 pm

taniah la , semoga berjaya dlm bidang simcard ni…

Reply

sabree hussin August 23, 2015 at 10:26 pm

Alhamdulillah, terima kasih puan seri

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: