Salah faham tentang cara buat duit dengan jobdirumah

by sabree hussin on July 15, 2015

in Jobdirumah

Konsep buat duit dengan jobdirumah sebenarnya mudah dan ringkas sahaja. Walaubagaimanapun, ramai juga sebenarnya yang salah faham dengan cara sebenar bagaimana nak buat duit dengan jobdirumah.

 

Kalau kita perhatikan laman web utama jobdirumah, semua informasi telahpun diberikan secara terperinci.

jobdirumah_com_utama

 

Tiada satu informasi pun yang tertinggal ataupun yang disembunyikan. Saya percaya, jika anda ambil masa sekurang-kurangnya 15 – 20 minit untuk membaca satu per satu apa yang dipaparkan di laman web utama Jobdirumah, anda dah boleh agak… apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah dan bagaimana ia dapat bantu anda untuk jana lebih banyak pendapatan tambahan.

 

Ramai orang mempunyai mindset dan cara bekerja yang salah dengan Jobdirumah. Tak kiralah sama ada mereka ini baru nak join, sudah join atau masih belum join lagi. Ada antara mereka yang beranggapan, bekerja dari rumah adalah suatu shortcut untuk mereka jana kekayaan dengan lebih mudah.

 

Tidak. Ia bukan begitu.

 

Bekerja dari rumah ada cabarannya yang tersendiri. Dalam konteks jobdirumah pula, mereka berperanan untuk mengajar anda cara-cara untuk mendapatkan kerja-kerja yang sah dan akan membayar anda dengan jumlah yang sepatutnya apabila anda berjaya siapkan sesuatu pekerjaan.

 

Ada banyak pekerjaan yang menipu dan scam di internet

Ini adalah satu realiti. Ada banyak, dan mungkin terlalu banyak pekerjaan yang diiklankan di internet rupa-rupanya adalah suatu penipuan semata-mata.

 

Anda sama ada akan lalui pengalaman-pengalaman seperti berikut apabila dah tersalah pilih pekerjaan yang menipu, antaranya

1. Anda tidak akan menerima sebarang bayaran walaupun anda dah siap lakukan pekerjaan

 

2. Kerja anda lebih kepada bentuk mempromosikan sesuatu program

 

3. Anda bukan sahaja bekerja secara percuma, malahan anda membantu pihak penipu menipu lebih banyak orang lain untuk jadi penipu macam anda

… dan banyak lagi.

 

Dalam perkongsian pada kali ini, saya ingin bawa anda untuk melihat antara salah faham yang kerap sangat berlaku dalam kalangan ahli-ahli mahupun mereka-mereka yang baru merancang untuk menyertai Jobdirumah.

 

(1) Bekerja dari rumah sangat mudah

Ini adalah salah faham yang sangat kritikal yang kerap berlaku dalam kalangan ahli berdaftar dengan jobdirumah. Mari saya tunjukkan testimoni dari ahli lain yang dah berjaya meraih pendapatan dengan bantuan pihak jobdirumah.

 

komen_ahli_jobdirumah

 

Jarang saya lihat, mana-mana laman web yang mempromosikan sesuatu mengakui atau memaparkan testimoni dari ahli-ahli yang mengatakan nak buat duit memang SUSAH. Namun berbeza dengan jobdirumah, realitinya memang susah sebenarnya nak buat duit dengan cara bekerja dari rumah. Tiada siapa yang mengatakan nak buat duit sebagai seorang pekerja bebas (freelancer) itu mudah.

 

Hanya orang yang mempunyai mindset yang salah sahaja yang akan anggap bila dah join jobdirumah ni, mereka akan dengan mudah dapat buat banyak duit. Sebenarnya ia bukannya begitu.

 

Walaupun anda mempunyai pilihan untuk buat seberapa banyak pekerjaan yang anda mahu dan mampu, namun setiap pekerjaan tersebut memerlukan anda mempunyai skill dan kemahiran tertentu, bergantung pada apa jenis pekerjaan yang diiklankan. Kalau anda tak punyai skil yang diperlukan, kerja yang bagi orang lain sangat mudah, akan terasa sangat susah juga.

 

(2) Bila dah join Jobdirumah, anda akan bekerja dengan Jobdirumah

Sebenarnya bukan begitu. Malahan, anda TIDAK AKAN bekerja dengan jobdirumah.

 

testimoni_jobdirumah2

 

Perhatikan testimoni yang diberikan oleh Jamie, salah seorang ahli jobdirumah, kata beliau

Jobdirumah ni bukan pemberi kerja. Dia bagi kita ilmu, cara mcmana nak dpt kerja. AMATLAH PENTING baca tutorial dia banyak kali sampai faham. Ikut bebetul. in shaa Allah.

 

Satu-satunya cara untuk anda bekerja dengan pihak jobdirumah adalah dalam bidang jualan. Maksud saya, anda perlu mendaftar untuk jadi ejen jualan yang membantu pihak pengurusan jobdirumah untuk mendapatkan pelanggan yang berminat untuk membeli Panduan Jobdirumah ini.

 

Antara bekerja dari rumah dengan menyiapkan tugasan-tugasan dari majikan dengan menjadi ejen jualan yang mempromosikan produk panduan Jobdirumah, mana satu yang anda lebih gemari?

 

Kalau saya, saya lebih berminat untuk jadi ejen jualan. Segala latihan dan pengalaman yang pernah saya lalui kebanyakkannya adalah untuk melatih saya untuk jadi seorang ejen jualan.

 

contoh_kerja_jobdirumahJika untuk mereka yang kurang minat nak melibatkan diri dalam bidang jualan juga tiada masalah.

 

Anda boleh fokus sahaja untuk buat duit dengan menyiapkan projek-projek yang di tawarkan oleh pihak majikan.

 

Di ruangan ahli jobdirumah juga ada disediakan enjin carian ataupun search engine yang fungsinya khusus untuk mencari senarai kerja kosong yang ditawarkan dan masih available dalam satu-satu masa.

 

Seperti yang anda boleh lihat di sebelah kiri ini, kerja-kerja adalah meliputi bidang-bidang seperti Admin support, Design & Multimedia, IT & Programming, Sales & Marketing, dan Writing & Translation.

 

Kerja kosong yang ditawarkan ada terlalu banyak, cuma bergantung kepada kita sama ada kita ni ada kemahiran dan skil untuk mendapatkan dan menyiapkan kerja tersebut ataupun tidak.

 

(3) Daftar dan tinggal

Ini satu masalah yang agak serius. Anda tak akan dapat sebarang duit, kalau selepas dah join Jobdirumah, anda tinggalkan laman web tersebut dan tak buat sebarang tindakan. Jobdirumah bukannya satu program buat duit yang hanya memerlukan anda daftar sebagai ahli kemudian tinggal.

 

TIDAK.

 

Jobdirumah lebih mirip kepada konsep portal pendidikan dimana anda perlu pelajari dan fahami setiap yang diajarkan, kemudian anda terus praktikkan. Barulah anda ada peluang untuk buat duit dengan bantuan program ni.

 

Baiklah, ini hanya sebahagian sahaja salah faham yang kerap berlaku melibatkan jobdirumah dan bagaimana nak buat duit dengan jobdirumah. Sebelum ini pun saya pernah tulis mengenai topik ini. Anda boleh baca artikel saya sebelum ini yang berjudul

Baca: 7 Salah faham mengenai program Panduan Jobdirumah

 

Saya doakan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan segala persoalan yang bermain dalam fikiran anda mengenai jobdirumah dapat dijawab.

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: