Artikel review tentang Sistem Jualan PRO oleh Rahman Basri ini saya tulis semula setelah 4 bulan menjadi pengguna bagi produk ini.
Dalam masa 4 bulan ini, boleh kata ada banyak perubahan yang telah berlaku dan In Shaa Allah akan saya kongsikan satu per satu menerusi blog post ini.
Semoga melalui perkongsian ini, anda dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang tepat sama ada produk ini sesuai untuk melonjakkan lagi pendapatan online anda ataupun sebaliknya.
Saya join SJP sebagai premium member pada 08 November 2013. Anda boleh lihat salinan resit pembelian yang saya sertakan diatas ni.
Jumlah yang saya perlu bayar untuk dapatkan ilmu-ilmu pemasaran online menerusi SJP ini adalah sebanyak RM247. Bukan murah.
Sistem jualan pro (SJP) ini juga antara produk informasi paling mahal yang pernah saya beli.
Saya ambil keputusan untuk beli pakej pembelajaran ini bukanlah sebab saya ada duit atau sebab saya ada banyak duit.
Ia bermula dengan satu kesedaran. Saya sedar yang saya ada banyak sangat benda yang saya tak tau tentang pemasaran dan bisnes online.
Apa yang saya biasa buat selama ini, dalam konteks pemasaran online hanya mampu hasilkan income sekitar RM300 – RM500 sahaja setiap bulan. Maksudnya, kalau saya nak dapatkan income yang lebih besar dari itu, saya perlukan ilmu baru.
… dan saya nampak SJP menawarkan peluang untuk saya upgrade diri saya dengan ilmu baru.
Apa yang anda akan perolehi dengan pelaburan sebanyak RM247 menerusi pakej Sistem Jualan PRO?
1. Video Tutorial Affiliate
Klik sini jika ingin beli secara berasingan –> Video Kursus Affiliate
Video ini merupakan video pembelajaran step by step macam mana nak buat duit menerusi affiliate program.
Sesuai untuk mereka yang tak ada basic langsung hinggalah untuk mereka yang cuma tahu sikit-sikit tentang pemasaran affiliate.
2. Ebook Tutorial Teknik Split Affiliate
Ebook ini juga menerangkan teknik untuk memasarkan produk affiliate.
Bezanya ialah ia menerangkan bagaimana untuk memasarkan dua atau tiga produk affiliate dalam satu-satu masa dan masih lagi berjaya jana pendapatan yang lumayan.
3. Video Tutorial Kumpul List Cara Premium
Video ini menerangkan teknik untuk mengumpul list pelanggan dan prospek dengan cara yang pantas.
Memandangkan ini adalah teknik premium, bermakna, ada kos yang perlu dikeluarkan bagi menjalankan teknik ini. Saya dah pun tonton video ini, dan step by step dah diterangkan dalam video ini.
Kalau nak tau macam mana step dia, silalah tonton video tersebut.
4. Video Kajian Kes Jualan Di Facebook
Video ini memang bagus untuk mereka yang memang langsung tak ada idea macam mana nak buat jualan di FB.
Dalam video ini, Rahman Basri telah menunjukkan contoh, beserta langkah demi langkah bagaimana beliau hasilkan jualan di FB.
Apa yang saya perhatikan, majoriti produk yang ingin dipasarkan menerusi medium FB ini sesuai untuk ikut langkah-langkah yang dah ditunjukkan.
Ingat, FB adalah laman sosial, bukan laman jualan. Jika anda menggunakan pendekatan yang salah, anda pasti tak akan berjaya hasilkan sebarang jualan di FB.
5. Pakej Sistem SMS Automasi Jualan
Pakej ini lebih sinonim dengan sms marketing.
Saya tak pernah gunakan sistem ini, sebabnya saya lebih banyak buat marketing menggunakan medium
–> Facebook (termasuk FB group dan Fan page)
–> Blog
–> Pemasaran emel
Jadi untuk pakej ini saya tak boleh nak komen banyak sebab saya sendiri tak gunakan sistem ni.
Dari segi teknikal dan penggunaan, sistem sms ini bagus untuk automasikan sistem reply. Contohnya macam ni, dalam laman jualan produk, kita boleh nyatakan ayat berikut
Sila SMS kod SJPPOWER dan hantarkan ke 017 254 3031
Apabila prospek hantar sms macam tu, sistem ini secara automatik akan balas sms yang dihantar oleh prospek itu tadi.
6. Sistem Buat Duit Pantas
Setiap ahli berdaftar SJP akan dijemput untuk sertai program affiliate yang memasarkan produk SJP ini.
Komisyen yang ditawarkan adalah komisyen 2-tier.
Komisyen level pertama adalah sebanyak RM100,
Manakala komisyen untuk level kedua ialah sebanyak RM50
Perhatian : Program affiliate hanya ditawarkan kepada pembeli SJP sahaja.
Bonus Tambahan
Koleksi ebook dan video tutorial beserta lesen MRR (Master Resale Right) dan PLR (Private Label Right) yang boleh dijual semula
Kesemua sekali ada lebih 90 produk
Kesemua ebook kat atas ini memang biasa saya nampak di jual sama ada di group-group mahupun di Fan Page.
Harga pelbagai. Ada yang jual dengan harga RM100, RM50 dan ada juga yang jual dengan harga serendah RM30.
Jika dapat jual RM30 sebanyak 10 unit, itupun dah untung RM300
Akhir sekali ialah group support untuk para pembeli.
Kat dalam group ni, pembeli boleh tanya apa sahaja tentang SJP.
Dengan syarat anda tanyalah soalan yang tepat. Kalau setakat nak tanya soalan yang jawapannya semua dah ada dalam pakej SJP… hmm saya tak rasa ada orang yang akan layan pertanyaan anda tu nanti.
Baiklah, dalam artikel akan datang, saya akan kongsikan pulak macam mana nak buat duit dengan Sistem Jualan PRO.
Artikel ini nampak dah jadi terlalu panjang pulak 🙂
Untuk sertai sistem jualan PRO, anda boleh ke layari –> Sistem Jualan PRO
profhariz says
Banyak betul sistem jualan sekarang ni ya.
Nahli says
Saya belum pernah buat duit sendiri lagi jadi masih teragak-agak untuk beli benda mahal macam ni…
sabree hussin says
Beli benda mahal ni kebaikkan dia ialah ia akan push kita untuk buat dengan lebih serius 🙂
Fman says
so cmna bos, selama 4 bulan dh brapa RM generate dri sistem affialiate?
rasa tkut x berbaloi plk belanja rm247. hihi
sabree hussin says
Artikel ni artikel tahun 2014 la tuan Fman. Saya pun dah tak ingat berapa yang saya dah dapat untung dari sistem ni.
lagi satu, sekarang ni SJP dah masuk versi 3.0 dan harganya pun dah dikurangkan.
NUR SYAHIERA GHAZALI says
Saya dah daftar tapi blur perlu buat apa selepas itu?Boleh bantu saya?
sabree hussin says
Ini program untuk buat duit online. Kalau sekadar daftar, memang akan blur. Kena join sebagai ahli, buat bayaran yuran, akan dapat modul latihan dan praktikkan.