Realiti kehidupan apabila bekerja dari rumah

by sabree hussin on November 1, 2015

in Bekerja dari rumah

“Apa yang seronoknya dengan bekerja dari rumah?”

 

Bekerja dari rumah sebenarnya bukanlah pilihan PERTAMA mahupun matlamat UTAMA saya. Tidak. Seperti kebanyakkan orang lain, saya juga bermula dengan bekerja dengan orang lain dan bekerja di syarikat swasta. Tak pernah pun sebenarnya saya masukkan dalam catatan matlamat dan impian saya untuk jadi seorang freelancer yang bekerja dari rumah.

 

Serba sedikit pengalaman bekerja

Dari zaman saya sekolah rendah lagi, saya dah mula belajar macam mana nak cari duit dan bekerja. Waktu tu, salah seorang abang ipar dapat tender jual kuih dekat kantin di Shah Alam. Waktu malam saya akan tolong buat kuih. Alhamdulillah, dapat upah. Bila dah habis tender, maka saya pun hilang pekerjaan.

 

Kemudian bila masuk sekolah menengah, saya buat kerja part time di dua tempat. Pertama, kat kilang memproses tanah hitam untuk tanaman dan kedua kat kedai runcit. Dua-dua tempat ni milik abang ipar saya. Fokus pada masa tu, kerja sebab nak beli handphone. Bila dah dapat handphone, maka that’s it. Berhenti kerja.

iklan_FBAds_rugi

 

Habis tingkatan 5 saya mula merantau ke Kuala Lumpur. Kerja part time kat kedai baju FOS (Factory Outlet Store) di Berjaya Time Square. Masa tu tahun 2005, outlet dibukak di level Lower Ground Floor. Dapatlah serba sedikit pengalaman dan pemahaman macam mana cara hidup kat KL.

 

Lepas habis matrikulasi kat Melaka, saya datang balik FOS dan kerja kat sini lebih kurang dalam masa 4 – 6 bulan. Sementara tunggu nak masuk ke UiTM. Sebab dah kenal dengan bos, jadi agak senang nak masuk balik ke sini.

 

Satu hari, saya terfikir sendiri… macam manalah agaknya kalau dapat jadi executive. Berbaju kemeja, tali leher dan sesekali mengenakan kot. Mungkin segak… agaknyalah. Cukup jauh beza dengan situasi saya, yang memakai t-shirt kerja dan seluar slack.

 

Kemudian selepas 3 – 4 tahun di UiTM, saya buat praktikal. Sekali lagi saya kembali ke Berjaya Times Square. Cuma bezanya kali ni bukannya untuk buat praktikal di kedai baju, tetapi di bahagian Corporate Service and Information department. Singkatan bagi CSI. Enam bulan praktikal, menimba pengalaman dan berkenalan dengan satu dunia baru yang tak pernah terlintas untuk saya lihat sebelum ni.

 

Habis praktikal, saya ditawarkan bekerja sebagai permanent staff. Saya terpaksa TOLAK dengan beberapa alasan. Waktu tu, bahasa Inggeris saya sangat teruk, terutama sekali untuk pertuturan. Jadi, saya mintak kerja kat outsource company, Scicom MSC Berhad sebagai pegawai perhubungan pelanggan (customer service executive).

 

Kerja 6 bulan pertama, lidah dah rasa macam lidah orang putih. Hari-hari kena speaking London, Aussie, American dan Singaporean slang, sedikit sebanyak dapatlah improve penguasaan bahasa Inggeris.

 

Matlamat dah tercapai. Saya kerja kat sini sebab nak improve penguasaan bahasa Inggeris. Itu sahaja. Dengan gaji mati RM2,000 sebulan (tolak EPF Socso, bakinya tinggal RM1,700) tak banyak yang saya boleh capai. Masa ni saya dah mula rajin membeli produk-produk informasi yang mengajar macam mana nak bekerja dari rumah dan buat bisnes internet.

 

Salah satu yang saya beli waktu tu ialah Panduan Jobdirumah yang sampai ke hari ini masih lagi memberi komisyen kepada saya.

jobdirumah_com_utama

 

Hampir dua tahun kerja kat sini, saya dapat job offer untuk kembali ke syarikat Berjaya Corporation Berhad. Jawatan sebagai Corporate Executive yang antara tugasannya adalah untuk menjadi perantara dan pemudahcara antara company (Berjaya) dengan badan kerajaan dan juga syarikat swasta lain.

 

Tak sampai setahun, saya mula mereka-reka alasan untuk RESIGN dari syarikat ni.

 

Dunia ni TAK SESUAI untuk saya. Saya tak boleh hidup dalam dunia korporat macam ni. Senang cerita, saya TAK NAMPAK masa depan yang cemerlang dan gemilang kalau teruskan disini. Kalau setakat nak repeat buat benda yang SAMA setiap hari, same old same old, maka Ya… saya boleh at least cuba untuk bertahan.

 

Kata hati saya… SAYA KENA BERNIAGA.

 

Cukuplah asyik berniaga untuk orang lain. Meniaga untuk diri sendiri pulak.

 

Then, saya berpakat dengan adik beradik dan mula kumpul modal untuk take over bisnes kedai runcit milik abang ipar saya yang dah mula merosot. Hingga ke hari ni, kedai runcit ni dah nak masuk tahun yang ketiga, dan masih lagi beroperasi seperti biasa.

 

Ia tak besar mana, tapi Alhamdulillah, hasilnya masih ada sampai ke hari ni.

 

Kemudian, satu hari saya merasakan dah sampai masanya untuk saya buat sesuatu yang lain daripada yang lain dan yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Satu persoalan timbul… bagaimana caranya nak menyumbang kepada masyarakat? Apakah cara yang TERBAIK dan yang sesuai mengikut kapasiti kami?

 

Maka tak lama lepas tu, tertubuhlah kelab yang diberi nama Kelab Generasi Warisan Prihatin. Menerusi kelab ini, kami dekati golongan muda dan kanak-kanak terutama yang masih bersekolah. Kita adakan program-program berbentuk motivasi, shopping kelengkapan sekolah dan sumbangan amal, supaya mudah-mudahan dengan usaha kecil ini dapat memberi impak kepada golongan muda agar dapat menjadi masyarakat yang berguna, cintakan ilmu dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

 

Hari ini, saya dah tak terlibat secara langsung dalam perniagaan kedai runcit ni. Dari segi pengurusan saya serahkan kepada adik beradik saya yang lain. Ikut giliran, dan bagi semua orang rasa. Mungkin, lagi dua atau tiga tahun lagi, giliran saya akan muncul sekali lagi untuk uruskan bisnes ni.

 

Income dari kedai runcit saya masih terima sampai hari ini walaupun saya dah tak uruskan secara langsung. Saya anggap ia sebagai income pasif sahaja. Jika ada rezeki, mudah-mudahan rezekinya berkat dan berpanjangan.

 

Sebab tu, saya amat menitik beratkan aspek penjanaan pendapatan pasif. Selain nak cari pendapatan aktif, pendapatan pasif WAJIB ada. Itu sebab saya buat bisnes simkad. Terbaru saya buat OneXOX. Orang tak nak join saya? Tak apalah… saya cari orang yang nak join. Mungkin orang tak nak join sebab dia rasa masih belum ada keperluan. Tetapi bagi saya, saya WAJIB join.

 

Lagi 3 – 4 tahun saya akan masuk usia 30 an. Tak kan nak tunggu waktu tu baru terhegeh-hegeh nak cari pasif income. Dah terlalu lewat kalau macam tu.

 

Baik. Itu selingan. Ada yang sangka, saya memang lepas habis belajar memang cuma tau bekerja dari rumah semata-mata. Oh tidak. Saya juga pernah belajar secara first hand pengalaman bekerja dengan orang. Dari situ, barulah saya boleh apply dalam kehidupan dan persekitaran kerja saya sekarang ni.

 

Bekerja dari rumah bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Cabarannya sangat banyak. Aspek duit yang akan selalu jadi isu utama. Kadang-kadang tu, bukannya sebab tak tau macam mana nak cari duit, tetapi sebab tak tau, nak pilih peluang yang mana satu untuk dijadikan pilihan utama untuk buat duit.

 

Ada terlalu banyak pilihan dan cara untuk buat duit. Kadang-kadang, kita sendiri yang akan keliru. Itu belum kira kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan akibat tersalah buat keputusan. Bila semua peluang yang dihidangkan kat depan mata kita, sikap tamak akan mula menguasai diri dan mengaburkan pandangan mata kita.

 

Bukanlah saya nak kata, sifat tamak tu tak bagus. Tamak ni ada kebaikkannya. Salah satunya ia akan buatkan kita sentiasa jadi orang yang produktif dan selalu nak cari peluang-peluang baru untuk diterokai. Tapi itu la… kadang-kadang tersilap langkah jugak.

 

Realiti kehidupan apabila bekerja dari rumah?

Ianya suatu yang mencabar. Tak kiralah sama ada anda adalah seorang lelaki atau perempuan. Akan tiba satu masa dalam hidup anda nanti, jika anda telah berkeluarga, perlu ada salah seorang dari anda ataupun pasangan anda perlu berhenti kerja dan jaga dan urus keluarga.

 

Terutamanya zaman sekarang ni.

 

Kita tak boleh sewenang-wenangnya letakkan sepenuh kepercayaan kepada baby sitter mahupun pihak sekolah untuk menjaga dan mendidik anak-anak kita. Cabaran hidup sekarang sebenarnya lebih getir berbanding 10 – 20 tahun dulu. Dulu mana ada media sosial. Sekarang ni zaman anak-anak kita, dan generasi muda kita asyik dengan handphone.

 

24 jam mereka di serang oleh pelbagai dakyah, manifesto dan agenda jahat musuh-musuh Islam. Mereka (musuh-musuh Islam) mahukan generasi muda kita rosak diperingkat awal lagi. Kan peribahasa pun ada sebut, melentur buluh biarlah dari rebung.

 

Kalau anda sangka, anak-anak anda akan membesar dengan baik, suci dan murni sama seperti anda, yang masa anda membesar dulu, mana ada handphone, tak ada wechat, FB, Instagram, Twitter dan tumblr, maka anda silap sama sekali…

 

Ok nampak macam dah lari jauh.

 

Saya tak tau orang lain. Cuma pada pendapat dan pandangan saya, bila bekerja dari rumah ni, kita ada masa untuk berfikir luar dari kebiasaan dan keluar dari kepompong kelaziman. Kita terkeluar dari sistem dan rutin harian dan proses doktrin yang perlu kita lalui saban hari.

 

Pukul 9.00 punch card, pukul 1.00 – 2.00 lunch hour, dan pukul 6.00 punch card lagi sekali. No no… rutin tersebut tak terpakai pada orang-orang seperti kami.

 

Eh suka hati kami la nak keluar makan pukul berapa. Nak start kerja pukul berapa dan nak stop buat kerja jam berapa-berapa sekalipun.

 

Tak apa… cerita ni, nanti saya hurai dengan lebih panjang lagi. Mungkin daripada apa yang saya kongsikan, anda boleh buat penilaian sendiri, adakah kerjaya dari rumah sesuai untuk anda. Mungkin anda akan dapati, inilah sebenarnya cara kerja dan cara hidup yang anda cari-cari selama ini.

 

Mungkin juga keputusan paling tepat adalah anda lupakan sahaja hasrat nak bekerja dari rumah dan teruskan sahaja dengan kerja-kerja anda sekarang ni.

 

Apa pun, terima kasih kerana membaca dan In Shaa Allah, ini adalah salah satu topik yang akan saya kembangkan dan kongsikan dengan lebih meluas lagi dalam blog ni ya.

 

Wallahua’lam

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: