Program “Masih Ada yang Prihatin” – 24 Jam Terakhir Sebelum Program

by sabree hussin on December 5, 2014

in Generasi Warisan Prihatin

Jumaat, 05 Disember 2014.

Pejam celik pejam celik, akhirnya hampir tiba jugak program yang dirancangkan. To be exact, esok adalah harinya. Tak pasti program apa yang saya maksudkan?

Ini dia, Program Masih Ada Yang Prihatin – Program Kelab Generasi Warisan Prihatin di Sg Besar.

Terima kasih. Terima kasih yang tak terhingga.

Terima kasih buat para penyumbang yang sudi untuk memberi dana untuk menjayakan dan merealisasikan hasrat kami untuk mengadakan program bersama penduduk Sg Besar.

Terima kasih juga buat ahli Kelab Generasi Warisan Prihatin yang gigih dan proaktif serta memainkan peranan yang aktif bekerja dibelakang tabir bagi menjayakan program ini.

Terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk kami meneruskan usaha ini. Antaranya

Saudara Zool dari blog Liga Kampung

generasi_warisan_prihatinO1

Saudara Azuan dari blog Myrujukan

generasi_warisan_prihatin_myrujukan

 

 

Saudari Aishah Ahmad dari blog Vitamin Si Cilik

generasi_warisan_prihatin_aishah

 

Saudari Ummi Hanie

generasi_warisan_prihatin_ummie

 

Saudara Its maey dari blog Ismail Ahmad

Copy of generasi_warisan_prihatin_ummie

 

Sebenarnya ada banyak lagi komen-komen yang menarik yang anda boleh baca disini.

 

Jujur saya katakan, program seperti ini, walaupun banyak menerima sokongan dan galakkan dari rakan-rakan, namun sebenarnya cabaran nak menjayakan program seumpama ini sangat besar.

Terus terang saya kata, bukan semua orang suka bila kita buat kerja-kerja macam ni.

Itu belum lagi ambil kira anasir-anasir luar yang cuba untuk memburuk-burukkan program dan kelab kami ini. Memberi tuduhan yang bukan-bukan kepada kerja amal yang kami lakukan.

Apa pun semua tu kita terima sebagai cabaran.

Kalau buat benda baik, tak ada tentangan, tak ada halangan, maksudnya tak cukup baik la tu program yang nak dijalankan.

Apa pun, semua ini adalah rezeki penerima sumbangan. Bila dah sampai masa dan ketikanya, pasti rezeki tu akan sampai juga kepada pihak yang sepatutnya.

Tak akan ada yang mampu halang.

Semuanya berlaku atas ketentuan dan kekuasaan Allah.

In Shaa Allah nanti saya akan update lagi mengenai program ini selepas program ini tamat 7hb Disember 2014 nanti.

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

blogger lelaki December 5, 2014 at 7:17 pm

semoga berjaya bro dengan program yang baik macam nie

Reply

sabree hussin December 6, 2014 at 12:12 am

Terima kasih banyak-banyak blogger lelaki 😀

Reply

Anuar December 6, 2014 at 7:49 am

Program masih ada yang Prihatin ni masih berjalan lagi rupanya.. Saya ingat dah habis… Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.. Saya pun ada juga buat program macam ni pada minggu depan… Tapi sasaran kami pada pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga yang susah sahaja.. Ada satu kawasan dah dikenal pasti… In Shaa Allah, minggu depan kami akan mengunjungi mereka..

Reply

sabree hussin December 6, 2014 at 1:04 pm

Hari ni baru nak mula tuan Anuar 😀 sedang bersiap-siap nak bertolak ke Sg Besar.

Pengisian pertama akan bermula selepas solat Maghrib nanti, iaitu majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Reply

Alongxp December 9, 2014 at 11:02 pm

all the best bro…

Reply

sabree hussin December 10, 2014 at 11:45 am

Terima kasih ALongxp, Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: