Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar

June 4, 2016 by sabree hussin 8 Comments

“Jika anda dibayar sebanyak RM5.00 untuk setiap lead yang anda berjaya perolehi, adakah anda akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk hasilkan lebih banyak duit dalam program affiliate Pay Per Lead ini?”

 

Apa beza antara program affiliate Pay Per Lead (PPL) dengan Pay Per Sale (PPS)? Ini bezanya:

PPL: Anda akan dibayar komisen sekiranya terdapat prospek yang mendaftar masuk ke dalam sistem database yang disediakan oleh pihak pengendali program. Tujuan prospek mendaftar masuk ke sistem database boleh jadi disebabkan kerana ingin dapatkan maklumat lanjut, ingin download hadiah percuma, kupon diskaun dan sebagainya.

Prospek tersebut TAK PERLU buat sebarang pembelian.

 

PPS: Anda hanya akan dibayar komisen sekiranya prospek yang anda bawa masuk MEMBUAT PEMBELIAN. Jika prospek tersebut tidak membuat sebarang pembelian, maka tiada sebarang komisen yang akan diberikan.

 

Apa BUKTI yang program affiliate Pay Per Lead ini akan membayar sebanyak RM5.00 untuk setiap lead yang berjaya diperolehi? Ini dia buktinya:

program-affiliate-payperlead-malaysia

 

Seperti yang anda boleh lihat, pada jadual diatas adalah senarai lead yang berjaya saya perolehi. Untuk setiap lead yang saya perolehi, saya dibayar RM5. Jika anda perasan, ada juga yang mencatatkan bayaran sebanyak RM0.00

 

Maksudnya?

Lead yang saya perolehi tidak menepati kehendak pengendali program.

 

Lazimnya, program affiliate jenis Pay Per Lead, mereka inginkan lead atau prospek yang bakal menjadi pembeli. Bermula dengan prospek melakukan pendaftaran secara PERCUMA terlebih dahulu, kemudian pihak pengendali program akan menghubungi prospek tersebut menerusi beberapa siri emel promosi, dengan harapan prospek tersebut akan melakukan pembelian.

 

Walaubagaimanapun, untuk program affiliate Pay Per Lead yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia ini, sasaran mereka adalah untuk mendapatkan ejen affiliate.

 

program-affiliate-involve-asia

Seorang ejen affiliate yang diperolehi mungkin tidak akan membuat sebarang pembelian produk menerusi pihak Involve Asia. Jadi, ini bukan caranya bagi pihak Involve Asia untuk cover semula kos pemasaran mereka.

 

Namun apabila difikirkan semula, sebenarnya seorang affiliate, yang betul-betul serius nak buat duit, pastinya akan berikan lebih banyak keuntungan kepada pihak Involve Asia. Seorang affiliate yang serius, akan terus menerus membuat kerja-kerja pemasaran dan seterusnya akan memberi lebih banyak keuntungan berbanding prospek jenis one time buyer.

 

Anda berminat nak sertai program affiliate Pay Per Lead ini?

Klik sini untuk pendaftaran.

 

Proses pendaftaran sehingga berjaya memperolehi keahlian mungkin agak sukar. Anda perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali program, iaitu pihak Involve Asia.

 

Contohnya, anda perlu mempunyai laman web anda sendiri, dan anda juga perlu mempunyai bilangan pelawat atau trafik tertentu yang mengunjungi laman web anda. Jika bilangan trafik ke laman web anda terlalu sedikit, atau mungkin anda langsung tidak mempunyai sebarang laman web, boleh jadi peluang untuk anda menyertai program affiliate ini akan jadi sangat rendah.

 

Apa pun, cuba sahaja. Mungkin ada rezeki, ini peluang anda untuk buat duit menerusi platform Involve Asia ini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Program Affiliate Pay Per Click: Anda dibayar RM0.40 untuk setiap klik pada link affiliate anda
  2. Niaga Affiliate: Review program affiliate Pay Per Lead RM1.00 ~ RM2.00
  3. Jangan join Program Affiliate yang memaksa anda untuk buat BAYARAN
  4. Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan affiliate, buat duit dengan affiliate ppl, pay per lead malaysia, program affiliate pay per lead

Comments

  1. Anuar says

    June 6, 2016 at 9:49 am

    Bestnya…. Satu lead dapat RM5… Memang banyak tu…

    Reply
  2. titan says

    June 7, 2016 at 10:46 pm

    dah pernah dapat bayaran kali pertama dari diorang.

    kali kedua ni..lambat sikit la nak dapat.

    ramai yang yang dah join benda ni.

    Reply
  3. Wahab says

    June 8, 2016 at 3:51 pm

    Baru buat daftaran melalui laman ni. Harap masa cepat I akan jana duit dengan program Pay Per Lead ni.

    Reply
  4. Perawat Islam says

    June 9, 2016 at 10:49 am

    Sememangnya program affiliate ni dapat memberikan pulangan yang lumayan sekiranya strategi yang digunakan adalah tepat dan berkesan.

    Dalam dunia internet yang serba luas ni, saya yakin banyak je info-info tentang strategi bagaimana untuk berjaya dalam pemasaran affiliate boleh didapati.

    Tetapi apa yang lebih penting ialah kesungguhan seseorang tu untuk berjaya dan segigih mana pula usaha yang dlakukan. Bagi saya dalam perniagaan internet, apa sahaja modul bisnes yang dijalankan, inshaaAllah pasti berjaya.

    Saya memilih untuk membina perniagaan internet menggunakan kemahiran yang saya ada iaitu pengalaman saya merawat sihir. Disamping mempromosikan perkhidmatan rawatan, saya juga mempromosikan produk yang berkaitan.

    Apa pun saya sangat menyukai perkongsian tuan Sabree di blog beliau. Banyak info, terutamanya pemasaran dan program affiliate yang dikongsikan.

    Reply
  5. pelaburan emas public gold says

    June 10, 2016 at 3:57 pm

    assalamualaikum tn sabri, pertama kali jumpa dan baca tn sabree banyak info berguna berinformasi bagi cuba menjana pendapatan melalui blog seperti program affiliate ni…terima kasih…sebelum ni tak tahu pun apakah affiliate…ha ha

    Reply
    • sabree hussin says

      June 10, 2016 at 5:58 pm

      Waalaikumusalam, selamat maju jaya! Lepas ni boleh buat affiliate dan jana banyak-banyak komisen pulak ye 😀

      Reply
  6. Siti says

    November 7, 2017 at 4:11 pm

    sy baru je daftar, dah approve walau xde web / blog dsb nya..
    dalam usaha mencari2 ilmu berkenaan involvee asia, terjumpa blog tuan..
    terima kasih atas perkongsian, semoga bermanfaat utk org lain jgk.

    Reply
    • sabree hussin says

      November 7, 2017 at 9:28 pm

      Tahniah sebab berjaya dapat approval. Pemasaran menggunakan laman web atau blog hanya sebahagian dari banyak cara yang boleh digunakan. Kalau nak jadikan proses buat duit menjadi automatik, atau autopilot, saya syorkan gunalah blog.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in