Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku

by sabree hussin on September 30, 2015

in Pemasaran Affiliate

Akhirnya… program affiliate untuk para pencinta buku-buku telahpun dilancarkan di Malaysia! Ok mungkin cuma saya seorang sahaja yang lambat tahu tentang ini.

 

Saya perkenalkan, laman web bookcafe.com.my

buat_duit_dengan_bookcafe

Laman web ini memang tak asing lagi buat para pencinta buku. In fact, laman web ini pun sebenarnya telahpun beroperasi sejak tahun 2007 lagi. Pada awal-awal operasi laman web ini dulu, program affiliate masih belum ditawarkan. MUNGKIN… pada waktu tu pihak pengurusan masih belum lagi temui teknologi untuk mengintegrasi program affiliate dalam kempen jualan buku-buku di laman web mereka.

 

Tetapi sekarang nampaknya teknologi tersebut telahpun ditemui. Yeeha! (sila sebut dengan penuh rasa teruja)

 

Layari laman web bookcafe.com.my kemudian anda scroll down untuk melihat pautan ke page pendaftaran program affiliate.

program_affiliate_bookcafe

Lihat pada bahagian yang telah saya tandakan pada screenshot diatas. Klik pada program affiliate. Dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman untuk anda lakukan pendaftaran sebagai ejen affiliate.

 

daftar_program_affiliate_bookcafe

Klik pada signup Now untuk dapatkan akaun anda.

 

“Bagaimana program affiliate bookcafe beroperasi?”

Tak jauh beza dengan lain-lain program affiliate yang terdapat diluar sana. Anda akan dibekalkan dengan link affiliate dan bahan promosi untuk membantu anda mempromosikan produk-produk yang dijual dilaman web bookcafe,ย  dan apabila terdapat jualan menerusi link affiliate yang anda promosikan, anda akan dibayar komisyen.

 

Peratus komisyen pula adalah sekitar 5% – 7%. Standard percentage bagi program affiliate untuk produk fizikal.

 

Suatu situasi win win antara pemilik perniagaan (bookcafe), pelanggan dan juga ejen affiliate. Bookcafe dapat jual produknya, pelanggan dapat beli buku yang dimahukan, dan ejen affiliate macam saya pulak dapatlah peluang untuk buat duit dengan komisyen-komisyen affiliate.

 

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dengan bookcafe antaranya

1. Tawaran diskaun

Harga buku-buku yang dijual dilaman web ini biasanya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan dilain-lain tempat. Malahan untuk sesetengah buku, kalau kita beli kat kedai buku pun belum tentu boleh dapat harga serendah yang ditawarkan di laman web bookcafe.

 

2. Penghantaran percuma

Walaupun bukan untuk semua buku, tetapi pelanggan yang beli untuk satu jumlah yang agak besar akan layak penghantaran percuma. Anda kena semak sendiri di laman web bookcafe untuk tahu sama ada anda layak atau tidak untuk menerima servis penghantaran percuma.

 

3. Hadiah buku

Ada sebahagian tempahan yang akan diberikan hadiah percuma buku.

 

4. Buku yang rosak boleh diganti percuma

Terutama sekali kerosakkan yang berlaku semasa penghantaran. Jadi pelanggan tak perlu risau lagi tentang kualiti buku yang bakal perolehi.

 

Untuk pengetahuan anda, laman web bookcafe ni juga selalu buat promosi-promosi dan diskaun. Kena selalu semak untuk tahu apa promosi yang sedang dijalankan. Lagi banyak promosi dan tawaran diskaun, maknanya akan ada lagi banyak peluang untuk ejen affiliate buat duit dengan laman web ni!

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan laman web bookcafe!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 25 comments… read them below or add one }

Noriza Rahman October 3, 2015 at 8:07 am

Memang tengah mencari buku juga untuk anak-anak..mana tahu ada yang berkenan….

Reply

Adzrif Sidek October 3, 2015 at 10:23 am

wah tak sangka bookcafe guna platform iDevAffiliate. Menarik ! ๐Ÿ˜€

Reply

rujukan October 3, 2015 at 10:36 am

kalau hang perasan, kat Malaysia ni, kedai buku online yang bahasa melayu ada lebih kurang 3-4 yang hebat dan menarik. Dan aku pernah dan beberapa kali tanya PM kat Facebook mereka tanya pasal affiliate. Hampa kerana jawapan mereka ketika itu “belum lagi”. Bila dapat berita pasal bookcafe dah ada affiliate, terus aku join, hahhahaa. BUkan apa, kita kalau boleh nak meriahkan dunia affiliate dengan produk yang pelbagai. X mau lah asik ebook jer manjang. Skrg dah ada affiliate Lazada dan bookcafe, terbaikkkkkkkk

Reply

sabree hussin October 3, 2015 at 11:05 am

Betul tu bro. Tak boleh nak terlalu berharap sangat dengan ebook semata-mata, sedangkan affiliate daripada produk fizikal pun bila kaedah pemasaran dia betul, memang banyak boleh dapat. Lazada ni je aku masih pening-pening lagi macam kaedah terbaik nak promote sampai boleh jadi komisyen.

Eh zalora pun ada affiliate jugak!

Reply

rujukan October 5, 2015 at 10:47 pm

kalau nak lagi best, PM aku kat FB, nanti aku bagi link best. Dalam tu ada semua. Lazada zalora pun ada.. ๐Ÿ™‚

Reply

kak yatiadam October 3, 2015 at 5:58 pm

bagus ni… sesuai untuk semua lapisan masyarakat… senang beli buku.. jimat masa pula tu..

Reply

Noriza Rahman October 12, 2015 at 2:46 pm

Jimat masa kita kan kak..kalau bawa anak2 jenuh keliling kedai pun tak tahu yang mana diorang nak…

Reply

Sani October 3, 2015 at 6:49 pm

Menarik ni, nanti boleh usha dan tengok apa yang patut..

Reply

titan October 3, 2015 at 8:10 pm

dah lama join.

cuma tak berapa promosi je sekarang.

sibuk.

haha

Reply

Hero Borneo October 3, 2015 at 9:29 pm

benda macam nie yang saya tunggukan..jika tak dapat komisyen dan dapat pahala ilmu pun sangat bagus ..

Reply

Hajar Shikin October 3, 2015 at 10:49 pm

Selalu affiliate pasal ebook je. Affiliate bookcafe untuk produk fizikal pulak. Boleh cuba ni.

Reply

seri nian October 4, 2015 at 12:33 pm

wah bos. ni peluang terbaik, sy belum lg ni join mane2 alffiliate ni. mcm peluang best ni

Reply

Junaidy Jaimi October 5, 2015 at 2:27 am

petanda baik ni,nampaknya program affiliate semakin mendapat tempat di Malaysia..

Reply

Raihanah Ahmad October 5, 2015 at 9:24 am

peluang baik ni, kalau nak ambil peluang

Reply

Farid Laham October 5, 2015 at 2:08 pm

bagus aff ni mudahkan kita membaca dan buat duit ๐Ÿ™‚

Reply

mrhanafi October 5, 2015 at 6:12 pm

peluang terbaik untuk dapat income berganda..atau multi income

Reply

Ema October 7, 2015 at 1:08 am

Masih tak mengerti pasal affiliate ni.

Reply

wawa October 10, 2015 at 11:56 pm

affliate book cafe ni tak tipu kann?
siap mintak persoal details sekali.mohon penjelasan sebab pernah terkena.

Reply

sabree hussin October 11, 2015 at 12:13 am

Pernah terkena dengan apa?

Reply

Cik Dylah December 15, 2016 at 7:56 pm

terkena apa?

Reply

sabree hussin December 17, 2016 at 9:52 am

Tak tau la Cik Dylah. Orang yang komen kata pernah terkena tu dah senyap la pulak

Reply

Noriza Rahman October 11, 2015 at 3:52 pm

Buku pun boleh buat affiliate juga kan…

Reply

ohsempapa October 17, 2015 at 11:07 pm

Terbaik…ambe memang salah seorang pencinta buku. Boleh try nanti.

Reply

raihanah December 14, 2015 at 3:15 pm

boleh try la ni affiliate kan

Reply

abdfatah January 31, 2016 at 7:39 am

woww… dah ada affiliate laa… nak try promosi jugak laa bookcafe…

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: