Produk apa yang SENANG DAPAT JUALAN di Ashadee?

by sabree hussin on January 22, 2015

in Pemasaran Affiliate

Ini merupakan salah satu soalan WAJIB yang akan saya tanyakan pada diri saya sendiri sebelum mula mempromosikan mana-mana produk di laman web Ashadee.

Laman web ini memberi ganjaran kepada mana-mana internet marketer yang berjaya menghasilkan jualan. Saya juga adalah salah seorang ejen atau lebih dikenali dengan istilah affiliate bagi laman web tersebut.

Ini pula bayaran yang baru saya terima baru-baru ini dari pihak Ashadee.

komisyen_ashadee

 

Kat laman web Ashadee… ada produk yang murah, dan ada juga produk yang mahal harganya.

Kalau kita pilih produk yang murah harganya, komisyen yang bakal kita terima untuk setiap transaksi yang berlaku mungkin sedikit sahaja.

Walaubagaimanapun, jika kita fokus untuk mempromosikan produk yang mahal, masalah pada kita apabila prospek atau target pasaran kita tu pula yang tak mampu nak beli produk tu. Hmm… pening, kan? Lagipun, siapa kata buat duit kat laman web ashadee ni mudah?

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa indikator yang saya gunakan secara peribadi bagi memastikan produk yang saya pilih untuk promosikan tu terbukti berupaya untuk menghasilkan jualan. Nak tahu? Sila teruskan pembacaan.

.

..

Dalam konteks pemasaran produk affiliate di ashadee, saya telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 8 kriteria bagi mengetahui sama ada sesuatu produk yang bakal kita promosikan sebagai ejen affiliate bakal menghasilkan jualan ataupun tidak.

Ini antaranya

 

1) Produk yang mengajar cara-cara nak buat duit

Tak kisahlah sama ada nak buat duit secara online mahupun offline.

Kalau boleh kita semua nak tambah pendapatan. Sebaik-baiknya, kita mahukan satu kaedah penjanaan pendapatan yang tak perlu bersusah payah. Rasanya dah cukup kita berhempas pulas seharian di tempat kerja… tak kan bila dah habis kerja kita nak sambung balik dengan benda-benda yang lagi tambah memenatkan?

Dah tentu tidak.

Kita nak something yang lebih rileks.

Sesuatu yang kita boleh buat hanya menggunakan smartphone.

Instagram…

buat_duit_instagram

 

Satu lagi laman media sosial yang semakin meningkat naik selain facebook. Ok apa kata kalau lepas ni anda buat duit di instagram? Tak perlu jual apa-apa. Menarik bukan bunyinya?

[boleh klik sini untuk lihat produk]

Jadi, kriteria pertama yang patut anda berikan perhatian yang lebih ialah pilih produk yang mengajar cara bagaimana nak buat duit. Ok?

 

2) Produk yang bantu memudahkan orang buat duit

Kalau tadi, kita pilih produk yang khusus untuk mereka yang baru nak buat duit, kali ini kita lihat pula produk yang khusus untuk golongan yang memang dah sedia buat duit.

Mereka ini dah ada bisnes atau projek. Projek mereka pula dah sedia menghasilkan duit.

Namun satu je masalahnya, mereka tak ada sistem yang boleh bantu melancarkan perjalanan projek. Jadi, dalam kes ini, mereka sebenarnya memerlukan suatu sistem, tools, software ataupun panduan untuk memudahkan mereka urus tadbir bisnes mereka.

Saya ambil contoh produk software Instant Retargeter.

instant_retargeter_software

Produk ini sesuai untuk mereka yang memang dah ada bisnes dan yang dah tau macam mana nak jalankan bisnes tu.

Spesifik bagi golongan yang memang menggunakan kaedah pengiklanan berbayar FBAds. Individu seperti ini selalunya dah pun memiliki kemahiran menulis ayat iklan, tahu macam mana nak setting iklan dan sebagainya. Pendek kata, ini adalah produk untuk mereka yang memang dah tahu macam mana nak buat duit, dan pada masa yang sama, ingin memaksimumkan lagi pendapatan mereka.

Produk ini memang sesuai untuk mereka.

Anda juga kena tahu siapa target market anda. Produk ini memang tak sesuai bagi mereka yang tak ada pengetahuan langsung tentang FBAds. Jadi, walaupun produk ini bagus, jika ia disasarkan kepada golongan sasaran yang salah, ia juga akan jadi tidak berguna.

 

3) Produk yang dihasilkan untuk bantu SELESAIKAN MASALAH

Masalah berat badan?

Masalah kewangan?

Masalah kulit berjerawat dan jeragat?

Apa-apa masalah. Jika anda temui produk yang khusus untuk menyelesaikan masalah tertentu, OK. Produk seperti ini lazimnya memang boleh JUAL.

Dengan syarat…

 

4) Produk TERBUKTI BERKESAN

Salah satu cara untuk kita tahu sama ada produk tu TERBUKTI berkesan atau tidak ialah dengan melihat testimoni atau review pengguna terdahulu.

Sebab itu penting, jika anda ingin mempromosikan apa-apa produk, anda lihat dulu sama ada, ada review atau tidak untuk produk tersebut.

 

5) Produk tersebut buatkan anda sendiri RASA NAK BELI

Ada tak produk yang berjaya buatkan anda rasa nak beli?

Kalau anda terus beli pun bagus juga. At least anda sendiri boleh test drive produk tersebut sebelum anda mula nak promosikan produk tu.

Lazimnya, produk-produk di Ashadee yang saya promosikan adalah produk yang saya sendiri BELI untuk KEGUNAAN sendiri. Salah satunya ialah produk blogspot2minisite. Memang sangat berbaloi.

bina_laman_web_blogspot

Produk yang kita sendiri beli, kita sendiri guna lagi mudah untuk kita promosikan.

 

6) Produk yang dimiliki oleh individu yang TERKENAL dan berkredibiliti

Orang yang memang dah terkenal.

Individu yang kita tak perlu nak bersusah payah perkenalkan kepada orang ramai.

Ini contohnya

rahsia_pelaburan_emas

Kat Malaysia ni, saya percaya ramai yang kenal siapa Azizi Ali ni…

 

7) Produk tersebut ada ejen yang mempromosikannya secara aktif

Ini salah satu cara.

Logiknya… kalau produk tu tak bagus dan tak membuahkan hasil, buat apa orang susah payah nak promosikan produk tu? Kan buang masa tu namanya.

Seorang marketer, selalunya akan meluangkan masa untuk buat kajian sebelum memilih mana-mana produk untuk dipromosikan. Jadi, jika anda lihat ada ramai yang mempromosikan sesuatu produk, ini satu petanda sihat yang menandakan produk tersebut memang boleh jual.

 

8) Produk yang masih BARU dan FRESH!

Adakalanya saya juga akan memilih produk-produk yang masih baru untuk dipromosikan.

Aik…

Tadi kata pilihlah produk yang ada orang lain promosikan, tetapi kenapa sekarang kata pilih produk baru pulak?

Anda konfius ke?

 

Produk baru, lazimnya pasaran masih fresh. Kurang persaingan, dan ini membuka peluang anda seluas-luasnya untuk mempromosikan produk ini tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, anda janganlah main pilih je mana-mana produk. Kenalah ada buat serba sedikit kajian, dan lihat sama ada produk tersebut

1. Mengajar anda satu skil baru?

2. Mengajar cara buat duit?

3. Membantu memudahkan dan menyelesaikan masalah yang spesifik atau tidak?

4. Pemilik produk tu ada kredibiliti dan dikenali?

5. Ada testimoni untuk back up tawaran pemilik produk?

6. Bila anda baca laman jualan, ada rasa macam nak beli tak?

 

Nampak tak? Saya guna semula poin-poin yang saya bincangkan sebelum ini. Konsep dia sama.

.

..

Kadang-kadang masalah kita (termasuk saya) adalah terlalu fokus pada persoalan produk apa, sedangkan tak ada jawapan yang spesifik untuk soalan tersebut.

Apa tidaknya, kehendak dan kemahuan pasaran seringkali berubah-ubah. Jadi, tak wajar kita hanya memfokuskan pada satu-satu produk semata-mata. Pelbagaikan…

Apapun, lapan kriteria ini hanyalah sebagai panduan untuk anda memilih produk yang tepat untuk dipromosikan di laman web Ashadee.

Bila saya guna 8 kriteria ini, kesannya Alhamdulillah, saya berjaya dapat sales dan dapat juga merasa komisyen dari Ashadee.

ranking_ashadee2

Ps: Pernah juga merasa jadi tempat pertama untuk satu minggu di Ashadee  🙂

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

muliani April 12, 2015 at 2:21 pm

trima kasih share post yg sgt mmbantu!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: