Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

by sabree hussin on February 15, 2016

in Karier & Kerjaya

“Ada ke pengunjung blog ni yang berminat atau menyimpan hasrat nak menceburi perniagaan dalam perusahaan dobi?”

 

Ala… nak buka kedai dobi la. Ada ke yang merancang untuk jadi usahawan kedai dobi ya. So, apa pendapat anda mengenai perniagaan dobi ni? Boleh untung ke? Ada potensi untuk dijadikan perniagaan pilihan ke atau tidak?

 

Beberapa hari yang lalu, disebabkan saya ada sedikit masa terluang, jadi saya buat sedikit pembacaan mengenai perniagaan dobi. “Rasa ingin tahu” buatkan saya tergerak hati untuk dapatkan maklumat tentang perniagaan ini.

 

Manalah tahu, satu hari nanti saya nak tukar bidang atau nak tukar jenis perniagaan. Dengan adanya beberapa maklumat ini, setidak-tidaknya nanti tak adalah saya teraba-raba atau terbuat keputusan yang silap. Sebab siapa tahu, mungkin keputusan saya untuk buka kedai dobi adalah satu keputusan yang tak sepatutnya dilakukan.

 

panduan-bisnes-dobi Tak apa. Itu cerita di lain masa. Pada hari ini, saya cuma nak kongsikan beberapa perkara mengenai perniagaan kedai dobi kepada anda.

 

Anggaplah info yang saya muatkan dalam blogpost ini adalah sebagai permulaan, untuk anda dapatkan lebih banyak info ditempat lain.

 

Apa yang saya tulis dalam ni, tak semestinya betul. Ia tidak mencerminkan industri atau bidang perusahaan dobi ini secara keseluruhan. Satu lagi yang perlu saya tekankan disini, saya menulis sebagai seorang pemerhati, bukannya selaku seorang yang sedang atau pernah menceburkan diri dalam perniagaan dobi.

 

Jadi, dah tentu akan ada beberapa perkara mengenai bisnes dobi yang mungkin kurang tepat ataupun hanya benar mengikut sangkaan peribadi saya semata-mata. Ok dah, itu bab penafian. Kalau tak buat penafian siap-siap, bimbang nanti ada yang fikir saya adalah seorang yang pakar dalam bidang perusahaan dobi pulak. Tak sanggup saya nak mengecewakan bakal-bakal usahawan dobi, dengan tidak menjawab ataupun langsung tak membalas emel pertanyaan yang dihantar nanti.

 

“Bila disebutkan bisnes kedai dobi, apa konsep pertama yang terlintas di fikiran anda?” 

 

(1) Kedai dobi layan diri self service 

bisnes-kedai-dobi

Saya terjumpa iklan mengenai kedai dobi ini ketika sedang mencari maklumat di google. Jika anda menetap di Kulim, Kedah maka anda bolehlah singgah ke kedai dobi layan diri ini bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Serba sedikit maklumat yang diberikan mengenai perusahaan kedai dobi ini

Nama kedai: SF Mama Laundry

Emel: sf_mamalaundry65@yahoo.com

Dobi layan diri 24 jam pertama di Kulim.

(Coin Laundry) Harga cucian serendah RM:4.50/9Kg. Sabun & softerner percuma. Siap cuci dan kering dalam masa 1 jam.
Lokasi. No. 212, Jln. Kota Kenari 3, Tmn. Kota Kenari Kulim.
Hp: 0194515452.

 

Apa kelebihan buka kedai dobi jenis layan diri seperti ini?

(1) Operasi boleh dijalankan 24 jam

(2) Tenaga kerja yang minima dan kita tak perlu upah ramai pekerja untuk jaga tempat ni. Lagipun pelanggan akan cuci sendiri.

(3) Pendapatan akan tetap masuk walaupun kita tak berada di premis perniagaan

 

Aha… memang ada kelebihan buka kedai dobi seperti ini. Kalau ada kelebihan, mesti ada kekurangan juga. Betul tak?

 

Kekurangan konsep kedai dobi jenis layan diri?

(1) Anda pernah nampak kedai dobi seperti ini penuh orang? Saya tak pernah nampak lagi.

(2) Untuk pelanggan yang tak pandai dan takut nak mencuba mesin cucian layan diri seperti ini, memang tak akan masuk ke kedai dobi seperti ini.

(3) Anda yakin pelanggan anda tak akan merosakkan mesin cucian dalam kedai anda?

(4) Setengah orang tak akan bazirkan masa selama sejam semata-mata untuk ke kedai dobi dan cuci baju.

(5) Kalau saya, saya tak sanggup nak bawa pakaian kotor turun lif, masuk dalam kereta kemudian bawa ke kedai dobi layan diri

(6) Sebab kat rumah saya ada mesin basuh. Mungkin kalau orang yang tak ada mesin basuh sesuai la cuci pakaian kat sini.

 

(2) Kedai Dobi perkhidmatan

Seingat saya, kali pertama saya lihat konsep kedai dobi jenis layan diri adalah di kaca tv. Itupun dalam cerita Mr Bean. Seingat saya, sebelum ni memang tak pernah ada konsep seperti ini diperkenalkan dan dipopularkan di negara kita.

 

Mungkin bermula hujung tahun 2013 atau mungkin awal tahun 2014 baru konsep dobi layan diri ini mula diperkenalkan. Sebelum ini, kebanyakkan perniagaan kedai dobi adalah jenis dobi perkhidmatan.

bisnes_kedai_dobi

Contohnya, perniagaan Dobi EZ Smart Laundry ini.

 

“Pernah tak anda fikir, dari sudut perspektif seorang pelanggan, kenapa agaknya mereka memilih untuk hantar pakaian mereka ke kedai dobi, sedangkan mereka boleh cuci sendiri?”

 

Bila kita faham, macam mana cara dan corak pemikiran bakal-bakal pelanggan kita, dari situ barulah kita boleh nampak sama ada perniagaan dobi yang bakal kita buka tu nanti akan menguntungkan ataupun sebaliknya. Saya setuju dengan penulis buku The Psychology of Selling, Brian Tracy bahawa kita kena faham psikologi pelanggan terlebih dahulu barulah mudah untuk kita lakukan jualan.

 

(1) Pelanggan tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mencuci 

Sesetengah jenis fabrik, adalah tidak sesuai untuk dicuci menggunakan air. Ia perlu dicuci menggunakan kaedah dry cleaning, dan kat mana mereka boleh dapatkan perkhidmatan tersebut? Jika anda jawab, di kedai dobi, sila berikan 10 markah kepada diri anda sendiri.

 

Bukan itu sahaja, sesetengah jenis fabrik agak sukar untuk dicuci. Lebih-lebih lagi jika kain yang mempunyai banyak bulu-bulu, manik-manik, mutiara dan macam-macam lagi. Memang agak sukar untuk dicuci, melainkan orang tersebut mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam bidang cucian.

 

Mereka tau macam mana nak mencuci pakaian tersebut tanpa merosakkan pakai tersebut.

 

(2) Pelanggan tak ada masa untuk lakukan cucian

Cubalah anda buka almari pakaian anda. Adakah pakaian anda terdiri daripada satu warna sahaja, ataupun terdiri daripada pelbagai warna?

 

Pakaian berwarna ni, satu masalah paling leceh ialah warnanya boleh luntur apabila dibasuh. Apabila kita nak uruskan pakaian seperti ini, kita perlu mengasingkan pakaian yang berwarna terang, warna gelap dengan yang warna putih.

 

Basuh secara berasingan, bilas pun asing-asing. Saya rasa ini sangat membuang masa. Lebih senang kalau kita suruh orang lain yang buatkan untuk kita.

 

(3) Baju terlalu banyak untuk dicuci

Biasanya untuk orang yang memang jenis sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Baju yang di pakai dikumpul dalam baldi, dan tahu-tahu dah penuh satu baldi. Kalau nak basuh sendiri, mesti akan ambik masa yang panjang, jadi lebih baik hantar ke dobi.

 

Biasanya kalau timbang dalam kilogram pun dalam sekitar RM7 – RM12 bergantung kepada perkhidmatan yang diinginkan.

 

(4) Tak ada tempat untuk sidai selepas dah dicuci

Terutama sekali kalau pelanggan kita tinggal dirumah kongsi. Zaman sekarang ni, agak susah nak cari rumah sewa. Kalau ada pun, kebanyakkannya kita cuma boleh sewa bilik sahaja. Bila kita sewa bilik, ruang untuk kita buat kerja-kerja penyucian ni memang agak terhad.

 

Jadi, kalau tak nak pening-pening kepala, pakaian lebih mudah hantar ke dobi untuk dicuci. Tak kiralah sama ada hantar ke dobi jenis layan diri atau jenis perkhidmatan.

 

(5) Tempat tak sesuai untuk cuci pakaian

Lebih kurang macam poin sebelum ni. Kalau poin yang sebelum ni, tak ada tempat untuk sidai, kita masih boleh cuci, cuma tempat untuk sidai baju kita tu yang tak ada. Kali ini, jangan kata nak sidai, nak mencuci pun tak boleh.

 

(6) Mencuci sendiri sangat susah nak sangat membazir masa

Anda tau macam mana nak cuci karpet? Cuci comforter? Saya rasa la kan, kalaulah saya ditugaskan untuk cuci karpet, boleh jadi saya akan habiskan sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk mencuci sahaja. Itu belum masuk part pengeringan lagi.

 

Kalau cara pengeringan dah salah, akibatnya karpet akan mengeluarkan bau yang busuk. Ah… dah kena cuci semula.

 

(7) Selepas cuci perlu lipat dan gosok

Setakat hari ini, saya masih belum pernah jumpa lagi mana-mana mesin basuh yang boleh cuci dan bila dah siap cuci dia terus lipat pakaian tersebut. Ataupun mesin basuh yang mampu menggosok pakaian apabila baju siap cuci, siap dikeringkan, dan secara automatik ia boleh gosok pakaian tersebut.

 

Saya tak jumpa lagi mesin seperti itu. Tak taulah kalau mesin macam ni dah wujud. Entah berapa harganya. Adakah ia lebih murah berbanding kita dapatkan perkhidmatan cucian di kedai dobi?

 

Apa yang saya tahu, melipat dan menggosok pakaian adalah servis tambahan yang boleh ditawarkan oleh pemilik perniagaan dobi. Selain buat duit dengan mencuci pakaian pelanggan, anda juga boleh buat duit dengan menggosok dan melipat pakaian mereka.

 

(8) Pakaian perlu sedia untuk diguna semula dalam tempoh masa 24 jam

Keadaan cuaca di Kuala Lumpur di sekitar bulan Februari ini adakalanya tak menentu. Kadang-kadang matahari memancar dengan sangat terik di waktu pagi, namun hujan turun pula dengan lebatnya di sebelah petang.

 

Jika anda mempunyai pakaian tertentu yang perlu dibasuh, dan ingin diguna pada hari yang sama, adakah anda akan ambil risiko untuk basuh sendiri (dan mungkin pakaian tersebut tak kering) atau anda lebih rela tak basuh pakaian tersebut.

 

Baiklah, seperti yang anda lihat. Sekurang-kurangnya terdapat 8 sebab kenapa pelanggan perlu dapatkan khidmat daripada kedai dobi untuk uruskan pakaian-pakaian kotor mereka. Sekiranya anda dapat menghidu, terdapatnya keperluan yang tak dipenuhi disesuatu kawasan yang boleh anda kenalpasti, maka boleh jadi ini adalah peluang terbaik anda untuk buka perniagaan dobi disitu.

 

Dari banyak-banyak panduan yang saya baca mengenai perniagaan kedai dobi ini, faktor paling penting sekali yang banyak dibincangkan ialah LOKASI.

 

Sebenarnya, dobi jenis perkhidmatan dan juga dobi jenis layan diri, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Bukan semua tempat sesuai untuk buka kedai dobi. Dengan kenaikkan kos sara hidup, dan pendapatan yang tak meningkat, setengah orang berpendapat basuh sendiri adalah lebih jimat. Jadi individu seperti ini mungkin tak akan melangkah masuk ke kedai dobi walau sekalipun.

 

Memandangkan topik pemilihan lokasi kedai dobi itu sendiri ada banyak sangat yang boleh dibincangkan, jadi saya fikir adalah lebih elok saya tulis tentang topik tersebut di lain masa. Panjang sangat dah ni.

 

Sementara ini, anda bolehlah muat turun Panduan Bisnes Kedai Dobi yang ditulis oleh pemilik kedai dobi EZ Smart laundry ini.

 

Belajar terus dari pengalaman orang yang berniaga, anda pasti akan dapat belajar lebih banyak perkara. Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, bakal-bakal usahawan dobi.

 

Berapa ya harga mesin basuh (washing machine) yang bagus sekarang ni? Anda boleh lihat harga mesin basuh dari pelbagai jenama disini. Buat perbandingan harga dengan kedai berdekatan anda.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: