Perlu ke ada blog jika ingin bekerja dari rumah?

by sabree hussin on November 10, 2015

in Bekerja dari rumah

Blog adalah salah satu tools yang sangat penting untuk digunakan sekiranya anda benar-benar serius ingin bekerja hanya dari rumah.

 

Walaubagaimanapun, apa yang berlaku dan banyak yang saya lihat, kepentingannya agak jarang ditekankan dan agak ramai individu yang baru nak bermula bekerja dari rumah tidak menggunakan fungsi blog dengan sebaik mungkin.

 

Kelihatannya mereka lebih gemar menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk berurusan.

 

Blog sebagai medium komunikasi yang utama dan PENTING 

Semasa saya masih baru nak bermula satu ketika dulu, perkara pertama yang saya lakukan ialah

Dapatkan nama domain dan hosting dan pasang blog dengan menggunakan platform wordpress

 

Inilah yang saya lakukan pada HARI PERTAMA.

buat_duit_dengan_blogging

 

Bukannya daftar Facebook, bukan bina Fan Page, bukan juga bina FB Group. Saya utamakan untuk bina laman web berkonsepkan blog yang mewakili diri saya.

 

Kalau anda tak tau macam mana nak pasang blog menggunakan sistem wordpress, boleh baca artikel saya yang sebelum ni berjudul

Panduan pemasangan blog wordpress self hosted

 

Memandangkan laman web saya adalah mewakili diri saya, maka atas sebab itulah saya namakan laman-laman web tersebut menggunakan nama saya sendiri.

 

Kenapa tidak menggunakan media sosial sahaja?

Tak ada masalah. Saya percaya, ada ramai yang sangat berjaya walaupun hanya menggunakan media sosial dan mereka ni tak perlu bersusah payah nak sewa domain dan hosting, pasang blog wordpress dan hanya perlu gunakan akaun media sosial yang boleh didapati secara percuma sahaja.

 

Walaubagaimanapun, satu perkara yang semua orang perlu akui ialah, akaun media sosial tersebut bukan milik kita.

 

Ianya PERCUMA dan pada bila-bila masa, pemilik asal iaitu penyedia servis akaun tersebut pada bila-bila masa boleh DELETE akaun kita.

 

Situasi ini sebenarnya samalah dengan yang pernah berlaku pada mana-mana blog yang pernah popular satu masa dulu. Waktu tu, kita hanya ada dua pilihan, sama ada nak gunakan boleh yang percuma ataupun blog yang berbayar iaitu menggunakan nama dan domain sendiri.

 

Risiko dengan menggunakan blog yang percuma pula ialah, blog yang kita bina ada risiko untuk kena delete dengan pihak penyedia perkhidmatan.

 

Apa alasan boleh kena delete?

 

Ada macam-macam alasan, dan yang paling popular antaranya ialah

1. Blog kita melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

 

2. Blog kita banyak memaparkan isu-isu dan perkara sensitif. Kadang-kadang satu pun dah kira terlalu banyak.

 

3. Blog kita kena REPORT.

 

… dan kalau anda perhatikan, tiga perkara ini jugalah yang kerap terjadi kepada mana-mana fanpage yang ada kat luar sana tu.

 

Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini. Dengan tak semena-mena, fanpage saya kena report. Gambar-gambar yang saya upload di media sosial kena report, katanya saya dah violate salah satu daripada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Facebook.

 

Dalam dunia online ni, kita kena berhati-hati. Ada ramai sebenarnya yang hatinya busuk dan tak suka lihat kita lebih berjaya dan melihat pencapaian kita.

 

Aktiviti-aktiviti report mereport ni dah jadi makanan mereka. Jadi perkara seperti ini, kita kena sangat berhati-hati. Janganlah sampai usaha yang kita taburkan selama bertahun-tahun terhenti begitu sahaja sebab medium komunikasi kita yang utama telah pun di sekat oleh pihak penyedia perkhidmatan.

 

Sayang wo….

 

Artikel yang kita siarkan tidak akan hilang!

Bukan sahaja tidak akan hilang, malahan tak susah kalau nak cari semula artikel-artikel yang pernah kita siarkan sebelum ni. Apa susah, klik sahaja di bahagian arkib blog dan anda akan dapat lihat kesemua perkongsian-perkongsian artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini.

 

Cubalah bandingkan dengan mana-mana media sosial. Ok… katakanlah anda nak bandingkan dengan laman web Facebook Fanpage.

 

Cuba anda cari artikel-artikel ataupun status update yang sebelum-sebelum ini yang pernah anda siarkan. Jumpa tak? Kalau jumpa… senang ke susah nak cari? Anda mungkin terpaksa scroll scroll scroll down sampailah jumpa artikel tersebut. Kalau internet anda laju, ok la… kalau perlahan, anda akan tahulah betapa susahnya nak cari artikel-artikel terdahulu dalam fanpage kita tu.

 

Kalau kita sendiri rasa susah nak cari, anda fikir orang lain macam mana?

 

Medium untuk menyuarakan pendapat dan pandangan

Ada ketikanya, pendapat dan pandangan kita tentang sesuatu perkara agak panjang kerana disusuli dengan penjelasan.

 

Satu kelebihan yang terdapat pada laman blog ialah ianya sangat mudah untuk kita customize. Maksud saya ialah, anda boleh gunakan fungsi BOLD, Italic, masukkan pelbagai jenis warna, buat garisan untuk isi-isi yang penting dan banyak lagi.

 

Setakat waktu ini, fungsi tersebut masih belum disediakan oleh pihak FB atau mana-mana media sosial sedangkan blog dah lama ada fungsi tersebut.

 

Trafik yang masuk ke blog boleh ditukarkan kepada pendapatan

Ya

 

Ini yang saya suka. Satu perkara yang saya kira sangat penting ialah, trafik yang masuk ke blog kita tu kita boleh tukarkan kepada pendapatan.

 

Dalam pada kita buat duit dengan bekerja dari rumah, kita juga dapat buka sumber pendapatan baru iaitu melalui blog kita sendiri. Bukankah itu lebih untung?

 

Dengan blog kita pun menghasilkan pendapatan, dan pada masa yang sama, kita buat kerja-kerja kita seperti biasa dan turut dapat jana pendapatan daripadanya.

 

Jadi, adakah anda masih ragu-ragu sama ada perlu atau tidak memiliki blog jika ingin bekerja dari rumah?

 

Pendapat saya, ianya adalah terpulang pada individu. Namun, jika anda ada blog, dan anda menggunakannya dengan sebaik-baiknya, anda bukan sahaja boleh dapat peluang untuk dapat job dari blog anda, malahan pada masa yang sama, anda juga berpeluang untuk buat duit dengan blog anda itu tadi.

 

Baiklah, baca juga perkongsian saya sebelum ini berjudul

Perlu ke dapatkan Panduan Jobdirumah jika ingin bekerja dari rumah?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Adzrif Sidek December 22, 2015 at 1:07 pm

Alhamdulillah, saya setuju dengan pendapat tuan sabree ­čÖé

Blog penting jika anda ingin bekerja dari rumah dalam jangka masa yang panjang.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: