Panduan Pemasaran Emel – Tips menghasilkan emel follow up kepada prospek

by sabree hussin on December 22, 2016

in Pemasaran Emel

Pemasaran emel menggunakan Sistem Autoresponder TERBUKTI berkesan dan praktikal untuk SEMUA jenis perniagaan. Pada hari ini kita boleh lihat ada banyak perniagaan dan syarikat-syarikat besar yang turut menggunakan pemasaran menerusi emel sebagai salah satu cara untuk menjual dan memasarkan produk mereka.

syarikat-guna-pemasaran-emel

Atas ni adalah contoh emel promosi dan pemberitahuan yang selalu saya terima dari HSBC. Saya rasa hampir setiap hari kot saya akan terima emel dari HSBC. Biasanya HSBC akan beritahu kat mana boleh dapat diskaun, beli apa boleh dapat murah dan macam-macam promosi lagi.

 

Bukan HSBC sahaja yang gunakan kaedah pemasaran menerusi emel. Ada banyak lagi. Contoh lain adalah seperti Lazada Malaysia. Saya pernah beli barang dari Lazada, jadi setiap kali ada promosi baru, Lazada pasti akan hantar emel pemberitahuan.

 

Selain tu Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah. Memang saya subscribe emel dari Air Asia sebab nak tau bila ada tiket flight murah. Kadang-kadang kalau bernasib baik, boleh dapat tiket flight yang lebih murah berbanding kos untuk beli tiket bas atau drive sendiri untuk balik kampung di Jitra.

 

Apa yang dapat diperhatikan, mereka juga menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Ya, ada juga guna FB Ads. Selain itu, mereka juga mempunyai website atau blog perniagaan yang sentiasa dikemaskini. Boleh dikatakan mereka ni tidak hanya bergantung kepada satu medium pemasaran sahaja.

 

Selagi boleh guna semua, mereka akan guna. Sesetengah orang, suka lepak dekat media sosial. Jadi kenalah ada kempen yang mensasarkan pengguna dan pemilik akaun media sosial. Sesetengah orang suka baca akhbar online atau laman blog, jadi kenalah target golongan pelanggan seperti ini juga.

 

Ini satu benda yang anda boleh contohi. Cari pelanggan menggunakan semua medium dan sumber yang ada. Mana-mana yang anda tak mampu nak buat sendiri, tak perlu pening-pening kepala. Outsource sahaja. Katakanlah anda tak ada masa nak tulis blog, maka anda boleh dapatkan servis penulisan blog ni dari saya. [klik sini untuk maklumat lanjut]

 

Hari ni plannya sebenarnya nak cerita tentang pemasaran emel menggunakan sistem Autoresponder. Ada orang yang rasakan proses nak buat kempen pemasaran secara automatik ni macam sangat susah! Jadi saya nak kongsikan caranya dengan disertakan beberapa tips tambahan supaya anda boleh nampak betapa benda ni sebenarnya senang sangat nak buat.

 

Setiap orang mungkin akan mulakan dengan langkah yang berbeza. Ada yang suka mulakan dengan buat laman web dulu. Ada yang lebih suka bermula dengan sediakan skrip emel follow up dulu. Ada sesetengah orang nak mula dengan menyediakan free gift atau ebook percuma terlebih dahulu. Jadi terpulang pada anda nak mula dari mana. Asalkan bila nak guna semua benda yang diperlukan tu ada. Itu yang penting.

 

Langkah pertama, sediakan set emel follow up

Saya syorkan anda sediakan sekurang-kurangnya 5 atau 7 set emel. Sebenarnya bukan susah sangat nak sediakan set emel follow up ni. Mudah sangat. Kalau nak ikut contoh yang saya biasa guna pun boleh.

 

Emel pertama: Dihantar secara automatik pada hari pertama prospek sign up 

Kandungan emel ini biasanya adalah lebih kepada memperkenalkan diri secara ringkas dan berikan FREE GIFT yang dijanjikan kepada prospek. Itu sahaja.

 

Emel kedua: Dihantar pada keesokkan harinya

Dalam ni kita perkenalkan diri dan perniagaan yang dijalankan. Kemudian kita cuba dapatkan respons dari subscriber kita tu dengan bertanya soalan seperti “dah berjaya muat turun atau tidak free gift yang diberikan tu?”

 

Emel ketiga: Dihantar pada keesokkan hari selepas emel kedua

Pada waktu ini, boleh cerita serba sedikit info tentang produk atau servis dan bagaimana ia dapat beri manfaat kepada subscriber jika melanggan perkhidmatan tersebut.

 

Emel keempat: Dihantar pada keesokkan harinya selepas emel ketiga

Kali ini bolehlah kongsikan case studies yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan anda.

 

Emel kelima: Dihantar keesokkan harinya

Boleh tanya pendapat dan pandangan subscriber anda tentang topik yang dikongsikan sebelum-sebelum ini. Boleh sertakan juga soalan seperti “kenapa masih belum buat sebarang tempahan?”

 

Emel keenam dan ketujuh: Boleh buat selang dua hari.

Hanya emel pertama hingga kelima sahaja dihantar setiap hari berturut-turut. Yang selebihnya kita letakkan selang dua hari. Kandungan dia BEBAS. Nak bagi ebook free pun boleh. Nak share artikel pun boleh.

 

Langkah kedua, siap sedia dengan FREE GIFT

Free Gift ni tak semestinya dalam bentuk ebook. Kalau rasa pening sangat dan tak tau nak bagi free gift apa, boleh ikut macam yang Lazada Malaysia biasa buat. Bagi je kod kupon diskaun.

Kod kupon macam dah tentu tak begitu susah untuk disediakan. Setuju?

 

Langkah ketiga, setting semua sekali dalam Sistem Autoresponder Pilihan anda 

sistem-autoresponder-percuma

Anda boleh guna sebarang sistem autoresponder yang anda gemari. Sama ada guna Aweber, Getresponse, Traffic Wave atau apa-apa sahaja. Saya biasa sebut sistem Autoresponder Emelmatik sebabnya sistem ini mudah untuk digunakan dan pada masa yang sama kita boleh guna sistem autoresponder ni secara percuma selama 365 hari.

 

Cipta kempen pemasaran yang baru (new campaign) dan berikan nama pada kempen tersebut. Lepas tu, masukkan draf emel yang dah dikarang untuk 7 hari tu dan masukkan dalam sistem autoresponder. Bila dah siap masukkan senarai emel yang nak dihantar, teruskan hingga ke langkah untuk dapatkan kod borang autoresponder.

 

Saya tidak menerangkan secara details sebabnya setiap sistem autoresponder yang anda bakal langgan memang ada menyediakan tutorial bagaimana untuk lakukannya secara langkah demi langkah. Kalau masih tak jelas, sila dapatkan bantuan dari pihak penyedia perkhidmatan autoresponder masing-masing.

 

Saranan saya, cuba je. Buat je. Jangan takut buat salah.

 

Langkah keempat, bina website atau landing page

Step untuk bina laman web ini sebenarnya paling mudah. Ada macam-macam software yang anda boleh gunakan, sama ada nak pilih wordpress atau boleh juga guna perisian membina laman web Minisite Mudah (MSM).

 

Kalau nak guna blogspot sahaja pun boleh. Saya syorkan anda gunakan perisian blogspot to minisite ini.

software-buat-minisite-percuma

Confirm laman web yang bakal dihasilkan tu nanti sangat menarik dan kelihatan profesional. Masukkan kod borang autoresponder yang diperolehi dari langkah ketiga dan masukkan ke dalam laman web minisite yang dibina.

 

Langkah kelima, promosikan landing page tersebut

Dah siap? Fokus pada pemasaran. Promosikan laman web landing page anda menggunakan segala medium pemasaran yang anda tahu!

 

Kalau nak saya bantu promosikan pun boleh. Dapatkan khidmat pengiklanan dari saya dengan merujuk kepada halaman ini.

 

Langkah keenam, balas emel jika ada pertanyaan dari subscriber

Dalam setiap emel follow up yang anda sediakan pada langkah pertama tadi, cuba galakkan subscriber anda untuk balas emel yang diterima JIKA SESUAI. Biasanya saya akan tamatkan kandungan emel yang saya hantar dengan ayat seperti “… ada apa-apa nak tanya tak? Kalau ada, balas je emel ni.”

 

Biasanya memang akan ada yang balas emel dan kadang-kadang tu tanya soalan yang langsung tak ada kaitan pun. Tak apalah. Yang penting ada respons. Jadi tugas anda lepas ni adalah untuk balas emel tersebut.

 

Langkah ketujuh, ulang untuk kempen dan produk lain pula

Selepas kesemua 6 perkara ni dah dilakukan, dan bahagian promosi tu pun anda dah outsource kepada saya (misalnya), anda pun dapati yang anda menerima trafik dan prospek secara konsisten. Waktu ni anda dah tak perlu lagi susah payah nak buat promosi, sebabnya prospek akan masuk sendiri ke dalam sistem autoresponder anda.

 

Nak follow up pun dah tak perlu. Kenapa tak perlu follow up? Rujuk pada langkah pertama. Anda telah pun menyediakan set emel follow up sebanyak 7 emel semuanya. Pada waktu ini perniagaan anda telahpun berjalan secara automatik. Ya, secara Autopilot.

 

Dah boleh goyang kaki ke belum?

 

Boleh. Tapi kenapa nak berhenti sekarang? Why not anda repeat dan ulang proses yang sama untuk bisnes dan produk yang lain pula. Katakanlah, best case scenario, dari satu minisite anda boleh dapat sales secara automatik lebih kurang RM100 setiap bulan, berapa banyak minisite yang perlu anda sediakan untuk dapat RM1,000 sebulan secara automatik? 

Klik untuk baca: Bagaimana menjadi Freelance Writer yang menjana pendapatan RM1,000 sebulan?

 

Matematik mudah sahaja, kan.

 

Kalau anda tak berjaya capai 100% kejayaan sekalipun, dan hanya mampu untuk hasilkan RM500 – RM799 setiap bulan dengan cara ini, ianya masih lagi satu tindakan yang bagus, setuju?

 

Baiklah, saya harap dengan perkongsian ringkas ni anda dapat belajar sesuatu. Ok la, saya nak buat minisite percuma banyak-banyak. Ada banyak produk nak promote ni. Dengar cerita tahun 2017, ketika itu President Trump akan memerintah, ekonomi global akan menunjukkan ketidaktentuan.

 

Hmm… saya pun tak tau, ekonomi tidak menentu tu macam mana keadaannya. Tapi saya rasa ia bukan satu benda yang baik.

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Karim December 25, 2016 at 4:24 pm

Memang bagus ni. Orang yg bukan IT dan tidak fahami programming pun blh pakai blog 2 minisite itu untuk menyediakan blog yg menarik. Jimat byk masa I.

Reply

sabree hussin December 27, 2016 at 12:34 am

Yup memang betul. Mula-mula saya pun fikir susah sangat nak pakai software blogspot to minisite ni. Rupa-rupanya senang sangat

Reply

imnajmi December 26, 2016 at 7:14 am

lama tak singgah blog bro, banyak betul artikel bermanfaat ni, tahniah bro, tengok almost everyday ada post berkualiti, aku pulak sangat menyedihkan haha, nak cari mood menulis punya payah…

Pemasaran email penting kot, ibu segala marketing, tak semua willing to bagi email peribadi utk sign up, if dapat collect, memang ianya sangat berpontensi di convert ke sales, contoh aku sendiri, email peribadi aku adalah email official aku dan aku treat sebagai penting dan important kalo sapa2 hantar email, conpem aku bukak dan baca, tapi if through like kat fb page, belum tentu aku nak jenguk fb page jualan tu.. sekdar pandangan hehe

Reply

sabree hussin December 27, 2016 at 12:30 am

Senang je nak bagi selalu ada artikel.

Mula-mula set nak berapa artikel diterbitkan dalam bulan tu. Contohnya nak terbitkan 20 artikel je.

Lepas tu senaraikan pulak cadangan tajuk artikel sebanyak 20 artikel. Langkah seterusnya terus buat draf. Kalau kebetulan ada terlintas idea baru, masukkan dalam senarai dan In Shaa Allah dari situ akan jadi makin banyak artikel boleh diterbitkan.

Reply

Hafiszan Kamarudin December 26, 2016 at 9:33 am

Menarik apa yang dikongsikn ni. Memang betul banyak syarikat gunakan pemasaran emel untuk promosikan info terkini

Reply

sabree hussin December 27, 2016 at 12:28 am

Sangat banyak. Kita yang buat bisnes kecik-kecik ni pun patut terlebih dulu manfaatkan teknik pemasaran emel ni.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: