Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Nama Pada Tiket Air Asia

by sabree hussin on February 27, 2014

in Personal

Jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan perkhidmatan penerbangan dari Air Asia, satu perkara yang anda perlu tahu ialah mereka amat menitikberatkan soal ejaan pada tiket yang ditempah.

 

Ini bermakna, ejaan nama anda WAJIB sama dengan ejaan nama anda pada dokumen pengenalan diri anda.

 

Sekiranya penerbangan domestik, ejaan nama pada tiket yang ditempah wajib sama dengan ejaan nama dalam kad pengenalan (mykad) atau Mykid bagi kanak-kanak.

 

Jika penerbangan antarabangsa (International Flight), ejaan nama pada tiket wajib sama dengan ejaan dalam passport.

 

Kalau tak sama atas disebabkan faktor seperti

1. Tersalah eja semasa buat tempahan

2. Tertinggal nama family (biasanya Chinese)

3. Tak sengaja masukkan nama English (biasanya Chinese)

4. Tertinggal nama English (biasanya Chinese)

5. Tersalah letak jantina penumpang (tersilap antara Mr dengan Ms)

6. Susunan nama terbalik

 

Apa yang penumpang perlu lakukan jika berhadapan dengan situasi seperti yang dibincangkan?

 

Mudah sahaja. Lihat gambar dibawah

tersalah tulis nama pada tiket Air Asia

Sumber : Air Asia (AskAirAsia)

 

Anda ikut sahaja step dibawah

#Langkah Pertama – Siap sedia dengan booking number, dan salinan dokumen perjalanan anda.

 

#Langkah kedua – Isikan borang e-form dan maklumkan bahawa ada kesilapan pada ejaan

hubungi air asia

 

Klik pada link ini untuk dapatkan akses ke : Air Asia e-form

buat-pembetulan-nama-pada-tiket

Paparan seperti diatas akan kelihatan. Isikan borang tersebut dengan lengkap lepas tu hantar.

 

Maklumkan dalam form tersebut apa masalahnya.

#Langkah ketiga – Bila dah tekan send, hubungi Air Asia semula menerusi Twitter ataupun Live Chat untuk mereka buat semakan dan pembetulan.

 

#Langkah keempat – Tunggu mereka buat kerja.

 

Kalau anda dapati nama anda masih lagi tak berubah, jangan takut dan jangan risau. Asalkan anda dah hantar e-form, bermakna mereka dah ada rekod. Kebiasaannya, selepas anda tekan send, anda akan menerima case number bagi tujuan rujukan dimasa akan datang.

 

Sebaik-baiknya, sebaik sahaja anda sedar terdapat kesilapan pada nama dalam tiket penerbangan anda, segera hubungi Air Asia. Jangan tunggu sehingga hari anda ingin berlepas.

 

Saya terlupa letak BIN/BINTI. Apa patut saya buat?

Bin dan binti ni bukan sebahagian dari nama. Ia macam A/P atau A/L yang biasanya digunakan oleh kaum India. Jadi tak letak pun tak ada masalah. Apa yang penting adalah nama sahaja.

 

Contohnya, nama saya Mohamad Sabree Bin Hussin. Cara tulis bila buat booking adalah

First Name – Mohamad Sabree

Last Name – Hussin

 

Ya, saya tidak meletakkan bin pada nama apabila membuat booking.

 

First name ini juga adakalanya dipanggil given name. Manakala Last name juga dikenali sebagai family name.

 

Bagaimana kalau ada nama kedua atau “alias” pada nama?

Bagaimana cara nak tulis nama yang ada simbol @ pada tiket? Cara untuk tulis nama pada tiket penerbangan Air Asia adalah sama seperti nama yang tertera pada dokumen perjalanan.

pembetulan-tiket-airasia

Jika anda travel dalam Malaysia, maka nama pada tiket Air Asia anda mestilah sama seperti nama pada kad pengenalan.

Jika anda menaiki international flight, maka nama pada tiket anda mesti sama dengan nama pada passport.

 

Tetapi bagaimana saya nak tulis simbol @ dalam tiket? Bila saya nak letak simbol @, saya tak boleh nak teruskan dengan booking. Lihat jawapan pada persoalan seterusnya.

 

Bagaimana kalau nama saya ada simbol “-” atau “@”?

Bagaimana cara nak tulis?

 

Buat masa catatan ini saya tulis dan update, sistem Air Asia tidak membenarkan anda menaip sebarang simbol pada nama, sama ada simbol hyphen (-) ataupun simbol alias (@) mahupun lain-lain simbol.

 

Apa yang perlu anda lakukan ialah gantikan ruangan simbol tu dengan “space” atau langkah. Ini selari dengan maklumat yang boleh dibaca di laman web Air Asia menerusi pautan berikut.

nama-pada-tiket-air-asia

 

Baiklah, semoga perkongsian ringkas ini membantu anda yang ada masalah ejaan pada tiket Air Asia.

 

Langkah-langkah ini, adalah untuk mereka yang ada lakukan kesilapan dalam ejaan sahaja. Bukannya untuk buat pertukaran nama ataupun pertukaran penumpang. Bermula 25 Julai 2014, tiket penerbangan Air Asia tidak boleh tukar nama dan tukar penumpang.

 

Saya masih jumpa, ada percubaan untuk menjual tiket Air Asia yang telah dibeli. Kiranya nak tukar nama penumpang sebab penumpang asal tak boleh fly pada hari kejadian. Tak perlu buang masa nak beli tiket Air Asia orang lain, sebbanya kalau anda dah beli, anda tak boleh tukar nama pun.

Baca juga: Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau

 

 

Be Sociable, Share!

{ 17 comments… read them below or add one }

Rinyen October 9, 2018 at 4:43 pm

hello thankyou for the ingot tapi Nak tanya kalau nak isi eform tu dia tanya nama tu letak nama betul ikut ic atau letak dulu nama yang salah ejaan kat boarding pass tu? thank you in advance!!

Reply

sabree hussin October 10, 2018 at 5:04 pm

Sebaik-baiknya letak la nama yang betul, dan lagi baik kalau penumpang sendiri yang contact pihak Air Asia.

Reply

Tasha November 29, 2018 at 9:26 pm

Kalau nama bapa tertaip 2 kali dlm form mcm mana ye? Ticket dah beli tapi nama bapa keluar 2 kali.

Reply

sabree hussin December 3, 2018 at 10:16 am

buat pembetulan

Reply

matt jengg December 1, 2018 at 2:44 pm

salam bro, macam mana dgn nama yg ada tanda koma atas ( ‘ ) ?
dlm sistem takleh nak proceed kalau taruk tanda ni sedangkan dlm ic mmg nama ada tanda ni.

Reply

sabree hussin December 3, 2018 at 10:15 am

tak perlu letak tanda atau simbol. space sahaja.

Reply

eimer izwan December 4, 2018 at 4:40 am

maaf sy nak tanya, sy beli tiket on line untuk orang indonesia, nama dia EKO PEMBUDI xde nama ayah. so sy terbuat EKO PEMBUDI EKO PEMBUDI nama dia, terbuat 2 kali, so macam mana ye boleh lepas x? risau sangat ni sbb harga tiket rm460.

Reply

sabree hussin December 4, 2018 at 6:22 pm

Macam mana dengan nama beliau dekat dalam passport? Pasti ada ruangan untuk first dan last name kan?

Saya syorkan tuan hubungi pihak Air Asia melalui Live Chat untuk pengesahan. Just in case ada sebarang perubahan dari segi terma dan syarat berhubung dengan isu pembetulan nama penumpang

Reply

Norhayati December 6, 2018 at 6:19 pm

Saye book ticket air asia.. Huruf Nama kecil semua.. Huruf besa hanya di depan Saja.. Boleh kew? Klau Ikut ic, Semua hruf besar..

Reply

azira December 16, 2018 at 11:14 am

hi, sy keliru sedikit pada nama semasa hendak check in. cth nama penumpang muhammad hazim bin azman. semasa sy isi maklumat. first nama sy letak muhammad hazim dan surname azman. bile nak check in nama jd azman muhammad hazim.

Memang mcmtu ke? mohon penjelasan. baru kali kedua nk fly. tp ade kekeliruan. harap dapat bantu. tq ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin December 18, 2018 at 9:33 am

Hai azira, betul dah tu cara tulis. Cuma dalam sistem atau cara orang putih memanggil nama penumpang dengan penuh hormat, mereka akan utamakan nama keluarga (surname/last name). Sebab itu dalam susunan pada boarding pass akan keluar last name (surname) dulu, baru diikuti first name (given name)

Reply

Joeden December 30, 2018 at 12:38 am

salah nama macam mana itu mahau perbaiki

Reply

sabree hussin January 2, 2019 at 2:07 am

Sudah dinyatakan dalam artikel.

Reply

Hajar January 2, 2019 at 7:09 pm

Tiket flight air asia ke luar negara (Korea) , takde letak bin/binti boleh ? Takde masalah ye ?

Reply

Asniati usman January 3, 2019 at 3:13 pm

Salam bang . Sy nk tnya , bagaimana pula tersalah jantina untuk bayi dibawah 2tahun ? Kena buat sama juga seperti di atas ?

Reply

Intan January 5, 2019 at 5:36 pm

Salam…nama bapa saya ada simbol ( ‘ ) di atas….adakah saya perlu jarakkan ejaan tersebut @ rapatkan sahaja tanpa simbol itu?

Reply

sabree hussin January 8, 2019 at 9:36 am

jarakkan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: