Panduan Import Barang Dari China Secara Online

by sabree hussin on February 20, 2017

in Panduan Buat Duit Online

Tanpa Panduan Import Barang Dari China ini, anda juga boleh membeli sendiri secara online. Ada banyak website borong barang dari China, antaranya

  1. www. taobao.com
  2. www.dhgate.com
  3. www.aliexpress.com
  4. www.fashionmia.com
  5. www.milanoo.com

 

Selain contoh-contoh diatas, anda juga boleh merujuk kepada senaraian dibawah bagi mengetahui senarai laman web yang menyediakan perkhidmatan pembelian barang secara borong dari China.

beli-borong-dari-china

Setiap website mempunyai kaedah dan sistem yang berbeza. Anda disarankan untuk kaji terlebih dahulu bagaimana sistem tempahan mereka beroperasi sebelum melakukan sebarang transaksi.

 

Hakikatnya, bukan mudah untuk membeli barang dari China secara online jika hanya dengar “cakap-cakap” orang keliling. Mereka sudah melalui pelbagai macam ragam pembelian dari China yang tidak diceritakan kepada kita.

 

Pengalaman seseorang yang membolehkan kerjaya mereka boleh pergi lebih jauh lagi. Antara pengalaman yang kerap kali dilalui masa dipermulaan penglibatan membeli barang dari China secara online:

 

(1) Ditipu oleh pembekal. Sudah order dan bayar tapi, barang tak sampai-sampai.

(2) Stok sampai, tapi tak boleh nak guna langsung. Barang yang dihantar ada kerosakkan.

(3) Tersalah pilih stok, yang menyebabkan barang susah untuk dijual.

(4) Paling memalukan, kena “marah” di kaunter PosLaju depan khalayak ramai sebab tak pandai bungkus barang. Jika ikutkan supplier yang perlu bungkus dengan rapi, sebab kita yang membeli produk mereka.

 

Masalah-masalah seperti ini dan pelbagai lagi masalah lain ada yang menyebabkan saya rugi begitu banyak wang, masa dan tenaga… Rasa betul-betul nak give up. Fikirkan perlu buat kerja part time untuk sara kos hidup, hati berkata “aku mesti teruskan”.

 

Saya pun meneruskan perjalanan bisnes barang China. Terus-terang saya katakan, teknik dan rahsia ini sebenarnya hanya diketahui oleh masyarakat Cina sahaja. Sebabnya, laman web yang akan digunakan untuk membeli barang borong secara online ini adalah website berbahasa cina!

 

Tapi.. Anda tidak perlu risau!

 

Walaupun anda tidak tahu bercakap atau membaca tulisan cina, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh berurusan dan menjalankan urusniaga borong anda dengan mudah menggunakan bahasa inggeris.

 

Tanpa berlengah lagi, saya perkenalkan kepada anda, website yang menjadi lubuk bagi pemborong-pemborong di Malaysia, memborong barang dari China secara online!

 

Lubuk Borong Online – TaoBoa.com

website-borong-china

Anda sudah tahu website mana yang saya perkatakan? Tapi nanti dulu, jangan terburu-buru dengan tindakan. Ya..fast action fast result. Fast result perlu ada strategi yang betul untuk menjadikan bisnes anda lebih maju jaya.

 

Jadi nasihat saya :

1) Jika anda terus ke halaman web tersebut dan membuat pembelian borong, ada kemungkinan besar, barang yang anda beli itu tidak akan sampai ke tangan anda dengan selamat seperti apa yang dibayangkan pada awalnya.

 

2) Jika sampai pun, anda mungkin terpaksa membayar kos yang tinggi. Sama ada kos penghantaran atau pun kos percukaian. Huh..ini saya sudah kena, menangis juga duit yang cukup-cukup makan semakin berkurang.

 

3) Terus-terang saya katakan kepada anda, bukan semua barang yang ditawarkan di website tersebut, sesuai untuk anda beli. Hanya sesetengah barang sahaja yang sesuai dan ada banyak barang yang perlu anda elakkan dari membelinya di website tersebut.

 

Teruskan membaca info seterusnya..

 

Mengapa Taobao.com?

Mungkin ini soalah pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com?

Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?

 

Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China. Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan
website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?

 

Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza. Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang besar dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

 

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website
yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

 

TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah… ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Kesilapan Saya, Saya Mengalami Kerugian Sehingga 4 Angka!! Kenapa Anda Perlu Lalui Juga?

Saya tidak mahu anda melakukan kesilapan yang sama seperti mana yang pernah saya lakukan.

 

Beza antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal ialah, orang berjaya, bertindak dengan ilmu.. manakala, orang yang gagal, bertindak secara terburu-buru tanpa ilmu..

 

Saya sudah melalui jalan pahit-jerih itu, dan anda tidak perlu melaluinya lagi.. belajar dari pengalaman orang lain itu adalah cara belajar yang lebih bijak, lebih mudah serta menjimatkan masa, tenaga dan wang.

 

Untuk memudahkan anda belajar dan menimba ilmu, saya telah bukukan pengalaman saya menjadi sebuah ebook yang saya beri nama.

RAHSIA TAOBAO

barang_murah_china

Jom tengok dulu mereka-mereka yang telah berjaya menggunakan teknik Rahsia Taobao – Panduan Import Barang Dari China Secara Online.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

zool February 25, 2017 at 12:24 am

kalau pandai rebut peluang ni memang boleh dapat pendapatan yang tinggi…

Reply

sabree hussin February 25, 2017 at 2:06 am

Ya saya setuju 😀 Rebut peluang dan pilih juga produk yang tepat untuk dipasarkan pada pasaran yang tepat.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: