Panduan Bekerja Dari Rumah – Bagaimana nak mula bekerja?

by sabree hussin on July 2, 2016

in Bekerja dari rumah

Ini adalah artikel kedua bagi siri Panduan Bekerja Dari Rumah. Jika anda masih belum baca siri yang pertama, sila klik sini untuk baca.

 

Di luar negara dan negara-negara maju, konsep bekerja dari rumah bukanlah satu konsep yang baru. Konsep bekerja dari rumah ini dikenali sebagai telecommuting. Ada sesetengah syarikat yang akan menggalakkan para pekerjanya untuk bekerja hanya dari rumah sahaja.

 

Mereka memanfaatkan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang ada seperti sambungan internet, emel, skype, telefon, mesin fax dan sebagainya. Dengan cara ini, syarikat dapat menjimatkan ruang pejabat dan kos sewaan. Manakala bagi pekerja, mereka dapat jimat dari segi kos untuk keluar ke tempat kerja.

 

Tak perlu lagi bayar kos untuk pengangkutan, makan di luar, pakaian untuk ke pejabat dan sebagainya. Dengan berkembangan konsep telecommuting ini juga, kerjaya sebagai seorang freelancer juga semakin bertambah popular.

duit-dari-handphone

Kini, bukan syarikat-syarikat besar sahaja yang boleh mengambil pekerja, malahan orang perseorangan yang mempunyai bajet yang kecil juga boleh mengupah seseorang untuk menjadi pekerja sambilan (freelancer) bagi menjalankan tugasan tertentu bagi pihaknya.

 

Bagaimana pula situasinya jika di Malaysia? Pada hari ini, konsep bekerja dari rumah masih belum betul-betul popular. Peluang bekerja dari rumah tu memang ada, cuma ia masih belum betul-betul meluas. Kalau melihatkan pada situasi semasa, kelihatan seperti majikan masih lagi takut-takut untuk mengambil pekerja sambilan yang beroperasi secara atas talian dari rumah.

 

Bagi pihak pekerja juga begitu. Masih ada lagi rasa was-was untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan atas talian.

 

Apapun, ini semua bukannya salah mereka. Bukan salah majikan dan bukan juga salah pekerja bebas (freelancer). Pasaran kerja kita di Malaysia, apabila bercerita tentang peluang bekerja dari rumah, ia masih lagi dipengaruhi oleh unsur-unsur scam dan penipuan.

 

Walaubagaimanapun, saya percaya semua ini akan berubah sedikit masa lagi. Sebenarnya kat Malaysia ni, ada ramai tenaga kerja yang bersedia untuk bekerja dari rumah. Sebahagiannya tidak mengharapkan upah yang besar pun, namun yang penting adalah biarlah bayarannya setimpal dengan apa bentuk kerja yang perlu mereka lakukan.

 

Yang tak bestnya ialah, dicelah-celah masyarakat kita ada penipu yang tak segan silu mengeksploitasi kehendak dan keperluan masyarakat kita yang mahukan kerja dari rumah yang boleh dipercayai, yang jujur dan benar-benar membayar. Si penipu ini menawarkan peluang pendapatan yang agak tidak masuk akal untuk menipu individu-individu yang tak berhati-hati.

 

Perkongsian kali ini bukannya tentang pekerjaan dari rumah yang menipu. Topik itu mungkin saya akan ulas dilain waktu. Namun pada kali ini saya nak cerita tentang bagaimana anda boleh mula bekerja dari rumah sekarang juga.

 

(1) Laman web eRezeki

Saya nak mulakan dengan sesuatu yang bersifat local terlebih dahulu. Tahukah anda, bahawa anda sebenarnya boleh buat duit dari rumah dengan melakukan kerja-kerja secara digital hanya dari rumah?  

program-erezeki

Kalau anda masih belum tahu, ataupun ini baru pertama kali anda dengar tentang erezeki, maka saya kira eloklah kiranya anda daftar sekarang di laman web mereka.

Link: https://erezeki.my

 

Saya juga dah pernah menggunakan portal ini untuk jana pendapatan, dan Alhamdulillah saya juga pernah dapat bayaran dari eRezeki ni.

Baca artikel berikut: Bayaran upah Program eRezeki Jun 2016

 

Program eRezeki ini adalah inisiatif dari MDEC bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menjana pendapatan tambahan dengan melakukan kerja-kerja yang boleh dilakukan secara digital. Kerja-kerja adalah merangkumi perkara-perkara seperti data entry, administration, research, translation dan banyak lagi kategori.

 

Kebanyakkan kerja yang ada disini memerlukan anda untuk menguasai atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Inggeris. Bayaran upah adalah berbeza-beza mengikut tugasan.

 

Memandangkan ini adalah salah satu projek kerajaan Malaysia, maka ianya boleh dipercayai.

 

(2) Laman web carian kerja Freelancer untuk pasaran antarabangsa

Rupa-rupanya masih ramai yang belum tahu tentang kewujudan laman-laman web carian kerja kosong dari rumah yang boleh digunakan untuk para pencari kerja.

 

Fungsi laman web ini adalah seperti jobstreet dan lain-lain portal carian kerja. Cuma bezanya ialah kerja-kerja yang disenaraikan dalam laman web ini adalah bersifat sementara, one time job atau per project basis.

 

Sesetengah pekerjaan yang ditawarkan memerlukan anda untuk bekerja untuk satu jangka masa yang agak panjang, contohnya mungkin untuk tempoh satu bulan atau beberapa minggu, dan anda dibayar mengikut berapa jam anda bekerja.

 

Walaubagaimanapun, kebanyakkan pekerjaan yang ditawarkan adalah berdasarkan projek. Kadar upah adalah berbeza mengikut tahap kesukaran sesuatu pekerjaan. Lagi susah sesuatu pekerjaan tu, biasanya lagi tinggilah bayaran upah yang bakal diterima.

 

2.1 Laman web Freelancer.com

Link: https://www.freelancer.com/

review_jobdirumah_buat_duit

Pendaftaran untuk menjadi salah seorang pekerja atas talian adalah PERCUMA sahaja. Sebelum boleh mula bekerja, anda akan diminta untuk membina profile, memberikan maklumat terperinci berkenaan dengan skil dan kemahiran yang dimiliki serta perlu menduduki beberapa peperiksaan bagi membuktikan bahawa anda benar-benar seorang yang berkelayakan untuk menjalankan tugasan tertentu.

 

Peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut jenis pekerjaan.

 

Andaikata anda berminat untuk menjadi jurutaip atau dalam bahasa Inggerisnya Typist, maka anda perlu menduduki ujian menaip. Dalam ujian ini, beberapa perkara yang akan dilihat antaranya kepantasan anda menaip dan kecekapan anda mengeja sesuatu perkataan.

 

Majikan mahukan seseorang yang boleh menaip dengan pantas dan pada masa yang sama boleh juga menaip tanpa ada kesalahan. Kalau setakat boleh taip laju tapi banyak kesalahan pun tak guna juga.

 

Sebenarnya ada banyak laman web mencari kerja sambilan seperti freelancer.com yang anda boleh gunakan untuk mencari pekerjaan dalam talian. Malahan, jika anda taip “find freelance work” menggunakan servis carian google, anda akan temui banyak lagi laman web carian pekerjaan dari luar negara.

 

Saranan saya, hanya mohon pekerjaan dari laman web yang sudah lama beroperasi dan sudah mempunyai ramai ahli yang terdiri dari freelancer dan employer sahaja. Anda tak perlu nak join semua laman web carian kerja. Cukup sekadar join satu atau dua.

 

Selain freelancer.com, satu lagi yang mempunyai reputasi yang baik ialah upwork.com

 

(3) Laman web micro job online

Menerusi laman web micro job, anda boleh melakukan kerja-kerja online yang mudah-mudah yang tak memerlukan banyak tenaga serta tak perlu banyak berfikir.

 

Kerja-kerjanya adalah seperti tekan like pada FB Fanpage, komen pada Youtube video, melayari laman web, menonton video Youtube dan sebagainya.

Anda boleh baca: Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time

 

Memandangkan kerjanya juga sangatlah mudah, maka kadar bayaran yang akan diterima juga tidaklah begitu tinggi. Saya beri anda contoh kerja like pada FB Fanpage misalnya.

kerja-part-time-like-fb-fanpage

Sila rujuk pada screenshot diatas ya. Upah yang anda akan terima bagi kerja menekan like pada FB Fanpage ialah sebanyak USD0.08

 

Sebenarnya pihak majikan yang menawarkan kerja ini boleh gunakan FBAds untuk mendapatkan dan mengumpul likes pada FB Fanpage ni. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, dia ambil keputusan untuk tidak menggunakan FBAds sebaliknya menggunakan khidmat laman web ini.

 

Kenapa agaknya ya? Mungkin sebab kos untuk lakukan likes marketing yang di caj oleh pihak Facebook agak tinggi dan lebih mahal berbanding kos upah orang untuk tekan likes. Manalah tahu, kalau guna FBAds dia akan kena caj USD0.60 untuk satu klik, manakala kalau guna servis laman web ini, dia cuma kena bayar USD0.10 sahaja.

 

Kan banyak juga penjimatan disitu.

 

(4) Jual kepakaran anda di laman web Jual Beli servis

Untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan yang anda boleh hasilkan, sebenarnya anda boleh juga jual kepakaran yang anda miliki di laman web jual beli servis.

 

Tiada sebarang caj dikenakan untuk mengiklankan kepakaran dan kemahiran anda di laman web jual beli servis, contohnya seperti laman web Fiverr.

buat_duit_fiverr

Flow untuk anda mula buat duit mudah sahaja.

 

Mula-mula sekali anda daftar akaun. Kemudian cipta iklan dan dalam iklan tu anda nyatakan apa yang anda sanggup atau mampu lakukan dengan bayaran USD5. Itu sahaja.

 

Kemudian apabila ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan dari anda, dia akan buat bayaran kepada Fiverr sebanyak USD5. Selepas pelanggan dah buat bayaran, anda perlu siapkan tugasan seperti yang ditempah oleh pelanggan. Apabila tugasan telah pun siap, dan anda telah pun hantar tugasan tersebut kepada pelanggan, pihak Fiverr akan bayar kepada anda USD4.

 

Pihak Fiverr akan tolak USD1 sebagai caj kerana menggunakan platform mereka.

 

Sebab kita dah menumpang platform milik orang lain, jadi nak atau tidak, suka atau tak suka, kenalah bayar sikit kepada tuan rumah. Walaubagaimanapun, kalau anda tak nak kongsikan upah yang anda terima dari klien dengan sesiapa, anda boleh jual sendiri servis atau perkhidmatan yang anda mampu tawarkan.

 

(5) Jual kepakaran anda menggunakan laman web anda sendiri

Sekurang-kurangnya anda perlu ada kemahiran dan kepakaran untuk bina laman web. Nyatakan secara terperinci, apa dia perkhidmatan yang mampu anda tawarkan kepada bakal majikan dan nyatakan juga berapa kadar upah yang sesuai untuk kerja-kerja profesional yang anda bakal tawarkan.

 

Kalau anda rasa tak ada idea, boleh lihat contoh yang saya sendiri gunakan untuk jual servis pengiklanan yang saya tawarkan dalam blog ini. [Boleh klik sini untuk lihat contoh]

 

Jadi macam mana sekarang? Faham ke? Rasa-rasa boleh tak anda mula bekerja dari rumah sekarang juga? Atau anda rasa macam tak cukup je penerangan yang saya berikan ni?

 

Ada rasa macam nak dapatkan panduan tambahan? Sudah tentu boleh. Salah satu panduan yang saya sendiri rujuk semasa mula-mula saya nak berkecimpung dalam bidang kerja dari rumah ni ialah Panduan Ini.

 

Tak ada sebarang paksaan untuk anda beli panduan tu. Saya sendiri, masa saya beli dulu pun tak ada sesiapa yang paksa saya. Saya beli sebab semangat nak belajar tu sangat kuat. Jadi saya tak kisah untuk keluar duit demi untuk dapatkan ilmu yang mungkin tak akan dapat dimana-mana.

 

Apa pun, terima kasih kerana membaca dan semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya. In Shaa Allah, ada banyak lagi yang saya nak kongsikan dalam siri Panduan Bekerja Dari Rumah ni.

 

Saya harapkan semoga pembaca di luar sana beroleh manfaat!

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: