Pameran Kerjaya & Pendidikan berunsurkan TVET; Youth Education, Employment and Skills Exhibition (YESCC)

by sabree hussin on October 21, 2016

in Advertorial

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.1%, iaitu daripada 3.1% pada bulan Oktober 2015 kepada 3.2% pada bulan November 2015. Malaysiakini juga telah melaporkan pada Oktober 2015 bahawa para graduan adalah kumpulan yang paling ramai menganggur berbanding golongan yang hanya mendapat pendidikan menengah dan rendah.

 

Statistik yang membimbangkan ini menuntut pelbagai pihak untuk mengambil tindakan proaktif untuk membantu mewujudkan pekerjaan yang dapat diisi oleh golongan yang belum mendapat pekerjaan ini. Dalam usahasama untuk mengurangkan pengangguran di dalam negara serta memperkasakan ekonomi negara, khususnya dalam membantu para graduan baru dan pelajar lepasan SPM, Elite Career Centre akan menganjurkan program Youth Education, Employment and Skills Exhibition (YESCC) untuk membantu para pelajar jurusan Technical and Vocational Education and Training (TVET) mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, program ini juga akan memaparkan pekerjaan yang bersesuaian daripada pelbagai industri kepada graduan lepasan TVET.

 

Pameran YESCC ini adalah suatu platform yang baik untuk bakal pelajar, wakil industri, dan golongan profesional yang diiktiraf untuk mendapatkan kesedaran kerjaya serta mencari peluang pendidikan dan pekerjaan.

 

Sebilangan besar Pameran Peluang Pekerjaan (Career Fair) sedia ada ialah terbuka dan tiada platform khusus untuk pelajar lepasan TVET mahupun sekolah teknik yang bertumpu kepada kemahiran, vokasional dan latihan. Di bawah RMK-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan memerlukan kelayakan berkaitan TVET. Oleh itu, program YESCC ini diadakan selari dengan paparan industri yang mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang pelbagai untuk golongan TVET, seperti yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah program National Key Economic Areas (NKEAs) selain daripada saranan Perdana Menteri Malaysia untuk mencapai matlamat 225,000 pelajar TVET pada tahun 2020.

career-fair-job-fair-tvet

Pameran Kerjaya & Pendidikan berunsurkan TVET ini akan berlangsung pada 19 November 2016, di IM4U Sentral, Puchong dari 10 pagi hingga 5 petang. Lokasi pameran hanya mengambil masa 5 minit dari LRT Taman Perindustrian Puchong dan terdapat kawasan tempat letak kereta yang luas di belakang IM4U untuk yang bercadang ke pameran ini menggunakan kenderaan sendiri. Kemasukan ke pameran adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan secara walk-in sewaktu hari pameran. Antara program utama yang akan berlangsung sewaktu Pameran Kerjaya & Pendidikan ini adalah majlis pelancaran Elite Career Centre dan juga pembukaan program yang akan dilangsungkan oleh YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

 

Pameran ini adalah suatu peluang keemasan kepada para pencari pekerjaan dalam bidang TVET untuk membina jaringan dan kenalan dalam bidang kemahiran yang bersesuaian serta platform yang sesuai untuk berkenalan dengan wakil syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang memerlukan tenaga pekerja mahir dalam industri bidang masing-masing. Kemahiran yang diasah dari peringkat awal iaitu dari sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi adalah suatu kelebihan yang dimiliki oleh pelajar dan pekerja berlatarbelakang TVET.

 

Namun begitu, semua jenis pekerjaan memerlukan pekerja mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas termasuk kemahiran pentadbiran, kemahiran pengurusan, kemahiran bercakap di khalayak ramai, kemahiran menggunakan komputer dan pelbagai jenis kemahiran lagi. Oleh itu, bukan sahaja golongan TVET yang akan mendapat manfaat yang besar daripada pameran ini, tetapi juga setiap individu yang ingin mengasah serta mencapai potensi diri masing-masing.

 

Antara tarikan utama sewaktu pameran ini termasuk lebih daripada 4000 kerja kosong yang ditawarkan, seminar kemahiran temuduga & menambah baik resume, sesi temuduga bersama syarikat yang terpilih, penyertaan lebih daripada 40 syarikat & institusi pendidikan, bantuan kewangan pendidikan yang disediakan untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Syarikat dan agensi yang akan turut serta untuk memberi sokongan kepada pengunjung serta pencari pekerjaan antaranya ialah Sime Darby Industrial, Westport, CIAST (Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan), PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) dan banyak lagi. Selain itu, tarikan utama yang lain sewaktu pameran adalah barisan food truck yang menyajikan pelbagai makanan dan minuman ala Barat dan Timur, cabutan bertuah yang hadiahnya terdiri daripada motosikal, iPhone dan juga barangan elektronik komputer.

 

Sebagai sebuah organisasi yang beroperasi penuh dalam usaha melahirkan perintis dan melaksanakan program pendidikan dan latihan bagi kawasan bandar dan luar bandar, Elite Career Centre ditubuhkan untuk membantu majikan mempamerkan iklan jawatan kosong terkini di dalam laman sesawang mencari kerja CareerCentre.com.my dengan harga yang rendah, selain menyediakan platform yang komprehensif kepada golongan yang mencari pekerjaan. Ditubuhkan pada Oktober 2014, Elite Career Centre juga menawarkan latihan yang bersifat kemahiran dan hands on untuk meningkatkan serta mengasah kemahiran individu.

 

Elite Career Centre dilancarkan untuk memberi peluang kepada golongan tempatan yang sedang mencari pekerjaan suatu landasan yang senang digunakan serta mesra pengguna. Elite Career Centre bertumpu pada warganegara Malaysia, kerana kadar pengangguran yang kian meningkat di kalangan graduan meningkat disebabkan kekurangan kemahiran penting, seperti kemahiran sosial, berkomunikasi, kepimpinan, serta kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran secara kritis dan kritikal.

jawatan-kosong-2017

Sebagai salah sebuah daripada agensi perekrutan pencari kerja dan latihan yang berdaftar di Malaysia, tumpuan Elite Career Centre ini adalah untuk membantu pencari kerja di Malaysia yang sedang mencari peluang dan ruang untuk memajukan diri sama ada dalam pembangunan kerjaya atau meningkatkan kemahiran diri yang sekaligus menjadi added value untuk individu tersebut.

 

Terdapat banyak pekerjaan dan jawatan kosong di seluruh pelusuk negeri yang disiarkan di laman sesawang CareerCentre.com.my seperti pembantu tadbir, pereka grafik, pembangun web, perkhidmatan pelanggan, akauntan dan banyak lagi. Selain itu, pencari kerja juga boleh memilih jenis pekerjaan yang sesuai dengan keperluan, kemahiran dan pengalaman yang terdiri daripada sepenuh masa, separuh masa secara kontrak, latihan amali berasaskan kontrak atau berkerja secara bebas.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pameran Kerjaya dan Pendidikan ini, boleh menghubungi talian 03-78865052 atau emel ke info@careercentre.com.my.

 

Jumpa anda di sana!!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 14 comments… read them below or add one }

raihanah October 21, 2016 at 9:30 am

sapa2 yang cari kerja mesti datang ni

Reply

ajumohit October 23, 2016 at 7:00 am

banyak rupanya peluang kerjaya untuk mereka di luar sana, rajin usaha dan insha allah pasti mendapat peluangnya

Reply

zool October 24, 2016 at 10:59 pm

kena bagitau kat adik yang baru berhenti keja sebulan lepas ni

Reply

Anuar October 25, 2016 at 9:46 am

Macamana mereka boleh dapat statistik kadar pengangguran tu yer… Siap boleh dapat perbezaan 0.1%…

Reply

sabree hussin October 25, 2016 at 12:51 pm

Kajian ni dibuat oleh Elite Career Centre πŸ˜€

Reply

raihanah October 26, 2016 at 10:08 am

ramai graduan terkesan ya sebab itu golongan ini paling ramai menganggur

Reply

Career Centre October 25, 2016 at 5:20 pm

statistik Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia dan malaysiakini kami dapat kadar pengangguran ni tuan.
Career Centre

Reply

cik tom October 27, 2016 at 11:07 am

kenapa entri ni nampak kosong je ek..xkuar pe..pelik pulak..huhu

Reply

sabree hussin October 27, 2016 at 7:56 pm

Iye ke? Cube cik tom refresh balik. Mesti akan nampak entri ni.

Reply

Kandang Kucing November 1, 2016 at 2:42 pm

Pameran yang bagus, di Indonesia ada nggak ya???

Reply

sabree hussin November 2, 2016 at 2:15 pm

Buat masa sekarang, buat kat Malaysia. Mungkin satu hari nanti akan buat di Indonesia juga.

Reply

Perawat Sihir November 3, 2016 at 10:07 pm

Secara peribadi apa pandangan tuan tentang golongan graduan yang paling banyak menganggur berbanding golongan lain yang hanya lepasan spm?

Mungkinkah disebabkan mereka terlalu memilih kerja kerana tak sesuai dengan kelayakan mereka? Atau mereka lebih kepada bidang teori, tetapi dari segi buat kerja, kurang berkemahiran.

Reply

faizal November 9, 2016 at 2:07 pm

peluang terbaik untuk pencari kerja

Reply

sabree hussin November 9, 2016 at 3:16 pm

Betul tu. Boleh hadir ke sini untuk cari peluang kerja πŸ˜€

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: