… Maka pada suatu malam yang hening dan sunyi, nak dijadikan sejarah, saya terjumpa satu lagi laman blog yang langsung tak ada identiti, yang penulisnya langsung tak boleh diharap, tak manfaatkan fungsi otak dan akal dengan baik untuk menulis dalam blognya. Kerja dia mudah sahaja. Hanya copy paste artikel yang orang lain hasilkan untuk dijadikan konten dalam blognya.
Watak macam ni memang bersepah kat luar sana. Malahan, ini sebenarnya adalah satu masalah yang perlu dihadapi oleh semua yang menulis blog. Artikel dalam blog kena ciplak dan di copy paste.
Hati-hati kawan. Orang macam ni anda perlu sangat hati-hati. Silap-silap anda tak tau pun yang sebenarnya orang macam ni hanyalah seorang FAKE yang tak mampu untuk menulis pun. Tetapi, dek kerana skil copy paste yang dia amalkan, anda mungkin akan tertipu dan terdedah untuk jadi mangsa penipuan.
Inconsistency
Tukang plagiat hasil kerja orang ni, mereka tak ada identiti sendiri dan tak konsisten dalam menghasilkan karya. Corak dan gaya penulisan sentiasa berubah dan tak tetap pada satu topik. Jika mereka fokus pada satu topik sekalipun, ianya diulas dengan cara yang saling contradict antara satu artikel dengan artikel yang lain.