Hari catatan ini saya tulis, kita telah pun berada di bulan yang baru. Ya, bulan Mac 2016. Bulan lepas, kita dapat “bonus” satu hari, yang mana setiap 4 tahun, kita akan dapat extra satu hari, menjadikan secara keseluruhannya terdapat 29 hari dalam bulan Februari.
Bulan lepas, ada beberapa sasaran yang saya dah tetapkan tapi saya gagal dengan penuh “bergaya”. Daripada sasaran saya untuk capai kejayaan 100%, saya cuma berjaya capai 41% sahaja. Memang langsung tak membanggakan. Mujurlah, Allah masih beri saya peluang untuk terus bernafas dibuminya, agar saya dapat perbetulkan segala kesilapan.
Kita mula balik dari awal. Kita mula semula dari 1hb seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Cuma satu sahaja yang kita tak tau, malahan tak ada siapa yang akan tahu pun, berapa lama kita akan diberikan masa dan kesempatan seperti ini?
Salah satu misi dan sasaran yang saya nak capai ialah, untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu (1) sales setiap bulan dalam bisnes Tone Excel. Hanya satu sales dalam tempoh 30 hari (atau sebulan) maknanya ini bukannya satu sasaran yang melampau ataupun sasaran yang mustahil untuk dicapai. Setuju?
Cuma dalam situasi saya, saya perlu banyakkan berkongsi kepada para pembaca dan pelawat laman web ini, betapa mudah dan senangnya nak jalankan bisnes ini apabila ia dilakukan secara berkumpulan. Oh bukan itu sahaja, selain ia memerlukan kumpulan yang kuat, pada masa yang sama, kejayaan dalam perniagaan ini turut bakal disumbangkan oleh kekuatan sistem yang digunakan.
Tak ada apa yang menjadi rahsia. Saya gunakan sistem autodownline untuk membantu saya mendapatkan pelanggan dalam bisnes ni. Saya juga pernah menulis secara terperinci mengenai modus operandi dan bagaimana sistem ini berfungsi sebelum ini. Saya nak persilakan anda untuk baca dulu disini.
Klik untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine