Hingga pada saat entri ini saya catatkan, saya masih lagi menggunakan akaun autoresponder Aweber untuk tujuan pemasaran emel.
Sesekali, saya akan gunakan juga akaun daripada emelmatik sebagai support.
Ada kempen pemasaran tertentu, saya gunakan autoresponder aweber. Walaubagaimanapun, pemasaran emel, bukanlah satu-satunya kaedah pemasaran yang saya pratikkan.
Pada masa yang sama, saya turut menggabungkan beberapa teknik pemasaran lain, dalam satu-satu masa.
Contohnya, saya juga guna pemasaran menggunakan teknik SEO dan juga pemasaran di FB Group. Bukan FB Group biasa-biasa, tetapi FB Group yang targeted untuk kategori prospek tertentu.
Jika anda mendapatkan salah satu panduan yang saya tulis, iaitu Panduan Dominasi FB Group, anda bukan sahaja akan pelajari teknik pemasaran di FB Group, tetapi anda akan belajar juga cara untuk menggunakan autoresponder sebagai salah satu senjata pemasaran.
Untuk marketer yang berpengalaman, lazimnya untuk satu-satu kempen pemasaran, dia boleh dapat income sekitar RM3,000 – RM7,000.