UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Niaga Affiliate: Review program affiliate Pay Per Lead RM1.00 ~ RM2.00

August 4, 2015 by sabree hussin 4 Comments

Minggu lepas saya telah pun mencuba sendiri program affiliate Pay Per Lead yang dianjurkan oleh admin Niaga Affiliate, dan kali ini saya akan berikan serba sedikit review dan ulasan saya mengenai program affiliate ini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ni yang nak tau, boleh ke buat duit dari program affiliate pay per lead ni?

program_affiliate_niaga_affiliate

Jadi dalam post ni, ada beberapa perkara yang saya akan highlight, iaitu

1. Apa sebenarnya program affiliate Pay Per Lead dan kenapa ia dianjurkan?

2. Apa beza program affiliate Pay Per Lead dengan program Affiliate Pay Per Sale.

3. Siapa pemilik dan identiti penganjur program affiliate Niaga Affiliate 

4. Strategi dan cara promosi berkesan untuk program affiliate jenis Pay Per Lead

5. Risiko program affiliate Pay Per Lead

 

Ok dah sedia nak tau?

Apa sebenarnya program affiliate Pay Per Lead (PPL)?

Dalam program affiliate PPL, anda akan dibayar untuk setiap maklumat pelanggan yang anda berjaya kumpulkan untuk tujuan pemasaran pemilik ataupun penganjur program. Dalam kes Niaga Affiliate, maklumat yang anda perlu kumpulkan ialah nama, alamat emel dan nombor telefon sahaja.

niaga_affiliate_pendaftaran

Maklumat tersebut kemudiannya akan digunakan dalam kempen pemasaran. Katakanlah, anda berjaya mengumpulkan 100 maklumat pelanggan, maka seterusnya anda akan dibayar sebanyak RM1.00 x 100 = RM100.

 

Ini bermakna, lagi banyak yang anda berjaya kumpulkan, maka akan lagi banyaklah yang anda boleh hasilkan. Kaedah pemasaran menerusi PPL ini mempunyai kelebihan yang tersendiri kepada pengendali program iaitu tak perlu susah payah untuk keluar modal yang besar dan masa yang lama untuk kumpul list nama prospek. Kerja-kerja kumpul list nama dapat di outsource kepada ejen affiliate.

 

Hanya apabila ejen affiliate berjaya kumpulkan maklumat pelanggan yang lengkap, barulah pengendali program akan bayar.

 

Beza program affiliate Pay Per Lead dengan Pay Per Sales

Memang ada bezanya. Kalau dalam program affiliate pay per sales, anda hanya akan dibayar jika terdapat jualan menerusi link affiliate anda. Jika prospek anda tidak membuat sebarang pembelian, sebaliknya hanya memberikan maklumat nama dan alamat emel sahaja, anda tidak akan menerima sebarang pulangan daripada usaha promosi anda itu tadi.

 

Akan tetapi, jika anda sertai program affiliate jenis Pay Per Lead, anda tak perlu khuatir jika prospek anda tak buat sebarang pembelian sebabnya jika mereka hanya berikan maklumat perhubungan diri mereka sahaja pun dah cukup.

 

Siapa pengendali dan penganjur program affiliate pay per lead Niaga Affiliate?

Penganjur program affiliate Pay Per lead Niaga Affiliate ini adalah Saudara Boon Lee. Kalau dalam arena pemasaran internet Malaysia ni, nama beliau memang orang dah ramai kenal. Saya sendiri pun selalu mempromosikan produk-produk saudara Boon Lee ini, antaranya

1) Sistem autoresponder Emelmatik

emelmatik review

2) Sistem Blogspot2Minisite

minisite_blogspot

Kalau orang lain punya program, mungkin saya sedikit berkira untuk sertai. Tetapi, disebabkan saya sendiri dah mempunyai beberapa pengalaman berurusan dengan beliau sebelum ni, saya kira tak salah rasanya untuk saya support program ni.

 

Risiko program affiliate Pay Per Lead

Pada mulanya, saya fikir saya tak nak masukkan topik tentang risiko program affiliate ni, tetapi disebabkan blog ini adakalanya turut dilayari oleh pelawat yang agak baru dengan hal-hal dan topik berkenaan dengan pemasaran internet, jadi saya nak sentuh sedikit serba ringkas mengenai risiko program affiliate jenis PPL ini.

 

Walaupun dari segi konsepnya, affiliate PPL ini mudah je nak buat duit, namun ia juga terdedah dengan beberapa risiko tertentu.

Dari sudut peserta program,

1. Risikonya ialah penganjur TAK BAYAR. Ini biasa berlaku jika kempen pemasaran affiliate PPL itu menelan belanja yang lebih tinggi berbanding bajet pemasaran yang diperuntukkan.

 

Dari sudut pengendali program,

1. Ejen melakukan penipuan dengan mengisi sendiri maklumat palsu

2. Ejen mengumpulkan maklumat prospek yang kurang berkualiti

 

Strategi dan cara promosi berkesan untuk program affiliate PPL

Memandangkan program PPL ini tak begitu susah untuk dilakukan, lazimnya anda perlu cepat bertindak. Ini bermakna, anda perlu pantas buat promosi sebelum target market anda habis join melalui orang lain. Anda perlu bersaing dengan ramai lagi yang ingin mengambil peluang ini untuk buat duit dengan cara yang mudah.

 

Tak perlu buat sales pun, tetapi masih boleh dapat income. Jadi antara cara yang memang berkesan untuk dapat wang segera dengan program affiliate PPL ni ialah

1) Pemasaran emel

2) FBAds

 

Apa yang anda patut tahu tentang Niaga Affiliate?

Sebelum anda buat keputusan untuk sertai program affiliate PPL Niaga Affiliate sekejap lagi, ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan. Saya percaya, ramai yang terlepas pandang perkara ni.

niaga_affiliate_pakej_affiliate

 

Terdapat 3 pakej yang anda boleh pilih untuk sertai. Iaitu Pakej FREE, STARTER dan BUSINESS.

Pakej FREE

Saya join yang ni. Jika motif anda adalah untuk buat duit dengan PPL, dan anda tak mempunyai target market yang besar, saya tak sarankan anda join yang ini. Better join yang starter. Even pendaftaran pertama yang SAH anda dah boleh buat duit.

Jika anda join yang FREE, anda hanya akan dibayar untuk prospek yang ke 31 dan seterusnya sahaja. 3o pendaftaran terawal yang anda berjaya kumpulkan, akan melayakkan anda untuk upgred keahlian anda kepada akaun starter secara percuma.

 

Pakej STARTER

Jika anda mendaftar melalui starter akaun, anda akan dibayar RM1.00 untuk setiap pendaftaran prospek yang baru, dan kalau merujuk kepada maklumat kat atas ni, anda akan dapat komisyen yang lebih tinggi jika ada yang buka starter akaun apabila mereka sertai menerusi link affiliate anda.

 

Pakej Business

Pada perkiraan saya, boleh jadi ini adalah produk utama yang dipromosikan oleh admin. Produk OCTO STEM-35 dari Jepun (2000mg x 15 x 2). Saya pun tak pernah nampak dan tak pernah tengok lagi produknya macam mana. Jadi saya pun tak boleh nak ulas panjang-panjang mengenai produk ni.

 

Jika anda nak sertai affiliate PPL ini sahaja, anda boleh pilih sama ada nak sertai sebagai FREE akaun atau STARTER akaun. Kedua-dua ini boleh buat duit asalkan anda rajin buat promosi. Pendaftaran juga sebenarnya adalah percuma. Klik sini untuk dapatkan akaun affiliate anda.

 

niaga_affiliate_komisyen

 

Pembayaran komisyen ke akaun bank masing-masing akan dibuat pada setiap hujung bulan. Jadi, sementara masih ada masa lagi, bolehlah teruskan lagi usaha promosi.  Baiklah, semoga info dalam ni berguna dan bermanfaat untuk anda.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar
  2. Komisyen Affiliate Niaga Affiliate September 2015
  3. Komisyen Affiliate Niaga Affiliate Ogos 2015
  4. Review Program Buat Duit Menerusi Platform EdyClick

Filed Under: Review Tagged With: program affiliate ppl

Comments

  1. Jie Susanos says

    August 4, 2015 at 9:59 pm

    program affiliate terbaru..tq utk info ini bro..

    Reply
    • sabree hussin says

      August 5, 2015 at 8:50 am

      Sama-sama. Ya masih agak baru. Minggu lepas baru bermula

      Reply
  2. amir says

    August 7, 2015 at 12:22 pm

    salam ..tmpng tanya….niaga affiliate dot com ni boleh masuk x?? adakah patuh syariah ?

    Reply

Trackbacks

  1. Ini dia perkara yang anda perlu buat jika SERIUS nak buat duit dengan Program Affiliate says:
    August 26, 2016 at 10:44 pm

    […] saya buat, ada satu program affiliate yang menawarkan bayaran “Pay Per Lead” iaitu dari Program Niaga Affiliates. Ha nah… apa tunggu lagi? Hanya perlu daftar akaun anda secara percuma dan mulakan buat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in