Nak Uji Sejauh Mana Kemampuan Blog Anda?

by sabree hussin on June 18, 2014

in Personal

Bila kita tinggalkan blog kita lama sangat tanpa ada sebarang update terbaru dan pada masa yang sama, langsung kita tak ada promosikan blog sendiri, time tu la kita akan nampak, kat mana sebenarnya tahap blog kita.

Dari segi trafik, kalau masih ada pelawat yang nak datang, kebiasaannya mereka adalah pelawat yang datang dari search engine. Pelawat jenis ini, kita gelarkan dengan istilah organic traffic. Mereka jumpa blog kita hasil daripada carian kata kunci tertentu, yang kebetulan kata kunci tersebut turut digunakan dalam blog kita.

buat_duit_menaip

Blog ini, dengan jumlah keseluruhan artikel sebanyak 160 buah artikel, dapatlah maintain 150 views dalam sehari. Masih sangat sedikit, dan jujurnya memang masih tak cukup untuk dapatkan income dari blog yang selesa, dengan jumlah views yang masih lagi pada tahap kurang memuaskan.

Sekarang ni, ramai yang lebih selesa menulis kat wall FB.

Saya pun tak terkecuali. Ianya mudah dan cepat untuk menarik perhatian target pembaca. Cuma untuk long term, sistem yang digunakan oleh FB masih lagi tak beri kita sebarang kebaikkan.

Contohnya sistem archive.

Cubalah anda cari semula, post yang anda buat pada bulan Januari, tahun pertama anda sertai FB. Boleh jumpa? Pada pandangan saya, post tu mungkin dah hilang.

Berbeza dengan sistem blog.

Blog ada sistem archive (arkib). Dan tak mustahil dan tak susah untuk cari balik artikel-artikel lama yang kita pernah siarkan dalam blog kita. Kalau ada orang lain nak cari pun senang, lebih-lebih lagi kalau artikel yang kita catatkan tu memang dalam jenis artikel ilmiah.

Jadi apa yang saya buat, mula-mula saya akan update status di FB dulu.

Kemudian, post yang sama, saya akan tulis semula dengan gaya bahasa dan penerangan yang lebih panjang diblog sebagai back up.

Kesudahannya, blog saya dapat update, FB pun dapat jugak update.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Brader Kecik June 18, 2014 at 5:04 pm

Yup..blog kalau dah kuat, tinggal lama mana pun pengunjung setia akan tetap datang melawat..

Reply

Manan Qayyim June 20, 2014 at 7:40 am

walau mcm mane cangih fb, blog tetap penting kalau fikir jangke masa panjang….

Reply

onlajer June 20, 2014 at 3:09 pm

Untuk jangka panjang sudah semestinya memilih blog

Reply

Cikgu Hairul June 22, 2014 at 2:05 pm

Saya pun buat camtu. Kat fb tu paling lama pun 30 minit je lalu depan feds orang. Lepas tu tenggelam dengan status orang lain.

Reply

paan June 27, 2014 at 4:55 am

rasanya , kunci utk dapatkan organic traffic secara berterusan ini ialah menghasilkan artikel informasi..

Sebab artikel macam ni , sering dicari..

Reply

Nurul Fazeen Othman July 2, 2014 at 2:02 pm

Masih lagi berusaha untuk menaikkan rank blog dlm traffic…Tips yang berguna. Terima kasih

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: